loading...

Wednesday, 7 September 2022

16 Tempat Menarik Di Besut Terkini & Paling Best

Daerah besut yang bersempadan dengan utara Kelantan, merupakan sebuah daerah yang popular di Terengganu. Mungkin anda tertanya-tanya apakah tempat menarik dan aktiviti yang anda dapat lakukan di Besut.

Senarai tempat menarik di Besut

Anda beruntung telah datang ke artikel ini dan kami akan menyenaraikan kawasan menarik yang boleh anda lawati. Rancanglah percutian anda dan berseronoklah!

Air Terjun 5 Tingkat, Besut

Air terjun di Besut

Alamat: Besut, 22010, Terengganu, Malaysia

Telefon: 019-966 2867

air terjun 5 tingkat di besut
Sumber gambar: Muaz Mohsin, areseeree, Lokman & Sha rif

Cuba anda bayangkan seketika, sampai ke air terjun 5 tingkat ini di hutan Lipur Lata Tembakah. Sambil berkelah, anda boleh mandi dan panggang ayam di tepi air terjun. Pasti best kan, datang pulak dengan keluarga!

Air terjunnya sangat jernih sehingga anda mampu melihat anak-anak ikan yang bermain di tepi batuan. Terdapat juga kemudahan lain seperti chalet, pondok informasi, jambatan gantung, tapak perkhemahan, dan lorong pejalan kaki.

Jika anda ingin berkhemah, anda perlu berhubung dengan unit hutan Lata Tembakah dan yuran akan dikenakan. Jadi tunggu apa lagi, mari jalan ke Besut!

Lihat peta | Waktu operasi: –

Air Panas La Hot Spring, Besut

Kolam air panas di Besut

Alamat: 22010 Jerteh, Terengganu

Telefon: 011-5636 0688

Air Panas La Hot Spring
Sumber gambar: Google 360, Nurmariati Mohamad, Khai Designer & Epiq 861

Pernah tak tertanya-tanya, kenapa penduduk jepun sangat suka berendam air panas? Mereka akan jawab air panas bagus untuk kesihatan terutama tegang urat dan sendi badan.

Selain itu, boleh mengubati penyakit yang berkaitan kulit. Banyaknya manfaat air panas kan? Oleh itu, anda wajib berkunjung ke sini dan rehatkan diri anda seketika. Kolam air panas semulajadi ini sangat best.

Tandas, rumah rehat, gerai makan dan surau pun ada. Nak bermalam pun boleh, ada chalet cantik berhampiran. Bawa sekali anak-anak anda dan nikmati suasana hutan yang tenang.

Lihat peta | Waktu operasi:

Pantai Air Tawar, Besut

Pantai di Besut

Alamat: Kampung Raja, 22200 Kuala Besut, Terengganu, Malaysia

Telefon: –

Pantai Air Tawar, Besut
Sumber gambar: Nik Nordin Nik Jaafar, Melayu Berwawasan & Nuraini Ain

Tidak semua pantai yang terdapat di Malaysia lengkap dengan kemudahan asas dan mempunyai panorama pantai yang cantik. Berbeza dengan Pantai Air Tawar ini. Nikmati keindahan pasir putih dan air laut yang membiru sambil disapa angin pantai yang sangat menyenangkan.

Di sini disediakan banyak gazebo untuk anda meluangkan masa bersama keluarga. Selain itu, terdapat juga taman permainan, surau, tandas dan tempat letak kereta yang luas. Sekiranya anda hanya ingin berjogging, trek jogging yang luas juga disediakan.

Jika anda tidak membawa bekal makanan semasa berkelah di sini, anda jangan risau, sebabnya terdapat gerai yang menjual makanan di sepanjang pantai. Jadi di sini anda hanya perlu datang dan bersantai sahaja.

