Dah masuk cuti sekolah tapi bingung nak bercuti ke mana? Marilah datang ke tempat menarik di Sik, Kedah yang menawarkan pelbagai tempat menarik untuk diterokai.
Tahukah anda? Sik merupakan daerah paling besar di Kedah dengan keluasan 1635 KM yang meliputi 17.35 % negeri Kedah.
Sebagai daerah yang besar, sudah tentu banyak lokasi percutian yang terdapat disini untuk anda terokai bersama keluarga mahupun rakan- rakan.
Senarai tempat menarik di Sik Kedah
Mengimbas kembali sejarah, asal-usul nama Sik diambil daripada bahasa arab iaitu “Sheikh” atau “Syed” kerana dahulunya mubaligh-mubaligh Arab datang membuat penempatan yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh.
Daerah yang terdiri daripada 4 mukim ini telah dijadikan kawasan agro-pelancongan oleh kerajaan kedah. Oleh itu, alam sekitar dan ekosistem flora fauna di Sik masih terjaga.
Hal ini menarik pelancong untuk datang menikmati keindahan alam disini. Diharap artikel ini mampu memberi sedikit sebanyak panduan kepada anda jika ingin bercuti ke Sik, Kedah.
Seri Ternas Resort
Homestay di Sik Kedah
Alamat: Tasik Beris, Kampung Ternas, 08200 Sik, Kedah
Telefon: 017-302 1730
Jika anda ingin mencari lokasi untuk buat hari keluarga di Sik, pilihlah Seri Ternas Resort. Terletak di Tasik Beris, Seri Ternas Resort antara resort terkenal di Sik. Chalet ini cantik dan sangat selesa.
Pemandangan Tasik Beris sangat memukau lebih-lebih lagi ketika senja. Fasiliti seperti kolam, tempat bbq, dan tempat parking yang luas melancarkan lagi percutian anda.
Tasik Beris resort juga ada jaringan telefon jadi anda tidak perlu risau tentang masalah internet. Nak berkayak pun boleh disini. Jom, tempah sekarang!
Lihat peta | Facebook | Laman web
Air Terjun Lata Mengkuang
Air terjun di Kedah
Alamat: Rimba Rekreasi Lata Mengkuang, 09100 Sik, Kedah
Telefon: 604-4212 835
Hanya 20 KM dari bandar Sik, terletaknya Air Terjun Lata Mengkuang yang popular kerana keindahan air terjunnya yang bersih dari pencemaran.
Berlokasi di Hutan Lipur Rimba Teloi, Air Terjun Lata Mengkuang ini berketinggian 20 Meter dengan permukaan yang berbatu dan airnya yang sejuk.
Tempat menarik di Sik Kedah ini terbuka kepada umum dan masuk pun percuma. Jika anda ke tempat menarik Kedah ini pastikan jaga kebersihan supaya keindahan alam semula jadinya kekal terjaga.
Lihat peta | Waktu operasi: setiap hari (7 pagi – 5 petang)
Ulu Muda Eco Park
Hutan simpan di Sik Kedah
Alamat: Ulu Muda Eco Park, Sik, Kedah
Telefon: 019-480 8926
Ulu Muda Eco Park merupakan hutan simpan yang kaya dengan hidupan flora dan fauna dikelilingi Tasik Muda yang juga antara tasik terbesar di Kedah.
Hutan yang berusia 150 juta tahun ini mempunyai pelbagai spesis haiwan liar seperti tapir, harimau Malaya, Gajah asia, rusa, beruang madu, badak Sumatra dan pelbagai lagi spesis jarang ditemui.
Ulu Muda Eco Park juga tempat terbaik untuk melihat burung kerana terdapat lebih 200 spesis burung disini seperti burung enggang, Red Crowned Barbet, Hooded Pitta dan banyak lagi.
Rasailah keindahan alam semula jadi disini dengan meredah hutan dan berkhemah. Lokasi yang sesuai untuk pencinta alam semula jadi. Anda juga boleh menginap di taman ini dengan menempah bilik.
