Mencari port terbaik untuk membeli-belah dengan harga berbaloi? Tempat-tempat menarik di Padang Besar adalah pilihan yang tepat!
Padang Besar merupakan salah satu daerah di Perlis selain Arau dan Kangar. Ia terletak bersempadan dengan wilayah Songkhla negara Thailand.
Selain itu, ia juga menjadi destinasi terakhir bagi keretapi tren ETS. Di mana ia berperanan untuk menyingkatkan perjalanan dari Padang Besar ke Arau dan Kangar.
Senarai tempat menarik di Padang Besar Perlis
Tahukah anda? Dengan hanya berkunjung ke Padang Besar Perlis sahaja terasa seperti melancong ke 2 buah negara sekaligus!
Mana tidaknya, lokasinya sangat berhampiran dengan negara jiran, Thailand.
Jika anda ingin mencari tempat shopping di Padang Besar secara borong dengan harga jimat pun boleh juga di sini tau!
Berikut, merupakan 12 tempat menarik Padang Besar sebagai tempat pelancongan di Perlis.
Pasar Padang Besar
Pasar di Padang Besar
Alamat: Unnamed Road, Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis
Telefon: –
Dikenali ala-ala pasar tani dan pasar malam kerana kawasannya yang luas dan pelbagai barangan boleh didapati di sini.
Cakap sahaja apa yang anda mahukan. Aksesori? Pakaian? Barangan dapur? Tempat shopping di Padang Besar ini ada yang anda inginkan!
Tambahan pula, Pasar Padang Besar yang dikenali sebagai zon bebas cukai ini terletak bersempadan Perlis dan Thailand.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (10am – 7pm)
Wang Kelian
Gerai jualan di Padang Besar
Alamat: Kampung Wang Kelian, 02200 Kaki Bukit, Perlis
Telefon: –
Juga terletak berhampiran Thailand menjadikan Wang Kelian padat dengan kunjungan pengunjung.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh bergambar sebagai kenangan di hiasan papan tanda besar yang ada di sini.
Selain itu, tempat pelancongan di Perlis ini menempatkan pelbagai barangan menarik.
Bagi anda yang ingin mencari barang hantaran perkahwinan mahupun doorgift bolehlah kunjungi tempat viral di Perlis ini!
Lihat peta | Waktu operasi: –
Padang Waremart
Mall terbaharu di Padang Besar
Alamat: Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis
Telefon: –
Rata-rata mengetahui Arked Niaga merupakan mall terkenal di Padang Besar. Namun, terdapat gedung beli-belah terbaharu yang anda boleh cuci mata di Padang Waremart.
Tempat viral di Perlis ini berlokasi di hadapan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Antara barangan di sini ialah cenderamata, alat mainan, pakaian, aksesori dan kedai makan.
Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (8am – 8pm)
Arked Niaga Padang Besar
Mall terkenal di Padang Besar
Alamat: TINGKAT 2 BULATAN ARKED NIAGA, 02100 Padang Besar, Perlis
Telefon: –
Jom jalan jalan Perlis ke Arked Niaga iaitu mall yang terkenal di Padang Besar Perlis. Ia seringkali menjadi pilihan seisi keluarga untuk membeli barangan rumah dengan harga yang berpatutan.
Tambahan pula, barangan berjenama juga terdapat di sini. Tidak kira dari segi produk kecantikan, jam tangan, perabot dan perkakas elektrik. Confirm rambang mata kan?
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (9am – 7pm)
Medan Selera Padang Besar
Tempat makan menarik di Padang Besar
Alamat: Medan Selera MPK, Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis
Telefon: –
Ingin mencari tempat makanan popular di Perlis setelah puas shopping di Padang Besar dan Arked Niaga?
Jom singgah ke Medan Selera Padang Besar yang mempunyai pelbagai gerai pilihan makanan mengikut citarasa anda.
Terletak di hadapan bangunan Arked Niaga semestinya menjadi pilihan pengunjung setelah puas membeli-belah. Kebiasaannya medan selera ini dibanjiri pengunjung pada waktu tengahari.
Antara makanan popular di Perlis yang menjadi pilihan pengunjung ialah nasi berlauk, nasi ayam, bakso dan tomyam Thailand.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Pasar Satun
Pasar tepi jalan di Thailand
Alamat: ติรสถิตย์ พิมาน Tirasathit Alley, Phiman, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand
Telefon: +66 65 352 0178
Sebuah lagi pasar menarik yang sudah pun masuk ke kawasan Thailand iaitu Pasar Satun.
Pasar tepi jalan ini menempatkan bukan sahaja makanan popular di Perlis malah Thailand iaitu somtam dan kerabu maggi.
