loading...

Wednesday, 14 September 2022

14 Tempat Menarik Di Dubai Percutian Serba Mewah

Mempunyai bajet yang besar dan mengimpikan percutian yang serba mewah? UAE menawarkan banyak tempat menarik di Dubai.

Dubai merupakan bandar ke-2 terbesar di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas Abu Dhabi. Dengan keluasan 4.114 km persegi menjadikan ia sebagai penduduk paling ramai di sini.

Dahulunya ia menerima pengaruh kebudayaan Iran namun kini pelbagai kebudayaan mempengaruhi penduduk-penduduk di bandar ini.

Misalnya, kebanyakan bangunan yang sedia ada bercirikan unsur Islam dan kontemporari.

Senarai tempat menarik di Dubai

Bandar mewah ini menempatkan struktur tertinggi dan terbesar di dunia iaitu menara Dubai, hotel tertinggi serta pulau buatan di Dubai UAE.

Antaranya ialah Burj Khalifa, Burj Al-Arab dan Palm Jumeirah. Berikut merupakan 14 tempat menarik di Dubai sebagai percutian serba mewah anda!

Burj Khalifa

Menara di Dubai yang tertinggi di dunia

Alamat: 1 Sheikh Mohammed bin Rashid Blvd – Downtown Dubai – Dubai – United Arab Emirates

Telefon: +971 4 888 8888

Burj Khalifa
Sumber gambar: guinnessworldrecords.com, Ryan Lalani, خالد بن شملان, Raymond Hung

Di Malaysia terdapat menara ke-2 tertinggi di dunia iaitu Menara 118 di Pahang.

Manakala menara Dubai tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa berketinggian 828 m menjadikan bandaraya Dubai tempat menarik untuk dilawati.

Menara ini mempunyai 124 tingkat yang membolehkan anda melihat pemandangan menarik sekitar Dubai.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Waktu operasi: 24 jam

Dubai Mall

Mall di Dubai

Alamat: Financial Center Street, Along Sheikh Zayed Road, Next to Burj Khalifa – Dubai – United Arab Emirates

Telefon: –

tempat menarik di dubai - Dubai Mall
Sumber gambar: Amine Miloudi, Nadav Kaida, Mohammed Alshehhi, Graham Perrins

Untuk anda ‘kaki shopping’ di luar sana bolehlah membeli-belah di mall serba mewah Dubai Mall ini.

Ia dikatakan sebagai pintu masuk ke menara Dubai UAE iaitu Burj Khalifa dan Dubai Aquarium.

Pelbagai barangan mewah, restoran, persembahan muzik dan pertunjukan fesyen antarabangsa yang diadakan di sini.

Bukan itu sahaja malah terdapat gelanggang luncur ais tertinggi di dunia tau!

Waktu operasi:

  1. Ahad – Khamis (8am – 12am)
  2. Jumaat – Sabtu (8am – 1am)

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web

Burj Al-Arab

Hotel di Dubai yang tertinggi di dunia

Alamat: شارع جميرا، – Umm Suqeim 3 – Dubai – United Arab Emirates

Telefon: +971 4 301 7777

tempat menarik di dubai - Burj Al-Arab
Sumber gambar: Hotelbeds, Burj Al Arab

Pernah lihat hotel tempat penginapan anda sebelum ini yang tinggi melangit? Kalau tidak, anda boleh alami pengalaman menginap di hotel tertinggi di dunia ini.

Burj Al-Arab setinggi 321 m ini merupakan hotel bukan 5 tetapi 7 bintang tau! Ia berbentuk seperti layar kapal yang dibina di atas pulau buatan.

Harga penginapan untuk satu malam paling murah sahaja mencecah 15 000 dolar tau!

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Waktu operasi: –

Dubai Aquarium & Underwater Zoo

Akuarium dalaman di Dubai yang terbesar di dunia

Alamat: Unit SF – 115 – شارع المركز المالي، – Downtown Dubai – Dubai – United Arab Emirates

Telefon: –

tempat menarik di dubai - Dubai Aquarium & Underwater Zoo
Sumber gambar: Masoud fakhri Manager of travel agency, Shaik Dawood, Honza Samko

Tahukah anda, Dubai Aquarium & Underwater Zoo pernah memegang rekod akuarium dalam yang terbesar di dunia dalam Guinness Book of Record?