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
Wat Charok Padang
Kuil di Sik Kedah
Alamat: Kampung Charok Padang, 08210 Sik, Kedah
Telefon: 04-469 5616
Wat Charok Padang antara salah satu kuil paling unik di Malaysia yang terletak di Sik, Kedah kerana diperbuat daripada botol kaca.
Kuil Buddha Thailand ini dibina menggunakan 100 ribu botol kaca hijau dan coklat dengan seni bina yang kreatif. Disebabkan seni bina yang unik, kuil ini sering menjadi tumpuan pelancong.
Pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk singgah ke Wat Charok Padang di Sik bagi menghayati keindahan kuil ini.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Lata Hujan Lebat
Tempat mandi manda di Sik
Alamat: Hutan Lipur Lata Hujan Lebat, Gulau, Sik, Kedah
Telefon: –
Satu lagi hutan lipur yang menarik untuk dikunjugi di Sik ialah Lata Hujan Lebat. Lata Hujan Lebat antara hutan lipur yang cantik dan bersih kerana dijaga oleh kerajaan negeri.
Dalam hutan lipur ni pula ada air terjun yang indah. Air terjunnya pula tidak terlalu dalam dan sesuai untuk bersantai serta mandi manda.
Kalau nak bawa keluarga mandi air terjun, hutan lipur ini sesuai untuk dikunjungi.
Chalet D’Cabin Che Putih
Chalet di Sik Kedah
Alamat: Lot 4122, Kampung Gajah Putih, 08320, Kedah
Telefon: 017-264 7844
Anda nak menginap di Sik tapi tak nak dekat hotel? Cubalah menginap di Chalet D’Cabin Che Putih yang berkonsepkan kabin terletak di Kampung Gajah Putih.
Chalet ini mempunyai kolam renang, tempat BBQ, serta bilik yang berhawa dingin. Lokasi yang terletak di kawasan hutan memang sesuai untuk mencari ketenangan.
Jika anda nak buat family gathering dekat sini pun sesuai. Jom tempah sekarang!
Lihat peta | Facebook | Instagram | Waktu operasi: secara tempahan
KEDA Resort Bendang Man
Resort di Sik
Alamat: Kampung Bendang Man, 08200 Sik, Kedah
Telefon: 04-462 0369
“Serene nature inspires serene mind”, itulah tagline satu lagi resort yang popular di Sik, Kedah iaitu KEDA Resort Bendang Man.
Resort yang dikelilingi alam semula jadi dan madu kelulut ini menawarkan suasana perkampungan yang damai jauh dari kesibukan kota.
Chalet yang tersusun dan cantik juga sangat selesa. Banyak aktiviti yang boleh dibuat seperti jungle trekking, mandi sungai, flying fox, dan camping.
Suasana petangnya damai dengan tiupan angin alam semula jadinya memang syahdu. Nak release tension? Tempat ini sangat direkomendasikan untuk anda.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Waktu operasi: setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Mat’am Al Musafir
Tempat makan menarik di Sik Kedah
Alamat: Pekan Sik, 08210 Sik, Kedah
Telefon: 011-2075 9081
Jika anda suka makan nasi arab, pastikan anda datang ke Mat’am Al Musafir di Sik. Restoran nasi arab ini popular dengan menunya Nasi Arab Musafir yang lazat dan memuaskan.
Set Talam juga tersedia jika anda ingin makan secara beramai-ramai. Antara set talam yang ada ialah Set Talam Ayam, Set Talam Kambing dan Set Talam Mix.
Bawalah rakan atau keluarga dan makanlah secara berjemaah disini.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: setiap hari (11 pagi – 3 pagi)
KEDA Agrobiz
Kilang air mineral di Sik Kedah
Alamat: 175, Batu Lima, 08210 Sik, Kedah
Telefon: 011-5506 238
KEDA Agrobiz adalah kilang pemprosesan air mineral dan pengeluar produk kesihatan seperti Bam Limau Purut dan Ban Serai Wangi.
