Terletak hanya 30 km dari Kota Bharu memudahkan pengunjung berkunjung ke tempat-tempat menarik Pasir Puteh ini diakses.
Pasir Puteh ialah daerah yang terletak di Kelantan yang bersempadan dengan Kota Bharu, Bachok, Machang dan negeri Terengganu iaitu Jerteh dan Besut.
Selain itu, daerah di tebing sungai ini kaya dengan sumber asli, hutan yang meluas serta pantai-pantai yang indah.
Senarai tempat menarik di Pasir Puteh Kelantan
Jika anda sudah berkunjung ke seluruh Kota Bharu, mari ke tempat menarik di Pasir Puteh Kelantan pula!
Terdapat banyak lokasi percutian pilihan samada dari segi penginapan, rekreasi mahupun tempat pelancongan yang boleh anda kunjungi.
Berikut merupakan 15 tempat menarik Pasir Puteh, Kelantan untuk anda kunjungi.
SRZ Ladang Ternak
‘Kundasang mini’ di Kelantan
Alamat: Kampung Sungai Durian, 16800, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Telefon: –
Selalunya ladang lembu yang dikenali dalam kalangan pengunjung adalah di New Zealand dan Kundasang, Sabah kan?
Tahukah anda, di semenanjung juga terdapat ladang lembu ala-ala Kundasang dan New Zealand?
Ya, hanya di SRZ Ladang Ternak yang digelar sebagai ‘Kundasang mini’ disebabkan suasana dan lembu tenusunya hampir sama.
Tempat menarik di Pasir Puteh Kelantan ini terletak berhampiran Jeram Mengaji Agro Resort.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (8am – 7pm)
Rumah Dusun
Tempat penginapan menarik di Pasir Puteh
Alamat: Alamat: Lot 202, Kampung Banggol Setol, 16800 Selising, Kelantan
Telefon: –
Anda mencari penginapan ala-ala di kampung? Mari menginap di tempat viral di Kelantan iaitu rumah tradisional Melayu Rumah Dusun.
Senibina rumah ini cukup unik dengan mengetengahkan elemen negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Rumah ini juga berhampiran dusun buah-buahan seperti rambutan dan durian. Barulah terasa betul-betul di kampung kan?
Bagi anda yang ingin mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan, perkhemahan dan perhimpunan juga boleh dilakukan di sini.
Lihat peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: –
Madrasah Ihya Ulumuddin
Pusat pengajian Islam di Pasir Puteh
Alamat: Lot 425, 16810, Kampung Berangan, Selising, Kelantan
Telefon: –
Bagi anda pengunjung muslim, alang-alang dah singgah di Rumah Dusun dan Jeram Mengaji Resort, singgah juga ke Madrasah Ihya Ulumuddin.
Menariknya madrasah ini adalah bangunannya tidak kelihatan seperti madrasah dan ia berkonsepkan ‘pondok dalam taman’.
Susunan senibina pusat pengajian Islam ini amatlah indah dengan pondok klasik zaman dahulu, pondok chalet dan pondok moden.
Selain itu, terdapat masjid melengkapi kawasan madrasah ini yang dijadikan sebagai tempat beribadah dan pengajian ilmu.
Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: –
Warung D’baroh
Tempat makan best di Pasir Puteh
Alamat: Kampung Jerus, 16450 Melor, Kelantan
Telefon: –
Di dalam dialek Kelantan ‘Baroh’ bermaksud bendang atau sawah padi. Begitulah nama yang diberikan pada tempat viral di Kelantan yang terletak di kawasan sawah padi ini.
Jadi apa yang best di Warung D’Baroh ini? Sudah tentulah hidangan terkenal di Kelantan iaitu mee celup bersama masakan panas dan roti bakar telur gedik.
Keunikannya ditambah lagi dengan pelbagai barangan antik dan hiasan payung berwarna-warni yang menarik lagi kehadiran pengunjung ke sini.
Lihat peta | Whatsapp | Waktu operasi: –
Replika Bot Nelayan Tok Bali
Replika mercu tanda di Pasir Puteh
Alamat: Replika Bot Nelayan Tok Bali
Telefon: –
Rata-rata mengetahui Tok Bali terkenal di Kelantan sebagai destinasi pendaratan ikan. Tetapi tahukah anda sejarah tempat viral di Kelantan ini sehingga munculnya replika ini?
Terdahulu, seorang pelayar dari Bali, Indonesia terdampar di sebuah pantai akibat kapalnya pecah di tengah-tengah lautan. Lalu, tempat ini dikenal sebagai Tok Bali sehinggalah kini.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Tugu Tok Janggut
Tugu peringatan di Pasir Puteh
Alamat: Alamat: Jalan Merbol, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Telefon: –
Siapa sahaja yang tidak mengenali Tok Janggut, pahlawan terhebat yang menentang penjajah Inggeris di Kelantan kan?
