loading...

Thursday, 1 September 2022

15 Tempat Menarik Di Bentong Pahang Untuk Jalan-Jalan

Bersempadan dengan negeri Selangor iaitu daerah Gombak dan Hulu Langat terletaknya tempat menarik di Bentong.

Rata-rata mengetahui bahawa Pahang amat dikenali dengan sejarah perlombongan bijih timah.

Lalu asal-usul Bentong berasal daripada perkataan ‘banyak untung’ yang disebut oleh orang Cina yang melombong. Kemudian, lama-kelamaan disebut sebagai ‘Bentong’.

Senarai tempat percutian menarik di Bentong Pahang

Tahukah anda? Daerah Bentong mempunyai pusat peranginan yang terkenal? Antaranya ialah Genting Highlands dan Bukit Tinggi.

Bukan itu sahaja, malah banyak lagi tempat menarik sekitar Bentong yang anda perlu ketahui menerusi pembacaan di sini.

Oleh itu, kami senaraikan 15 tempat menarik di Bentong Pahang khas untuk anda!

Bilut Hills

Resort di Bentong

Alamat: Bilut Hills, 27600 Raub District, Pahang

Telefon: –

Tempat menarik di Bentong Pahang: Bilut hills
Sumber gambar: Instagram @biluthills

Mencari tempat penginapan yang dekat dengan alam semulajadi? Mari menginap di Bilut Hills.

Resort ini terletak di antara Bentong dan Raub dan terletak di dalam kawasan kebun-kebun seperti kebun durian.

Menariknya, di sini apabila tibanya musim buah pengunjung dapat merasai sendiri buah-buahan yang segar dipetik dari kebun!

Tambahan pula, aktiviti menarik seperti menunggang atv, barbeku, bermain snuker dan memanah turut disediakan di sini.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Sentiasa dibuka

Japanese Village

Perkampungan Jepun di Bentong

Alamat: km 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, 28750

Telefon: 09-221 3888

Tempat menarik di Bentong Pahang: Japanese Village
Sumber gambar: Instagram @japaneseteahouse, berjayahills.org

Anda tidak perlu bersusah payah ke Jepun kerana di Bentong terdapat perkampungan Jepun!

Biar betul? Ya, Japanese Village adalah satu-satunya perkampungan Jepun pertama di luar negara Jepun. Bangga bukan?

Suasananya memang saling tak tumpah seperti perkampungan di negara Jepun asli dengan adanya pokok bonsai dan teh.

Alami sendiri pengalaman di tempat tenang ini dengan meminum teh Jepun secara formal, memakai kimono dan memberi makan ikan koi di sungai.

Lihat Peta | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9.30 pagi – 5 petang

Air Terjun Chamang

Air terjun di Bentong

Alamat: 28700 Bentong, Pahang

Telefon: –

Tempat menarik di Bentong Pahang: Air Terjun Chamang
Sumber gambar: Instagram @syhrlnzm90, @thetravelingmannequeen, @w_zali

Ada yang datang jauh dari KL semata-mata untuk mencari tempat tenang di Bentong ini.

Lokasi Air Terjun Chamang yang mudah diakses menjadikannya kawasan tumpuan pengunjung di hujung minggu.

Untuk makluman anda, kawasan air terjun ini mempunyai kolam yang sesuai untuk anak-anak kecil mandi-manda.

Selain itu, aktiviti fotografi, jungle trekking, berkhemah dan barbeku menjadi aktiviti kebiasaan pengunjung di sini.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Jimmy’s Durian Orchard

‘Raja segala buah’ di Bentong

Alamat: Jalan Lama Bentong – Karak, 28600 Karak, Pahang

Telefon: –

Tempat menarik di Bentong Pahang: Jimmy’s Durian Orchard
Sumber gambar: Instagram @luvkate, @cindy_thermomixsgadvisorid374, @shotbymie, @jiihkui

‘Raja segala buah’ demikianlah digelar pada buah durian yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Alami pengalaman berharga di Jimmy’s Durian Orchard dengan mengutip sendiri durian-durian yang gugur dari pokok.

Kemudian, apa lagi nikmati sepuas-puasnya dengan harga yang amat berpatutan di tempat percutian menarik di Bentong Pahang ini!

Keistimewaan ladang durian ini ialah bebas daripada penggunaan bahan kimia beracun.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi:

Bilut Extreme Park

Tempat menarik untuk aktiviti lasak di Bentong

Alamat: Kampung Baharu, 27600 Bentong, Pahang

Telefon: –

Bilut Extreme Park
Sumber gambar: Bilut Extreme Park, Mike,

Bagi peminat aktiviti lasak dan ekstrem, Bilut Extreme Park adalah destinasi wajib anda! Ia terletak di dalam kawasan Felda Bukit Lurah yang dikelilingi dengan pokok kelapa sawit.

