Perlukan panduan tempat menarik di Singapore? Pernah menjadi sebahagian daripada Malaysia, negara Singapura kini adalah negara yang paling maju dan moden di Asia Tenggara.
Singapore antara destinasi yang berbaloi untuk jalan-jalan, terutamanya bagi mereka yang melancong ke luar negara buat kali pertama. Pelancong dari Malaysia boleh ke Singapore melalui tambak Johor.
Bandar Singapura merupakan negara dengan ekonomi paling berdaya saing ketiga di dunia pada tahun 2022. Selain menjadi pusat pelabuhan tersibuk di dunia, Singapura juga kaya dengan pelbagai budaya dan kaum.
Senarai Tempat Menarik Di Singapura
Negara Singapore yang berkeluasan 728 km ini mendapat gelaran Kota Singa. Penduduknya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu dan India hampir mirip seperti Malaysia.
Justeru, artikel ini akan membawa anda kepada tempat dan aktiviti menarik di Singapore yang wajib anda terokai dan memberikan informasi kepada anda sebelum menjejakkan kaki ke ibu kota Singapura.
Universal Studios Singapore
Tempat menarik di USS Singapore
Alamat: 8 Sentosa Gateway, Singapura 098269
Telefon: +65 6577 8888
Tahukah anda? Universal Studios Singapore adalah taman tema Universal Studio yang pertama dan satu-satunya di Asia Tenggara. Jika anda melancong bersama rakan atau keluarga, Universal Studios Singapore antara tempat yang wajib datang!
Taman tema ini mempunyai lebih 20 tarikan, kebanyakannya adalah serba baharu dan sangat unik. Universal Studios juga mempunyai enam taman tema utama iaitu The Lost World, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, Hollywood, dan Far Far Away.
Disini, banyak aktiviti menyeronokkan dapat dibuat seperti TRANSFORMERS The Ride:The Ultimate 3D Battle, Donkey Live, Amber Rock Climb, Roller Coaster dan banyak lagi.
Jika anda peminat kepada movie keluaran Universal Studios, hidup anda tidak lengkap sekiranya tidak datang ke taman tema ini. Anda akan mengalami pengalaman yang luar biasa di sana.
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Rabu – Ahad (12:00 pm – 7:00 pm)
Garden By The Bay
Tempat menarik di Singapore yang murah
Alamat: 18 Marina Gardens Dr, Singapore 018953
Telefon: +656 420 6848
Tarikan utama Singapura ialah keindahan Gardens by the Bay. Bangunan berbentuk cengkang itu dipenuhi dengan kehijauan dan flora yang cantik.
Tempat menarik ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bay South Garden, Bay Central Garden, dan Bay East Garden. Dua lokasi yang paling menarik ialah Flower Dome dan Cloud Forest.
Air terjun indoor tertinggi di dunia terletak di Cloud Forest. Sebaik sahaja anda memasuki taman ini, anda tidak akan mahu keluar, terutamanya pada waktu malam apabila lampu neon menerangi pokok.
Flower Dome, lokasi yang dipenuhi dengan pelbagai bunga yang indah. Ia juga mempunyai pokok-pokok gergasi dengan skywalk dan ini rumah hijau terbesar dengan kawalan iklim di dunia.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari: 9am–11am
Singapore Zoo
Zoo di Singapore
Alamat: 80 Mandai Lake Rd, Singapore 729826
Telefon: +65-62693411
Adakah anda bersedia untuk jalan jalan Singapore? Luangkan masa bersama keluarga melihat hidupan liar dari dekat. Anda juga berpeluang memberi makan haiwan, menonton pertunjukan haiwan, menaiki trem percuma mengelilingi zoo dan lain-lain.
Kanak-kanak juga boleh memilih daripada pelbagai aktiviti yang menyeronokkan! Contohnya wild carousel ride, taman permainan air dan banyak lagi!