Lihat peta | Waktu operasi:

Jeti Kompleks Perikanan LKIM, Besut

Jeti Perikanan di Besut

Alamat: Kampung Seberang Timur, 22200 Besut, Terengganu

Telefon: 09-695 6623

Jeti Kompleks Perikanan LKIM, Besut
Sumber gambar: Ismail Ibrahim, Kervin Chong, Znes lieey & Amizam Mohamed

Jika anda ingin merasai membeli ikan-ikan harga kayangan di tempat lain tapi sangat murah disini maka datanglah ke Jeti Kompleks Perikanan ini. Anda akan dapati banyak ikan yang harganya mahal dijual dengan murah.

Malahan, setiap pagi pemborong ikan akan menunggu di jeti ini untuk berjual beli. Hasil laut yang pelbagai dan segar mudah didapati di sini. Tempatnya juga strategik dan sering menjadi tumpuan.

Lihat peta | Waktu operasi:

Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jerteh

Masjid di Besut

Alamat: Masjid Ulul Albab, Kampung Seberang Jertih, 22000 Jerteh, Terengganu

Telefon: –

Masjid Kayu yang menarik di besut
Sumber gambar: Masjid Ulul Albab & Hisham Said

Jika anda sedang bermusafir di Terengganu, maka jangan lupa untuk singgah ke masjid unik ini. Masjid ini telah dibina sekitar tahun 2009 dan siap sepenuhnya pada 2012 menggunakan kayu berkualiti tinggi yang boleh tahan hingga puluhan tahun.

Senibina masjid ini banyak dipengaruhi oleh seni bina melayu asli. Masjid ini dibina tanpa menggunakan paku, hanya menggunakan teknik tradisional iaitu tebuk dan pasak.

Motif songket Terengganu dan kaligrafi arab juga memainkan peranan dalam bahagian dalaman masjid ini. Ini membuktikan bahawa kebijaksanaan teknologi tradisional tak kalah hebatnya dengan zaman sekarang.

Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari: 5am–10pm

Luncur Udara Paragliding Kota Putera

Aktiviti paragliding di Besut

Alamat: Bubus Hill, Kampung Raja, 22020 Besut, Terengganu

Telefon: 01118924424

Paragliding Kota Putera di Besut
Sumber gambar: Zahrul Huzairi, JenX Kyle & Aylwin Wee

Sukan udara semakin digemari sama ada para peminatnya ataupun hanya sekadar ingin mencabar diri terbang bebas di udara. Bersama kakitangan yang mahir menjadikan paragliding ini tarikan yang semakin diminati.

Paragliding ini merupakan bentuk pesawat kecil yang menggunakan mesin dan payung terjun. Rasai keseronokan semasa terbang ke bawah.

Soal keselamatan jangan risau! Semuanya sudah disediakan oleh orang-orang yang berpengalaman dalam bidang ini. Anda hanya perlu mendaftar, bayar yuran, patuhi sop keselamatan dan terbang. Kini, semua orang boleh terbang di Besut!

Lihat peta | Laman web

Pulau Rhu Pantai Bukit Kluang, Besut

Aktiviti snorkeling di Besut

Alamat: Pantai Bukit Kluang, 22200 Kampung Raja, Besut Terengganu, Malaysia

Telefon: –

Pulau Rhu Bukit Kluang, Besut
Sumber gambar: Ridhwan Said, eng seng yan & bibi azmiera

Jom snorkeling di pulau berhampiran Pantai Bukit Kluang. Selain melihat kecantikan batu karang di dalam laut, kita juga boleh nampak ikan yang jarang kita temui.

Jika bernasib baik, anda akan berenang bersama-sama penyu. Mereka selalunya akan mencari makanan di sekitar batu karang. Jika anda tidak tahu berenang, anda masih boleh mengikuti aktiviti ini. Anda akan dibekalkan dengan jaket keselamatan.

Boleh berenang atau tidak, bukan masalah kawan. Yang penting enjoy! Aktiviti banana boat pun disediakan. Jika anda bercuti berkumpulan, maka aktiviti ini sangat sesuai untuk anda.