Namun, lokasi ini juga menyediakan chalet dan resort untuk pengunjung menginap disini. Anda juga boleh mandi kolam sambil menikmati pemandangan alam semula jadi seperti pokok kopi.
Kilang yang mesra pelancong ini mempunyai daya tarikan yang unik dan berbaloi untuk dikunjungi.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Waktu operasi: setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Hutan Lipur Lata Lembu / Lata Embun
Air terjun di Kedah
Alamat: Lata Lembu, 09100 Sik, Kedah
Telefon: –
Tidak dinafikan Sik, Kedah kaya dengan hutan lipur dan satu lagi hutan lipur indah yang wajib anda lawati adalah Hutan Lipur Lata Lembu.
Mendapat nama daripada bentuk batu yang seakan lembu, Hutan Lipur Lata Lembu menawarkan air terjun setinggi 30 meter dengan jeram yang mengalir dari Bukit Semerliang.
Selain kaya dengan flora dan fauna seperti Merati Langgong, rusa dan kepelbagaian spesis burung. Kawasan hutan lipur ini sesuai untuk aktiviti berkhemah, mandi-manda, mendakit dan meredah hutan.
Jika anda suka lakukan aktiviti lasak, tempat menarik Sik di Kedah ini mampu memberi anda cabaran.
Tuah Cafe Sik
Tempat makan menarik di kedah
Alamat: 11A Bangunan Keda Mall@Sik Merbau Kudung, Batu 5, 08200 Sik, Kedah
Telefon: 018-952 6015
Dah puas jalan- jalan di Sik dan perut rasa lapar, singgalah terus ke Tuah Café Sik yang terletak di Bandar Sik.
Apa yang special disini adalah hidangan sizzling hot plate serta kueh toew Hang Tuah hot plate yang sedap dan sememangnya popular. Tempat makannya juga bersih dan selesa menjamin kepuasan anda.
Selain itu, Tuah Café Sik juga menyediakan pelbagai jenis minuman dan kopi. Jika anda pencinta kafein, inilah lokasi yang anda wajib cuba di Sik, Kedah.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: setiap hari kecuali selasa (2 petang – 9 malam)
D’Puncak Bris Lake Resort
Resort di Sik
Alamat: Tasik Beris D Puncak Beris Lake Resort, 08210 Sik, Kedah
Telefon: 013-429 0084
Nak cari resort dengan pemandangan indah di Tasik Beris? Tempah sahaja D’Puncak Bris Lake Resort. Resortnya luas dan cantik.
Disini banyak aktiviti anda boleh lakukan seperti berkhemah, BBQ, mandi sungai, berkayak dan lain-lain. Jika nak memancing sambil bersantai bersama keluarga memang sesuai sangat lokasi ni.
Dengan view menghadap Tasik Beris memang lokasi strategik untuk buat hari keluarga, program berkumpulan dan tempat santai rakan-rakan.
Nyaman, indah dan damai, inilah gambaran D’Puncak Bris Lake Resort!
Tasik Beris
Tasik di Sik Kedah
Alamat: Jalan Tasik Beris, Kg Ternas, 08200 Sik, Kedah
Telefon: –
Tasik yang terbentuk dari pembinaan empangan pada tahun 2000, Tasik Beris kini menjadi tarikan utama pelancong di Sik, Kedah.
Tahukah anda? Tasik Beris berfungsi sebagai bekalan air di Kedah dan kawasan tadahan hujan. Pastikan anda singgah ke Tasik Beris jika ke Sik. Sayang kalau tak ke sini sebab viewnya memang sangat indah.
Namun, disebabkan kecantikan tasik ini dengan berlandskapkan bukit dan alam semula jadi yang menenangkan ianya dibangunkan sebagai lokasi pelancongan.
Banyak chalet-chalet berpatutan dibina di sekitar tasik dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. Anda juga boleh datang ke Restoran Terapung Seri Ternas, Tasik Beris.
0 comments:
Post a Comment