Sebelum datang, semak jadual rancangan Zoo Singapore terlebih dahulu! Jika itu tidak mencukupi, anda juga boleh melawat Night Safari, River Safari dan Jurong Bird Park, yang berdekatan.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 8:30am-6pm
Merlion Park
Taman awam dengan struktur ikonik di Singapore
Alamat: 1 Fullerton Rd, Singapore 049213
Telefon: –
Taman Merlion (Merlion Park) ialah nama tempat di Singapore untuk anda memulakan perjalanan di Singapura. Apabila anda sampai di Singapore River, belok kanan dan teruskan berjalan ikuti laluan tepi sungai ke Taman Merlion.
Anda juga boleh masuk ke dalam Hotel Fullerton dan ambil pautan bawah tanah ke One Fullerton untuk jalan pintas. Selepas meninggalkan bahagian Marina Bay, Taman Merlion sepatutnya berada di sebelah kiri anda.
Anda akan melihat patung separuh ikan, separuh singa yang ikonik paling terkenal di negara ini. Spot menarik ini memberikan anda pemandangan indah 360 darjah bangunan pencakar langit dan bangunan terkenal di sekitar Marina Bay.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Sentosa Boardwalk
Tempat menarik di Singapore yang percuma
Alamat: Straits View, Singapore
Telefon: +6567368672
Pada waktu siang mahupun malam, pemandangannya sungguh menakjubkan! Lokasi yang menarik untuk berehat, berjalan kaki, berkelah kecil atau bersiar-siar dengan pasangan anda. Nak tengok sunset pun boleh viewnya sangat cantik!
Sentosa Boardwalk menghubungkan VivoCity ke Resorts World Sentosa dan telah dibina pada 2011 dengan kos $70 juta. Buat masa ini, kemasukan adalah percuma. Terdapat tempat untuk duduk di sepanjang jalan.
Jika anda dahaga, ingin makan aiskrim atau beli beg buatan tempatan, anda boleh beli di vending machine di sepanjang jalan. Anda boleh sampai ke Sentosa dengan berjalan kaki kurang daripada 700 meter.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam
Marina Bay Sands
Hotel menarik di Singapore
Alamat: 10 Bayfront Ave, Singapore 018956
Telefon: +65 6688 8868
Marina Bay Sands sudah tidak asing lagi di mata dunia, hotel mewah ini merupakan mercu tanda kemajuan negara Singapore.
Bangunan dengan 55 tingkat ini menawarkan banyak fasiliti seperti spa, kolam renang, pusat membeli-belah, infinity pool, dan banyak lagi. Anda juga boleh menikmati suasana bandar Singapura sambil mandi kolam di Sands Skypark.
Reka bentuk hotel yang unik ini menyajikan pengalaman bercuti yang mewah dan berharga untuk anda. Sangat sesuai untuk yang ingin berbulan madu.
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
Singapore Night Safari
Tempat menarik di Singapore waktu malam
Alamat: 80 Mandai Lake Rd, Singapura 729826
Telefon: +65 6269 3411
Ingin merasa pengalaman menerokai alam hidupan liar pada waktu malam? Datanglah ke Singapore Night Safari yang merupakan zoo nokturnal pertama di dunia terletak di Mandai, Singapura.
Terdapat 900 haiwan terdiri daripada 100 spisis di zoo ini seperti harimau Malaya, tenggiling, singa, tapir, gajah asia, dan banyak lagi. Yang menarik lagi, 40 spisis haiwan yang ada disini adalah spisis terancam dan jarang dilihat.
Bukan setakat melihat haiwan sahaja, disini anda juga boleh menikmati makan malam sambil menikmati suasana malam bersama hidupan liar. Sememangnya tempat ini sesuai untuk kanak-kanak dan pencinta haiwan.
Waktu operasi: Setiap hari (6:30 pm – 12:00 am)
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
Orchard Road
Tempat shopping di Singapore
Alamat: 80 Mandai Lake Rd, Singapura 729826
Telefon: +65 8917 7823
Orchard Road dikatakan syurga untuk yang kaki shopping kerana kawasan ini penuh dengan kompleks beli-belah yang mewah.