Bukit Kluang, Besut

Aktiviti hiking di Besut

Alamat: 22200 Kampung Raja, Terengganu

Telefon: –

Sumber gambar: Muhamad Nazmi, papa red, Arifin Harun & Saifuddin Yaakub

Sekiranya anda menyukai aktiviti hiking, Bukit Kluang wajib menjadi senarai hiking anda di Besut. Keindahan panorama di atas puncak bukit ini sangat mengagumkan.

Di puncak bukit anda akan nampak keindahan laut china selatan. Tenang dan mendamaikan. Spot untuk bergambar juga cantik di sini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke tempat menarik di Besut ini.

Selepas anda mendaki, anda akan tiba di Pantai Bukit Keluang. Anda juga boleh mandi laut, berkelah bersama keluarga dan membeli makanan di gerai berdekatan. Suasana di sini agak meriah terutama pada hujung minggu.

Lata Belantan, Besut

Tempat menarik untuk keluarga di Besut

Alamat: Kampung Jabi, Besut, 22200, Terengganu

Telefon: 09-6956388

lata belantan yang menarik di besut
Sumber gambar: Helme Athrah Jaafar, Ridhwan Said & papa red

Air terjun dan kesejukan sungai di Lata Belatan ini mampu menarik siapa sahaja untuk datang ke sini. Para pengunjung yang datang bukan sahaja daripada dalam negara tetapi luar negara juga.

Dengan keindahan semulajadinya ditambah pula dengan sungai jernih yang mengalir tanpa batuan di bawah air terjun ini menambahkan lagi keindahannya. Kawasan ini juga merupakan pintu utama untuk ke Gunung Tebu.

Anda juga boleh bawa kanak-kanak kecil ke sini. Terdapat kawasan yang selamat untuk mereka berendam. Tapak perkemahan, pondok dan tempat bbq pun ada. Boleh bakar ayam dan berkelah ramai-ramai.

Pulau Perhentian, Besut

Pulau menarik di Terengganu

Alamat: Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

Telefon: –

pulau perhentian yang best di besut
Sumber gambar: Hisyam Azman, Luca Dal Vecchio, Muthuraja S & Reaz Rahman

Pulau perhentian di Besut ini terdapat dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Bagi anda yang masih belum tahu membezakan keduanya, tergantung kepada keinginan percutian anda.

Jika anda ingin bercuti untuk mencari ketenangan, maka anda boleh pilih untuk meneroka Pulau Perhentian Besar. Tetapi jika anda ingin mengunjungi tempat yang meriah dan yang popular dalam kalangan pelancong, anda ke Pulau Perhentian Kecil.

Malahan, tempat pelancongan di Besut Terengganu ini menyediakan pelbagai jenis penginapan, bermula dari harga bajet hingga harga kayangan. Snorkelling di laut pun best. Pilihlah sesuai bajet anda!

Turtle Bay, Besut

Aktiviti snorkelling dan melihat penyu di Besut

Alamat: Turtle Bay Divers, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu

Telefon: –

Turtle Bay di Besut
Sumber gambar: Shafreen Salleh, David Quintas, Tevin Lim & Shyang Tei

Turtle bay ini adalah satu kawasan yang menjadi tumpuan dan habitat para penyu. Jika anda berkunjung ke sini anda dapat melihat penyu secara dekat.

Kawasan ini mempunyai banyak sumber makanan untuk penyu serta menjadi tempat pemuliharaan bagi spisis penyu di sini. Anda boleh melihat mereka dengan cara snorkeling tetapi tidak dibenarkan menganggu penyu-penyu ini yang bergerak bebas di sekitar.

Jangan lupa untuk sediakan kamera anda! Pastikan flash kamera tidak di nyalakan supaya penyu tidak terkejut.

Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari: 7am–7pm

Kincir Angin D’Lagoon, Besut

Kincir angin di Besut

Alamat: Kincir Angin D’Lagoon, Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut, Terengganu

Telefon: –

Kincir angin D’Lagoon
          Sumber gambar: Aminor Azmi, SK Voon & makanlena

Jika anda hiking ke puncak tertinggi di Perhentian Kecil, anda akan nampak Kincir Angin D’Lagoon yang menjadi tarikan di puncak ini. Anda tak perlu risau kerana perjalanan ke puncak ini tidaklah tinggi.