Antara aktiviti yang ditawarkan ialah atv, memanah, paintball dan banyak lagi. Sudah tentu penat tapi menyeronokkan!

Waktu operasi: Setiap hari: 9.30 pagi – 6 petang

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp

Bentong Gallery

Galeri sejarah Bentong di Pahang

Alamat: 17-18, Jalan Loke Yew, 28700 Bentong, Pahang

Telefon: 09-222 7600

Bentong Gallery
Sumber gambar: Summer Lee, Amanda Lam, Badrul F. Alwi, Ivan

Nak tahu sejarah Bentong dengan lebih mendalam? Apa kata anda kunjungi Bentong Gallery untuk menambah sedikit ilmu fakta sejarah anda.

Tambahan pula, galeri ini juga menyediakan cenderahati untuk anda beli jadikan kenang-kenangan sewaktu berada di Bentong.

Selain itu, anda boleh dapatkan produk terkenal di sini iaitu halia Bentong.

Waktu operasi:

  1. Isnin – Selasa: 9 pagi – 5 petang
  2. Khamis – Ahad: 10 pagi – 7 malam

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

Swat Paintball

Tempat menarik untuk aktiviti berkumpulan di Bentong

Alamat: Unnamed Rd, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Telefon: –

Swat Paintball
Sumber gambar: Ramlan Rafie, Norzeerah Aiffah Badron, Nai Fiza

Anda datang secara berkumpulan dan mencari tempat percutian menarik di Bentong Pahang? Jom bermain paintball di Swat Paintball yang terletak di Janda Baik berkonsepkan suasana hutan.

Selain itu, ia menyediakan 2 medan pertempuran selaras dengan tahap yang anda inginkan.

Kebiasaannya, medan padang hutan dengan halangan seperti pokok dan batu menjadikan permainan ini lebih sengit untuk bermain.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 5 petang

Lentang Forest Reserve

Tempat menarik untuk camping di Bentong

Alamat: Karak Expy, Lentang, Bentong, Pahang

Telefon: –

Lentang Forest Reserve
Sumber gambar: Peach Sweet, Ariffin Hiew, Alyson YK, Khairiyatun Akhiruddin

Ingin mencari tempat tenang untuk aktiviti camping? Lentang Forest Reserve adalah port yang sesuai dengan adanya tapak khas untuk mendirikan khemah.

Bukan itu sahaja, malah acara family day juga sesuai untuk dianjurkan di sini kerana terdapat kawasan yang luas disediakan.

Selain itu, jangan lupa untuk membawa baju tebal kerana suasana malam di sini agak dingin.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Bilut Valley Bee Farm

Ladang lebah di Bentong

Alamat: 27600 Bentong, Pahang

Telefon: –

Bilut Valley Bee Farm
Sumber gambar: Instagram @bilut_valley_beefarm

Ingin melihat bagaimana madu dihasilkan? Mari singgah ke tempat menarik di Bentong iaitu Bilut Valley Bee Farm.

Di ladang lebah ini anda dapat menyaksikan sendiri lebah kelulut dan cara-cara staf professional mengambil madu dari sarang lebah tersebut.  

Anda tidak perlu risau disengat oleh lebah kerana baju perlindungan akan diberi terlebih dahulu sebelum anda masuk ke ladang ini.

Kebanyakan pokok buah-buahan yang ditanam seperti manggis merupakan sumber makanan lebah kelulut. Akhir sekali, anda boleh dapatkan juga produk madu asli di sini! 

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi:

Suria Hot Spring

Kolam air panas di Bentong

Alamat: 2527, Jalan Kuala Lumpur Lama, Mukim, 28700 Bentong, Pahang

Telefon: 09-221 0200

Suria Hot Spring
Sumber gambar: Instagram @keeekeee, @trompahkuhilang, Ä“RYAbySURIA Hot Spring Bentong, KG V

Dah puas berjalan-jalan pastinya kaki dan badan terasa lenguh kan? Suria Hot Spring sesuai sebagai tempat berehat seketika.

Selain itu, bagi anda yang inginkan privasi juga boleh menyewa kolam private tanpa gangguan.