Lokasi ini sememangnya terkenal dengan kompleks beli-belah seperti Tangs, Ion Orchard dan Far East Plaza. Tambahan pula, terdapat satu pusat seni yang sangat terkenal disini iaitu Ion Art Gallery yang mampu membuatkan anda terpukau dengan hasil seni yang dipaparkan.
Selain itu, Orchard Road juga terkenal sebagai syurga makanan kerana disini banyak tempat makan dan restaurant bertaraf lima bintang yang menyajikan pelbagai jenis makanan yang lazat. Anda yang kaki shopping dan suka food hunting akan menyukai lokasi ini!
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
Sentosa 4d Adventureland
Taman tema indoor menarik di Singapore
Alamat: 51B Imbiah Rd, Singapura 099708
Telefon: +65 6274 5355
Sentosa 4D Adventureland popular sebagai taman tema terbaik di Singapura kerana menawarkan pengalaman 4D yang pertama di Asia.
Untuk pengetahuan anda, teknologi 4D adalah filem 3D dimana anda boleh merasai kesan fizikal seperti elemen cuaca. Bayangkan anda seolah-olah berada di dalam movie tersebut. Sangatlah menarik bukan!
Anda boleh cuba menunggang Haunted Mine Ride 4D, merasai suasana aksi di dalam filem Journey 2: The Mysterious Island dan banyak lagi.
Taman tema ini sesuai untuk semua kumpulan usia, lokasi sesuai untuk kanak-kanak yang ingin merasai pengalaman menonton movie secara 4D.
Waktu operasi: Setiap hari kecuali rabu (1:00 pm – 7:00 pm)
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
Pulau Ubin
Pulau menarik di Singapore
Alamat: 61 Pulau Ubin, Singapore 508310
Telefon: –
Disebalik kemajuan hutan konkrit di Singapura, pasti anda tidak pernah dengar terdapat satu pulau yang juga hidden gems di Singapura iaitu Pulau
Terletak di Timur Laut Singapura, anda cuma memerlukan masa 15 minit sahaja untuk sampai ke sini melalui Terminal Feri Changi.
Pulau Ubin terkenal dengan batu- batu granit serta tapak bersejarah. Disini juga terletaknya perkampungan tradisional terakhir di Singapura.
Selain itu, pulau ini juga rumah kepada kepelbagaian hidupan flora dan fauna dengan panorama semula jadi yang menarik. Lokasi ini sememangnya sesuai untuk pencinta alam semula jadi dan yang ingin keluar dari kesibukan kota Singapura.
Waktu operasi: Setiap hari (8:30 am – 5:30 pm)
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
Jurong Bird Park
Taman burung di Singapore
Alamat: 2 Jurong Hill, Singapura 628925
Telefon: +65 6269 3411
Jurong Bird Park adalah syurga burung terbesar di Asia dengan lebih 3500 ekor burung daripada 400 spisis berbeza dari pelbagai negara. Taman burung yang menakjubkan ini dibina di cerun bukit Jurong berkeluasan 20.2 hektar.
Antara spisis burung yang terdapat disini ialah flamingo, enggang, turacos dan juga penguin. Ya, disini juga ada penguin seperti rockhopper, humbolt dan afrika.
Anda juga berpeluang beramah mesra dengan rakan- rakan bersayap ini dengan memberi burung makan. Jangan lupa juga untuk menyaksikan persembahan burung dengan jurulatihnya.
Waktu operasi: Khamis – Ahad (8:30 am – 6:30 pm)
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
Henderson Waves Bridge
Jambatan unik di Singapore
Alamat: Henderson Waves, Singapore
Telefon: –
Dibina pada tahun 2006, Henderson Waves Bridge menjadi tarikan pelancong kerana bentuknya yang sangat unik seakan-akan bentuk ombak.
Berketinggian 36 meter dan sepanjang 274 meter, jambatan berbentuk ombak, melengkung dan berputar ini diterangi cahaya lampu LED bermula jam 7 petang sehingga 7 pagi.
Dibina menggunakan kayu Balau yang merupakan jenis kayu terkuat di Asia, anda tidak perlu ragu lagi dengan keselamatan jambatan Henderson.
