loading...

Thursday, 15 September 2022

15 Tempat Menarik Di Baling Kedah Untuk Diterokai

Meskipun Baling tidak terkenal setanding daerah di Kedah yang lain, namun ia memiliki banyak tempat menarik di Baling untuk diterokai.

Selepas daerah Sik, Baling menjadi daerah ke-2 terbesar di Kedah seluas 1530 km persegi.

Ia telah wujud kira-kira 17 000 tahun dahulu sebagai penempatan awal manusia di Gua Sireh yang terletak di Gunung Pulai.

Terdapat 2 sejarah silam yang dikaitkan dengan asal usul tempat menarik Kedah ini.

Iaitu raja bersiong membaling gigi siongnya dan gelaran “Ban-Lin” (kera) yang diberi oleh orang Siam dan Burma setelah hasil tanaman mereka musnah diserang ribuan kera.

Senarai tempat menarik di Baling Kedah

Berikut merupakan 15 tempat menarik di Baling untuk diterokai yang penuh dengan sejarah dan kehijauan alam semulajadi.

Antara tempat best di Kedah yang boleh anda kunjungi ialah Gua Jepun, Gunung Baling dan Sungai Angkat Ulu Legong.

Jadi, apa tunggu lagi, jom ke tempat bercuti di Kedah!

Pekan Baling

Pekan kecil di Baling

Alamat: Baling View Point, 09100 Baling, Kedah

Telefon: –

tempat menarik di baling - Pekan Baling
Sumber gambar: Instagram @foo_ken_

Tahukah anda terdapat tempat menarik di Baling untuk berbelanja lebih murah dari Padang Besar? Di Pekan Baling anda boleh dapatkan apa jua barangan idaman anda dengan harga durian runtuh!

Selain harga ia juga menjimatkan kos penduduk Kedah dari berbelanja di tempat yang jauh. Tambahan pula, anda juga boleh memborong pakaian dan peralatan rumah di tempat viral di Kedah ini.

Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong

Kolam air panas di Baling

Alamat: Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah

Telefon: 04-473 1024

tempat menarik di baling - Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Sumber gambar: Liza Khan, Muhammad Raziq Lawrence Munting, neut neut, ZAM YUSOFF

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong dikenali sebagai tempat viral di Kedah untuk tempat lepak dan tempat rekreasi.

Kolam air panas yang dibina sejak 1998 ini terletak bersebelahan dengan Sungai Angkat Ulu Legong. Terdapat 3 bahagian kolam air panas dan beberapa bilik chalet menarik di Kedah yang terdapat di sini.

Iaitu kolam untuk dewasa, kanak-kanak dan kolam yang tidak sesuai untuk berendam kerana suhu air panas sangat tinggi.

Manakala untuk bilik pula terdiri daripada 3 jenis iaitu vip, standard dan dormitori.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Waktu operasi: –

Sungai Angkat Ulu Legong

Sungai di Baling

Alamat: Sungai Angkat Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah

Telefon: –

Sungai Angkat Ulu Legong
Sumber gambar: madjam 81, EKO FARM Malaysia

Memiliki sungai yang bersih dan sejuk menjadikan Sungai Angkat Ulu Legong sebagai destinasi popular pengunjung.

Sungai berhampiran sungai Baling ini terletak sejauh 22 km di mukim Siong.

Aktiviti berkelah, barbeku, mandi-manda, jungle trekking dan berkhemah menjadi aktiviti kebiasaan di tempat lepak ini.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Sungai Siong

Aktiviti rafting/tubing (rakit pelampung) di Baling

Alamat: Sungai Siung, 09100 Baling, Kedah

Telefon: –

tempat menarik di baling - Sungai Siung
Sumber gambar: Nazirul Ikram, Sungai Sedim Water Rafting (Rapid Fire Adventure)

Anda gemar melakukan aktiviti lasak? Kunjungi Sungai Siong yang berhampiran sungai Baling sebagai port terbaik untuk anda melakukan aktiviti water tubing, kayak dan rakit.

Ekoran daripada arusnya yang deras dan berjeram menjadikan sungai ini sesuai untuk melakukan aktiviti ini.