Akuarium yang terletak di sebelah Dubai Mall ini menempatkan 140 spesies haiwan di sini. Anda boleh berjalan di terowong akuarium sepanjang 48 m ini dengan pemandangan 270 darjah.

Jika anda nak scuba diving berenang sama-sama hidupan laut pun boleh juga tau!

Waktu operasi:

  1. Ahad – Rabu (10am – 10pm)
  2. Khamis – Sabtu (10am – 12am)

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web

Muzium Dubai

Muzium bersejarah di Dubai

Alamat: Al Fahidi Fort – Al Fahidi – Dubai – United Arab Emirates

Telefon: +971 50 877 7887

tempat menarik di dubai - Muzium Dubai
Sumber gambar: Robert K Baby, Andrea Longinotti, Éva Botos, Attiq Ur Rehman Qureshi

Dahulunya berperanan sebagai kediaman keluarga diraja, tapak pemerintahan kerajaan dan penjara. Kini, ia menjadi sebuah muzium iaitu Muzium Dubai.

Muzium yang dibina pada tahun 1787 ini mempamerkan sejarah kehidupan masyarakat Arab.

Menariknya seni bina bangunan ini diperbuat daripada blok batu karang tradisional, tiang kayu dan berbumbungkan pelepah.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Waktu operasi: –

Masjid Jumeirah

Masjid tercantik di Dubai

Alamat: Jumeirah – Jumeirah 1 – Dubai – United Arab Emirates

Telefon: +971 4 353 6666

tempat menarik di dubai - Masjid Jumeirah
Sumber gambar: Prabhay Gupta, ahmed shafei, Péterné Bálint, Abdul Hamid Bin Hossain

Masjid Jumeirah merupakan masjid tercantik di Dubai UAE yang dibina pada tahun 1970. Ia mampu memuatkan sehingga 1200 jemaah pada satu-satu masa.

Tambahan pula, seni bina masjid ini saling tidak tumpah seperti Masjid Al-Azhar, Mesir.

Bagi pengunjung non-muslim juga boleh berkunjung ke sini dengan pemakaian sopan sudah memadai.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Waktu operasi:

Quarter Bastakiya

Kawasan kejiranan Al-Fahidi di Dubai

Alamat: Bur Dubai – Al Hamriya – Dubai – United Arab Emirates

Telefon: –

Quarter Bastakiya
Sumber gambar: Modestas Vinikasm, Ahmed Alshobaky, Алексей Антропов, Zsolt Dorogi

Quarter Bastakiya dengan struktur seni bina Parsi ini dibina pada abad ke-19. Struktur yang dibina daripada batu kapur ini dilengkapi dengan menara keselamatan dan menara angin.

Kawasan kejiranan Al-Fahidi ini pernah menjadi tempat kediaman peniaga kaya di Dubai. Para peniaga tersebut aktif meniaga barangan mutiara dan tekstil.

Namun sehingga kini, tempat kediaman ini masih utuh berdiri dipelihara dengan baik.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (7am – 8pm)

Dubai Creek

Sungai di Dubai

Alamat: Dubai – United Arab Emirates

Telefon: –

Dubai Creek
Sumber gambar: Dr. aria Moradkhani, Ludy, Hamada _hamada, Jafor Ahammod

Dubai Creek atau dikenali sebagai “Khor Dubai” adalah sebatang sungai air garam yang menjadi pelabuhan penting pada abad ke-20.

Ia menjadi tumpuan pedagang dari India dan Afrika Timur untuk berdagang. Sungai ini terbahagi kepada 2 bandar iaitu Deira di utara dan Bur Dubai di selatan.

Anda boleh menelusuri di sepanjang sungai dengan menyewa bot kecil sambil melihat perkampungan kecil di sini.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Desert Safari

Padang pasir di Dubai

Alamat: Room#409 A,4the floor,Al Firoshi Building,Salahuddin Road – Dubai – United Arab Emirates

Telefon: +971 50 266 1837

Desert Safari
Sumber gambar: Desert Safari Tours Dubai

Asyik ke taman dan kawasan pergunungan sahaja kan, tukar angin ke padang pasir pula!