Selain anda dapat melihat keindahan dari atas puncak ini menghadap ke laut, anda akan dapati kincir angin ini sebagai kawasan pemerhatian di seluruh pulau. Kawasan pemandangan seluas 360 darjah.

Kemudahan pejalan kaki juga disediakan. Namun, anda perlu pastikan yang pakaian dan kasut anda selesa untuk digunakan. Jangan lupa tangkap gambar sebabnya kawasan ini sangat cantik.

Lata Air Berani, Besut

Tempat mandi di Besut

Alamat: Lata Air Berani, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Telefon: –

Lata Air Berani
Sumber gambar: Shahira Shah, Kizrat winkaizer, Miez Aimie Dinda & DinDa

Lata Air Berani ini mempunyai keunikannya tersendiri selain keindahan kawasannya, terdapat satu kolam air tawar  yang terbentuk secara semulajadi dan uniknya kolam air tawar ini tidak pernah kering sama sekali.

Jomlah datang! Orang ramai sangat suka mandi-manda di sini. Airnya juga sejuk dan persekitarannya juga tenang.

Kampung Pasir Hantu, Besut

Perkampungan nelayan di Besut

Alamat: Kampong Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu

Telefon: –

Kampung Pasir Hantu
Sumber gambar: Esteban Isaacsan Labarthe

Sebuah perkampungan nelayan yang menarik yang anda boleh lawati di Besut. Anda juga boleh menyaksikan aktiviti seharian penduduk tempatan yang tinggal di sini.

Air laut di sini sangat jernih dan tidak terdapat pencemaran di kawasan ini. Aktiviti utama penduduk kampung di sini ialah sumber perikanan dan terdapat banyak bot-bot nelayan yang berlabuh di kawasan ini.

Pasar Tani Kuala Besut

Pasar pagi di Besut

Alamat: Kampung Kuala Besut, 22300 Besut, Terengganu

Telefon: 014-5005028

pasar tani di besut
Sumber gambar: Miss Rose, Aylanin Aurora & Saiful Wazir

Pasar Tani Kuala Besut sememangnya besar dan menawarkan pelbagai jenis produk dengan harga berpatutan. Jika anda pandai tawar-menawar, anda mungkin mendapat harga yang anda inginkan.

Pelancong tertarik untuk singgah dan membeli-belah di pasar ini kerana berdekatan dengan jeti Pulau Perhentian. Kebanyakan makanan yang dijual di pasar ini dibuat oleh penjual tempatan.

Ada buah-buahan, barang lama, makanan basah, pakaian, kraftangan, makanan kering dan banyak lagi! Jangan lupa singgah sini untuk shopping kalau ada masa.

Lihat peta | Waktu operasi: Isnin & jumaat ( 7.30 am – 12:30 pm)

Restoran Zul Ikan Bakar

Tempat makan menarik di Kuala Besut

Alamat: Zul Ikan Bakar, Kampung Seberang Kastam, 22200 Kampung Raja, Terengganu

Telefon: 017-944 8865

restoran ikan bakar ikan zul
Sumber gambar: Facebook Zul Ikan Bakar, Sujari Shazwani, Amirul Bahree & Naim Mistar

Jangan lupa berkunjung ke Restoran Zul Ikan Bakar untuk pelbagai hidangan antaranya ikan bakar berempah, sotong celup tepung, ikan celup tepung dan banyak lagi.

Kedai makan ini menjadi tumpuan pengunjung pada waktu malam. Restoran Zul Ikan Bakar juga berdekatan jeti ke Pulau Perhentian. Ikan bakar berempah adalah hidangan utama yang ditawarkan di sini.

Sebelum hidangan disajikan, pelanggan boleh memilih jenis ikan yang mereka inginkan.

Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari: 6pm–12am

0 comments:

Post a Comment

loading...