Jambatan ini sangatlah penuh pada hujung minggu kerana banyak keluarga meluangkan masa disini sambil menikmati permandangan yang nyaman.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Sepanjang masa
Singapore Science Centre
Pusat sains di Singapore
Alamat: 15 Science Centre Rd, Singapura 609081
Telefon: +65 6425 2500
Minat perkara berkaitan sains, teknologi, dan alam semesta? Anda wajib melawati Singapore Science Centre untuk mendalami dan mempelajari sains secara interaktif dan menyeronokkan.
Disini anda boleh mencuba cabaran Maze Lazer Challange, menerokai lebih mendalam tentang bumi di Earth Alive, atau mengembara di dunia lain menggunakan VR dan 360 Wall Projection di E3. Anda akan berpuas hati kerana terdapat 12 pameran sains yang tersedia untuk anda mencuba sendiri.
Pusat sains ini juga mesra kanak-kanak kerana terdapat aktiviti khusus untuk kanak- kanak seperti KIDSSTOP™ FOR FAMILIES yang seronok dan berilmiah. Anda wajib membawa anak-anak anda ke sini!
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (10:00 am – 5:00 pm)
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
Crane Dance
Pertunjukan animatronic di Singapore
Alamat: 8 Sentosa Gateway, 098269, Singapore
Telefon: +65 6577 8888
Crane Dance di Pulau Sentosa adalah salah satu pertunjukan animatronic terbesar di dunia setinggi 30 meter. Pertunjukan cahaya dan bunyi yang dipancarkan melalui pancutan air beserta animasi dan bunyi yang menyentuh emosi.
Pertunjukkan bermula pada jam 8 malam dan berdurasi selama 10 minit. Anda tidak perlu risau kerana ianya adalah percuma!
Lokasi ini sesuai untuk anda bersantai setelah seharian menerokai Pulau Sentosa.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (8pm – 8.15pm)
Skyline Luge Singapore
Aktiviti outdoor di Singapore
Alamat: Skyline Luge Singapore, 1 Imbiah Rd, Singapura 099692
Telefon: +65 6274 0472
Terletak di pulau Sentosa, Skyline Luge Singapore menjanjikan pengalaman menyeronokkan untuk anda.
Disini anda boleh merasai pengalaman membawa kereta go-kart sambil menuruni bukit dan menikmati suasana hutan hijau serta udara yang nyaman.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menaiki kereta kabel untuk merasai keenakan udara dan pengalaman jauh dari tanah.
Waktu operasi: Setiap hari (10:00 am – 7:30 pm)
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
Madame Tussauds Singapore
Tempat menarik di Sentosa Singapore
Alamat: 40 Imbiah Rd, Sentosa, Singapura 099700
Telefon: +65 6715 4000
Muzium unik yang terletak di Sentosa, Singapore ini adalah muzium lilin pertama di Asia Tenggara.
Pelbagai karakter dari movie terkenal, selebriti, atlet sukan bahkan pemimpin dunia yang diperbuat daripada lilin terdapat disini seperti Cristiano Ronaldo, Lady Gaga, Johnny Depp, Presiden Sukarno dan banyak lagi.
Yang menakjubkan adalah rupa serta bentuk fizikal mereka seakan-akan hidup walhal diperbuat daripada lilin.
Anda juga boleh mencuba membuat patung lilin di belakang tabir bersama artis lilin.
Waktu operasi: Setiap hari (10:00 am – 6:00 pm)
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
Singapore Flyer
Roda ferris terbesar di Singapore
Alamat: 30 Raffles Ave, Singapura 039803
Telefon: +65 6333 3311
Singapore Flyer merupakan antara roda Ferris terbesar di dunia yang siap dibina pada tahun 2008. Roda Ferris berketinggian 165 meter ini mempunyai 28 kapsul yang berhawa dingin.
Nikmati suasana bandar Singapura yang meriah dari aras tinggi. Anda tidak lagi risau tentang cuaca panas, anda cuma perlu tenang dan menikmati pemandangan Singapura yang menakjubkan!