Bukan itu sahaja, adakah anda peminat barangan lama dan antik? Di pasar ini juga ada bermacam barangan tradisional yang dibuat oleh orang-orang zaman dulu tau!
Misalnya, cincin-cincin lama, barang-barang anyaman dan pinggan-pinggan antik.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (6am – 6pm)
Gua Kelam
Gua di Padang Besar
Alamat: Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis
Telefon: –
Pasti anda tertanya-tanya kenapa namanya Kelam kan? Ia dinamakan sedemikian kerana lokasinya di kaki bukit dan suasana gua ini agak kelam.
Gua Kelam ialah gua batu kapur tertua di Malaysia yang pernah terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih timah.
Gua batu kapur sepanjang 370 m ini cukup indah dengan batu stalaktik dan stalagnit sebagai tempat menarik di Perlis untuk dilawati di sini.
Waktu operasi:
- Isnin – Selasa & Khamis – Jumaat (9am – 5pm)
- Sabtu – Ahad (9am – 6pm)
Lihat peta | Laman web | Whatsapp
Hutan Lipur Bukit Ayer
Hutan rekreasi di Kangar
Alamat: Hutan Lipur Bukit Ayer, 01000 Kangar, Perlis
Telefon: –
Dah puas mencuci mata melihat beraneka barangan menarik? Sambung mencuci mata melihat kehijauan alam pula!
Hutan Lipur Bukit Ayer menyediakan tempat rekreasi sebagai tempat menarik di Perlis untuk dilawati oleh seisi keluarga.
Lokasinya yang tidak jauh dari Padang Besar memudahkan tempat viral di Perlis ini diakses. Terdapat gelongsor dan kolam mandi buatan untuk anda yang ingin mandi-manda dan berkelah.
Tambahan pula, aktiviti berkhemah dan jungle trekking juga boleh dilakukan di sini.
Waktu operasi:
- Isnin – Selasa & Khamis – Jumaat (9am – 5pm)
- Sabtu – Ahad (9am – 6pm)
Lihat peta | Laman web | Whatsapp
Nat Pokok Getah
Pasar di kawasan pokok getah di Arau
Alamat: Kampung Kubang, 02600 Arau, Perlis
Telefon: –
Kebiasaannya pokok getah menjadi lokasi untuk menoreh getah kan? Tetapi Nat Pokok Getah membawa kelainan sehingga menjadi terkenal dalam kalangan penduduk setempat.
Di mana terdapat pasar di kawasan pokok getah ini tau! Konsep jualannya adalah seperti Pasar Karat di JB. Iaitu menempatkan pelbagai barangan antik dan bundle.
Lihat peta | Whatsapp | Waktu operasi: Jumaat (8am – 1pm)
Masjid Al Hussain Kuala Perlis
Masjid terapung di Perlis
Alamat: 1, Persiaran Putra Timur, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Telefon: –
Bukan di Melaka dan Terengganu sahaja yang ada masjid terapung, Perlis pun ada tau! Mari jalan jalan Perlis ke Masjid Al Hussain Kuala Perlis di tempat menarik Padang Besar ini.
Bukan sahaja dikenali dengan masjid terapung malah menara puncak berkembarnya berbentuk heksagon yang pertama di dunia! Unik bukan?
Selain itu, puncak berbentuk heksagon ini melambangkan Rukun Iman dalam Islam. Ia terletak di tepi pantai Kuala Perlis yang menghadap Selat Melaka.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (5am – 10pm)
Empangan Timah Tasoh
Empangan di Perlis
Alamat: Empangan Timah Tasoh, Perlis
Telefon: –
Mendapat nama daripada 2 batang sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh menjadikan nama empangan ini cukup unik.
Kalau nama pun unik, pemandangan tempat pelancongan di Perlis ini sudah pastinya cantik bukan? Empangan Timah Tasoh merupakan empangan buatan yang paling penting di negeri Perlis.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Taman Ular & Reptilia Perlis
Taman ular yang terbesar di Malaysia
Alamat: Taman Ular dan Reptilia Perlis, Jalan, Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis
Telefon: 04-976 8511
Anda tidak fobia dengan ular? Mari jalan jalan Perlis ke taman ular yang terbesar di Malaysia yang terletak di Kangar.
Ia menempatkan sebanyak 150 ekor ular daripada pelbagai spesies dan haiwan-haiwan lain. Antaranya ialah ular tedung selar, ular sawa dan ular kapak.
Dengan adanya tarikan baharu iaitu ladang bunga matahari menjadikan ia sebagai tempat menarik di Perlis untuk dilawati.
Lihat peta | Facebook | Instagram | Waktu operasi: Setiap hari (9am – 5pm)
0 comments:
Post a Comment