Tambahan pula, antara kemudahan yang ada di kolam air panas ini ialah surau, tandas dan bilik persalinan.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi:

D’Bilut Agro Farm

Tempat penginapan menarik di Bentong

Alamat: Lot 6773, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Pahang

Telefon: –

D’Bilut Agro Farm
Sumber gambar: Muhaimin Zamri, Nurul Hidayah Ismail, Mustapha Faidzul Hamli, Shah Rezam Muhamad

Alami pengalaman yang menakjubkan tinggal di dalam kawasan ladang yang sebenar di D’Bilut Agro Farm.

Selain itu, tempat menarik sekitar Bentong dengan seluas 7.5 hektar ini menyajikan pemandangan hijau dengan udara yang segar.

Semasa menginap di sini, berbagai aktiviti menyeronokkan yang sememangnya sukar dilupakan untuk anda lakukan.

Iaitu melawat mini zoo, memberi makan rusa, memanah, merasai madu kelulut segar dari ladang, makan durian dan atv. Menarik bukan?

Waktu operasi:

  1. Isnin & Rabu – Khamis: 10 pagi – 6 petang
  2. Jumaat – Ahad: 9.30 pagi – 6 petang

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp

Pinto Coffee+

Tempat makan menarik waktu pagi di Bentong

Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Telefon: –

Pinto Coffee+
Sumber gambar: Pintô Coffee+, EDI LaNceR, LC Siew

Anda penggemar tegar kopi? Jom alami kesegaran kopi pada waktu pagi di Pinto Coffee+ sambil melihat kehijauan pemandangan sekitar.

Antara minuman kopi yang wajib dicuba ialah “Caramel Macchiato”, “French Press Coffee” dan “Avocada Ice-Blended Coffee”.

Selain itu, pencuci mulut seperti pankek, skon dan kek juga ada di sini tau! Baru lah syok sarapan pagi anda ala-ala western sikit!

Waktu operasi:

  1. Selasa – Khamis & Ahad: 10 pagi – 6 petang
  2. Jumaat: 10 pagi – 6.30 petang
  3. Sabtu” 10 pagi – 8 malam

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp

Horse Trail Bukit Tinggi

Aktiviti menunggang kuda di Bentong

Alamat: Bukit Tinggi Southern Loop Rd, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Telefon: –

Horse Trail, Bukit Tinggi
Sumber gambar: m. ziff Channel, amir rahmat, Ethan Lim, Kervin Chong

Berminat dengan aktiviti menunggang kuda? Sekiranya anda masih berada di Bentong bolehlah singgah di Horse Trail Bukit Tinggi.

Pelbagai pakej menarik yang ditawarkan untuk anda pilih termasuk kem menunggang kuda.

Bagi anda yang beginner dalam aktiviti ini, tidak perlu risau kerana anda akan dibimbing oleh jurulatih bertauliah.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Jumaat – Rabu: 10 pagi – 6 petang

Colmar Tropicale Berjaya Hills

Perkampungan Perancis di Bentong

Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Karak Expy, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Telefon: 09-221 3666

Colmar Tropicale Berjaya Hills
Sumber gambar: Instagram @colmartropicale

Colmar Tropicale Berjaya Hills adalah tempat menarik sekitar Bentong yang wajib anda singgah selepas Japanese Village.

Ia merupakan sebuah perkampungan Perancis yang terletak tidak jauh dari Genting Highlands. Bayangkan singgah di Bentong sahaja terasa seperti melawat 2 negara dalam satu hari!

Menariknya di sini, suasana dan cuaca yang dingin juga seolah-olah seperti anda berada di Perancis. Tambahan pula, bagi anda yang ingin alami suasana malam di Perancis bolehlah menginap di sini.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Sentiasa dibuka

Taman Arnab Bukit Tinggi

Taman arnab di Bentong

Alamat: Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Telefon: –

Taman Arnab Bukit Tinggi
Sumber gambar: voey looi, AntTV, MOHD RIDZUAN BIN HASSAN, Sew Jian Hao

Dari Horse Trail Bukit Tinggi, jangan lupa singgah ke Taman Arnab Bukit Tinggi. Melihat telatah arnab yang comel bebas berkeliaran ini pasti dapat menghiburkan hati anda.

Di taman arnab ini anda berpeluang untuk membelai serta memberi makan kepada arnab. Selain itu, terdapat haiwan seperti rusa, keldai serta kawasan memanah yang ditempatkan di sini.

Waktu operasi:

  1. Isnin – Jumaat: 10 pagi – 6 petang
  2. Sabtu: 9 pagi – 7 malam
  3. Ahad: 10.30 pagi – 7 malam

Lihat Peta

0 comments:

Post a Comment

loading...