Perjalanan aktiviti air di tempat viral di Kedah ini adalah kira-kira 20 km dari Sungai Siong ke Sungai Baling.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Gunung Baling

Port latihan mendaki di Baling

Alamat: Gunung Baling, 09100 Baling, Kedah

Telefon: –

Gunung Baling
Sumber gambar: U-Point, Ibgdrgn.88, kim peng lim, mknace unlimited

Mencari port latihan awal sebelum hiking ke gunung yang lebih tinggi dan berliku? Gunung Baling menawarkan keindahan gunung batu kapur setelah anda sampai ke puncak.

Selain itu, anggaran masa untuk sampai ke tempat menarik Kedah ini adalah sekitar 2-3 jam bergantung kepada stamina anda.

Oleh itu, jangan lupa untuk mendapatkan bantuan malim agar anda tidak sesat semasa melakukan aktiviti ini!

Lihat peta | Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8am – 6pm) & Ahad (8am – 10am)

Gunung Pulai

Gunung ke-2 tertinggi di Kedah

Alamat: Kampung Teluk Tak Patah, 09100 Baling, Kedah

Telefon: –

Gunung Pulai
Sumber gambar: Koh Chin Siang, Jason T, Suki Chia, Don Tan (Don Tan)

Jika Gunung Jerai gunung tertinggi di Kedah, Gunung Pulai pula gunung ke-2 tertinggi di Kedah setinggi 620 m.

Tempat best di Kedah ini menempatkan banyak gua yang bersejarah untuk anda terokai.

Ia dikelilingi oleh 4 buah kampung iaitu Kampung Paya, Kampung Tanjung, Kampung Sungai Limau dan Kampung Dalam Wang.

Anda boleh merasai pengalaman melalui jambatan gantung sejauh 10 m sebelum mendaki gunung ini di Kampung Paya.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Gua Jepun

Gua bersejarah di Baling

Alamat: Gua Jepun, Baling, 09100 Baling, Kedah

Telefon: –

Gua Jepun
Sumber gambar: Jay Jaylaini, Hock Kuan, Instagram @pickcurr, @_haniszainol

Tahukah anda bahawa Baling juga mempunyai tempat bersejarah? Ya, Gua Jepun menempatkan khazanah yang menarik untuk anda terokai.

Ia terletak di kaki Gunung Baling yang memudahkan pencarian untuk ke gua ini.

Tempat bercuti di Kedah ini mempunyai sebuah terowong komunis yang dipercayai menjadi kubu komunis pada zaman dahulu.

Untuk makluman anda, dengan penemuan bersejarah tersebut gua ini bakal dijadikan konsep pelancongan tentera.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Betong Thailand

Tempat menarik di Thailand

Alamat: Betong District, Yala 95110, Thailand

Telefon: –

Betong Thailand
Sumber gambar: Instagram @ie0_travphoto, @mim._rika, Eng Kooi Chan, Paul Lim

Untuk makluman anda bukan Padang Besar sahaja yang hampir dengan Thailand malah Baling juga tau! Mengambil jarak hanya 26 km dari pekan Baling anda boleh menuju ke Betong Thailand.

Kawasan bebas cukai ini amat popular dalam kalangan penduduk dari Kedah, Kelantan dan Perak.

Banyak tempat rekreasi yang ada di bandar ini seperti penginapan, gerai makanan, gunung dan banyak lagi.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Air Terjun Lata Bayu

Tempat perkelahan terkenal di Baling

Alamat: K715, 09100 Baling, Kedah

Telefon: –

Air Terjun Lata Bayu
Sumber gambar: Yasser Fouzi, Ng puck mun, Anthu Tropical

Kalau anda nak tahu destinasi perkelahan terkenal di Baling, inilah dia Air Terjun Lata Bayu. Dengan jarak 30 km dari pekan Baling, anda boleh menuju ke kawasan air terjun tempat rekreasi ini.

Kawasan air terjun yang dijaga dengan rapi ini terletak di dalam Hutar Lipur Lata Batu.

Di samping ketenangan air terjunnya ia juga mempunyai pemandangan kehijauan alam semulajadi yang cukup indah.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Hotel Seri Baling Inn

Hotel sederhana mewah di Baling

Alamat: Jalan Bukit Caruk Nau, Kampung Banggol Lada, 09100 Baling, Kedah

Telefon: 04-470 2336

Hotel Seri Baling Inn
Sumber gambar: Booking.com, Hotel Seri Baling Inn, Asri Saad

Memiliki kolam renang, pusat kecergasan, dewan dan restoran memberi kemudahan kepada pengunjung yang menginap di sini.