Info tambahan, Singapore Flyer juga pernah diselitkan dalam movie Detective Conan: The Darkest Night (2016). Hal ini menjadikan ianya satu tarikan pelancong bahkan juga media antarabangsa.
Waktu operasi: Khamis – isnin (3:00 pm – 10:00 pm)
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
Singapore Botanic Gardens
Taman di Singapore
Alamat: 1 Cluny Rd, Singapore 259569
Telefon: –
Satu-satunya tempat yang diiktiraf sebagai tapak warisan oleh UNESCO, Singapore Botanic Gardens juga dipanggil The Gardens. Tempat cantik di Singapura ini dikelilingi lebih 10 ribu pelbagai jenis tumbuhan.
Anda berpeluang melihat 48 jenis pokok bunga Bonsai di Bonsai Gardens dan pergi ke Forest Discovery Centre @ OCBC Arboretum yang memaparkan ekosistem hutan Singapura. Anda juga boleh melihat kecantikan angsa di Swan Lake yang juga tarikan utama pelancong disini.
Terdapat lima pintu masuk dengan pelbagai jenis taman di dalamnya dan muzium serta bangunan lama peninggalan British juga terdapat disini. Sememangnya, tempat yang menarik untuk dilawati bersama keluarga.
Waktu operasi: Setiap hari (5:00 am – 12:00 am)
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
National Museum of Singapore
Musium di Singapore
Alamat: 93 Stamford Rd, Singapura 178897
Telefon: +65 6332 3659
Muzium yang berusia 173 tahun ini penuh dengan cerita, budaya dan sejarah menarik tentang Singapura. Selain reka bentuk bangunannya yang klasik digabungkan elemen moden, muzium ini juga mempunyai seni dan artifak bersejarah.
National Museum of Singapore adalah muzim tertua di Singapura yang terkenal tentang sejarah dan khazanah Singapura. Fakta menarik tentang muzium ini adalah ianya merupakan perpustakaan satu ketika dahulu pada tahun 1849.
Jika anda minat perkara berkaitan sejarah dan suka belajar benda baru, lawatilah muzium ini bersama rakan atau keluarga.
Waktu operasi: Setiap hari (10:00 am – 7:00 pm)
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
Chinatown Singapore
Komuniti China di Singapore
Alamat: Chinatown Singapore, Singapore
Telefon: –
Mulakan lawatan berjalan kaki anda ke Chinatown dari Pagoda Street. Antara tarikan lain di sini ialah Buddha Tooth Relic Temple, People’s Park Complex, Pearl’s Hill City Park, Street Market dan banyak lagi.
Lawati masjid dan pelajari kepelbagaian budaya di Singapura. Nikmati masakan Xinjiang yang lazat di Aisyah Restaurant, lihat koleksi buku menarik di The Moon serta menerokai pelbagai lukisan mural sekitar Chinatown.
Anda juga boleh makan Nasi Ayam Aspirasi (#01-63) di Pusat Penjaja Maxwell yang paling terkenal di Chinatown!
Jika anda bersama kumpulan dan ingin merasai masakan Cina tempatan yang halal, Segar Restaurant antara pilihan yang terbaik dengan menu kari kepala ikan dan pelbagai pilihan makanan laut.
Little India
Komuniti India terbesar di Singapore
Alamat: Little India, Singapore
Telefon: –
Seperti namanya, Little India ialah pusat penduduk India yang terbesar di Singapura. Little India mempunyai kuil, masjid, seni jalanan dan rumah kedai yang dicat berwarna-warni.
Di sepanjang Serangoon Road, kafe dan kedai makan terletak di sebelah kedai yang menjual barang kemas emas, sutera dan kalungan bunga. Anda boleh berbelanja di Mustafa Centre bagi mencari barangan import dan hadiah murah untuk dibawa pulang.
Jika anda ingin makan masakan India Selatan dan Utara, anda boleh ke lokasi ini. Kejiranan etnik ini paling meriah semasa perayaan Deepavali.
0 comments:
Post a Comment