Desert Safari menjadikan bandaraya Dubai tempat menarik yang anda boleh kunjungi dengan menaiki kenderaan 4×4 di padang pasir.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menaiki unta mengelilingi padang pasir tau! Selain itu, aktiviti lasak seperti atv dan sand boarding juga boleh dilakukan di sini.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Waktu operasi: 24 jam

Palm Jumeirah

Pulau buatan di Dubai yang terbesar di dunia

Alamat: The Palm Jumeirah – Dubai – United Arab Emirates

Telefon: –

Palm Jumeirah
Sumber gambar: Vishnu Karollu, Sergey Nazarov, Роздин Дмитрий, Ahmed AGA KAS

Memang tidak dinafikan lagi bahawai Dubai menempatkan banyak struktur terbesar di dunia. Tidak ketinggalan pulau buatan di Dubai terbesar di dunia juga ada di sini iaitu Palm Jumeirah.

Di pulau ini terdapat banyak tarikan menarik iaitu spa termewah di Dubai, hotel mewah dan taman tema air.

Antara aktiviti yang boleh anda cuba di sini ialah sky dive, snorkeling, scuba diving dan speedboat.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Grand Mosque Abu Dhabi

Masjid yang ke-3 terbesar di dunia

Alamat: CF5C+XXF – Al Rawdah – Abu Dhabi – United Arab Emirates

Telefon: +971 2 441 6444

Grand Mosque Abu Dhabi
Sumber gambar: Jack Williams, Daulet Dastabi, Philipp Grüner, محمد البراهيم

Grand Mosque Abu Dhabi yang terletak ibu kota UAE ni merupakan masjid ke-3 terbesar di dunia. Bukan itu sahaja ia juga turut memegang 2 rekod dunia tau!

Untuk makluman anda, rekod-rekod sebelum ini dipegang oleh Masjid Besar Sultan Qaboos, Oman. Iaitu permaidani terbentang luas terbesar di dunia dan lampu lilin terbesar di dunia.

Tambahan pula, ia juga dikenali sebagai Masjid Sheikh Zayed sempena presiden pertama UAE.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Waktu operasi: –

Wild Wadi Water Park

Taman tema air di Dubai

Alamat: Opp. Burj Al Arab – Jumeirah St – Umm Suqeim – Umm Suqeim 3 – Dubai – United Arab Emirates

Telefon: +971 4 348 4444

Wild Wadi water park
Sumber gambar: Wild Wadi Waterpark Dubai, Carsten W., Дмитрий Юрков, Dmitriy V Ebinger

Jika anda menginap di Burj Al-Arab bolehlah berseronok di taman tema air Wild Wadi Water Park. Ia menempatkan banyak gelongsor air dan air terjun setinggi 18 m yang boleh anda cuba!

Antara tarikan lain di sini ialah King Rides, Tantrum Alley & Burj Surj, Jumeirah Sceirah dan Breakers Bay.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (10am – 6pm)

Aquaventure Waterpark

Tempat menarik di Dubai untuk bersantai

Alamat: Atlantis The Palm – Crescent Rd – Dubai – United Arab Emirates

Telefon: +971 4 426 0000

Aquaventure Waterpark
Sumber gambar: Andreas Ra, Think Wisely, Aquaventure Waterpark, Jakub Witkowski

Sebuah lagi taman tema air di bandaraya Dubai tempat menarik yang boleh anda kunjungi ialah Aquaventure Waterpark.

Kelainan yang ditampilkan pada taman tema ini ialah dengan adanya safari bawah air. Selain itu, ia juga dikenali dengan gelongsor air Anaconda setinggi 9 tingkat tau!

Lain daripada itu, ruangan untuk anak-anak kecil bermain air juga terdapat di sini.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (9:45am – 6:30pm)

Alserkal Avenue

Daerah seni di Dubai

Alamat: 17th St – Al Quoz – Al Quoz Industrial Area 1 – Dubai – United Arab Emirates

Telefon: +971 4 333 3464

Alserkal Avenue
Sumber gambar: Burhanuddin Zohair, Jason Moras, tripadvisor.com

Anda penggemar seni? Apa kata anda melawat di Alserkal Avenue pula? Ia menempatkan pelbagai karya seni yang menarik untuk anda lihat.

Terdahulu, kawasan ini merupakan kawasan industri dan bertukar menjadi daerah seni pada tahun 2008.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (10am – 7pm)

0 comments:

Post a Comment

loading...