Hotel Seri Baling Inn mempunyai 28 bilik yang dilengkapi dengan pendingin hawa. Chalet menarik di Kedah ini berhampiran dengan Betong, Gerik dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: –

Rumah Rehat Majlis Derah Baling

Rumah tamu di Baling

Alamat: Rumah Rehat, Baling, 09100 Baling, Kedah

Telefon: 04-470 6636

Rumah Rehat Majlis Derah Baling
Sumber gambar: PRAPUL mdbaling, Mohd Nawawi Zakaria, Sabki Sudin, Sam Arif

Mencari tempat bermalam untuk seisi keluarga sebelum menuju ke tempat menarik Kedah yang seterusnya?

Bagaimana jika anda memilih Rumah Rehat Majlis Daerah Baling sebagai tempat lepak seketika?

Tempat bercuti di Kedah ini terletak berdekatan Balai Polis Baling dan Majlis Daerah Baling. Selain itu, bilik-bilik yang ditawarkan amatlah luas yang dilengkapi dengan tv siaran astro.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: –

Hotel Bayu

Hotel bajet di Baling

Alamat: Wisma Ramli , Lot 18, Jalan Pulai, Kampung Pokok Sena, 09100 Baling, Kedah

Telefon: 04-470 0969

Hotel Bayu
Sumber gambar: Farhana Ismail, Halina Ieyna, azrul jerul

Mencari hotel bajet di sekitar Baling samada untuk bercuti ataupun tempat persinggahan untuk majlis perkahwinan?

Hotel Bayu mungkin hotel bajet iaitu tempat best di Kedah yang anda cari! Ia menawarkan ballroom yang besar yakni sesuai bagi acara perkahwinan.

Jenis bilik yang ditawarkan ialah standard, deluxe suite, vip suite dan penthouse suite.

Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: –

Baling Mountain Garden Village

Chalet di Baling

Alamat: Baling, 09100 Baling, Kedah

Telefon:-

Baling Mountain Garden Village
Sumber gambar: Baling Mountain Garden Village, Boutique Chalet

Jarang sekali kan dapat lihat tempat penginapan dengan view kawasan pergunungan?

Keistimewaan Baling Mountain Garden Village menyajikan bilik dengan pemandangan indah dari Gunung Baling.

Chalet menarik di Kedah ini terletak strategik berhampiran Pekan Baling, Gunung Baling dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Antara bilik yang ditawarkan ialah ‘The Royale Suite’, ‘Deluxe Queen’ dan ‘Single Deluxe Double’.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

D Bamboo Park

Tempat menarik untuk keluarga di Baling

Alamat: K702, Kampung Lubok Legong, 09100 Baling, Kedah

Telefon:-

D Bamboo Park
Sumber gambar: Facebook @D bamboo park

Mencari port menarik di Baling yang boleh anda lakukan pelbagai aktiviti di dalam satu kawasan bersama seisi keluarga?

D Bamboo Park adalah pilihan sesuai yang anda cari. Confirm tak rugi punyalah! Ia menawarkan aktiviti berkelah, berkhemah, barbeku, mandi-manda, family day dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pakej makanan yang disediakan. Anda boleh pilih sahaja nak makan di mana. Dalam air? Di pondok? Di tepi sungai? Semuanya bolehlah!

Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

MR Homestay Baling Kedah

Homestay di Baling

Alamat: Lot 8665, Kampung Teduh, 09100 Baling, Kedah

Telefon:-

tempat penginapan untuk keluarga di baling
Sumber gambar: Mr Homestay Baling Kedah

Jika Baling Mountain Garden Village terletak berhampiran Gunung Baling, Mr Homestay Baling Kedah pula terletak berhampiran Gunung Pulai.

Ia mempunyai 6 unit rumah iaitu ‘MR Rumah No 1-4’, ‘MR Homestay Taman Bukit’ dan ‘MR Homestay Bersatu’ dengan harga serendah RM 200 satu malam.

Kesemua unit rumah ini bergantung kepada jumlah kapasiti pengunjung yang hadir. Tambahan pula, ia juga berhampiran dengan Pekan Baling dan Air Panas Ulu Legong.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

0 comments:

Post a Comment

loading...