Lalu, Tugu Tok Janggut dibina pada tahun 2005 oleh Majlis Daerah Pasir Puteh bagi mengenang jasa beliau.
Tugu berkenaan Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Muhammad Hassan bin Munas mempunyai 3 elemen yang dibangkitkan.
Iaitu ‘semutar’ sebagai pakaian pendekar zaman dahulu, ‘keris’ dan ‘lembing’ sebagai senjata serta pertahanan orang Melayu.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Jeram Mengaji Agro Resort
Tempat penginapan agro pelancongan di Pasir Puteh
Alamat: Lot 972, Kg. Sungai Durian Mukim Banggol Setoi, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Telefon: 09-789 2120
Meskipun terletak di kawasan pedalaman, tempat percutian menarik di Kelantan ini tetap dibanjiri oleh ramai pengunjung.
Jeram Mak Nenek atau dikenali sebagai Jeram Mengaji Agro Resort terletak hanya 22 km dari bandar Pasir Puteh.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan bagi melancarkan lagi aktiviti menarik di sini. Iaitu tapak perkhemahan, pakej kahwin dan katering, dewan seminar, tempat penginapan serta banyak lagi.
Bagi anda yang ingin menganjurkan family day juga boleh dilakukan di sini tau!
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: –
Pantai Bisikan Bayu
Pantai di Pasir Puteh
Alamat: Kampung Dalam Rhu, 16700 Cherang Ruku, Kelantan
Telefon: –
Mencari tempat lepak mahupun beriadah bersama orang-orang tersayang? Pantai Bisikan Bayu adalah pilihan yang tepat sebagai tempat percutian menarik di Kelantan.
Anda boleh melakukan aktiviti menunggang atv dan bermain layang-layang di sini. Selain itu, kemudahan seperti taman permainan, gerai-gerai jualan, pondok rehat dan buaian pantai juga terdapat di sini.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Pasar Tani Pokok Getah
Tempat menarik untuk membeli-belah di Pasir Puteh
Alamat: Jalan Guntong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Telefon: –
Asyik membeli-belah di mall sahaja mari berbelanja di tempat rare pula kan? Meskipun Pasar Tani Pokok Getah dibuka hanya sehari sahaja tetap padat dengan kehadiran pengunjung.
Antara barangan yang dijual di sini ialah barangan basah, kering dan kraftangan yang menarik.
Lihat peta | Waktu operasi: Jumaat (6am – 12pm)
Wakaf Tuan Farrer
Wakaf bersejarah di Pasir Puteh
Alamat: Jalan Nara, 16800, Pasir Puteh, Kelantan
Telefon: 09-786 6011
Wakaf Farrer atau ‘Rest Pavilion‘ diambil bersempena nama pegawai British di Kelantan iaitu Tuan Farrer. Ia dibina secara berperingkat pada tahun 1917-1919 sebagai tempat berehat bagi penduduk setempat.
Reka bentuk wakaf yang utuh berdiri selama 80 tahun ini adalah kombinasi Inggeris dan Melayu. Di mana bumbungnya berbentuk ‘A’ serta terpahat nama wakaf dalam tulisan rumi dan jawi.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Bukit Gua Kambing
Tempat menarik untuk hiking di Pasir Puteh
Alamat: Pulai Chondong, Kelantan
Telefon: –
Terletak di antara 3 daerah iaitu Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu semestinya menjadi pilihan ‘kaki hiking’ ke sini.
Anda boleh memilih laluan mendaki ke Bukit Gua Kambing melalui Kuari Bukit Luruh ataupun Taman Guru.
Turut dikenali sebagai Bukit Merbau ini berketinggian 426 m yang terpelihara di Hutan Simpan Kekal Chabang Tongkat.
Menariknya di sini, sebelum tiba ke puncak anda dapat menemui kawasan batu tumpuan para pendaki iaitu Gua Kambing.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Kolam Mandi Awang Bongsu
Taman tema air di Pasir Puteh
Alamat: Alamat: 16700 Cherang Ruku, Kelantan
Telefon: –
Mencari tempat percutian menarik di Kelantan untuk anak-anak anda? Mari bawa mereka mandi-manda di Kolam Mandi Awang Bongsu!
Meskipun ia hanyalah taman tema air mini sahaja tetapi ia mampu menghiburkan pengunjung yang hadir.
Taman tema air ini mempunyai 4 kolam mandi yang berbeza tahap kedalaman dan 4 jenis gelongsor. Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan tempat penginapan yang cukup selesa.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: –
Lata Jeram Linang
Kawasan rekreasi terawal di Kelantan
Alamat: 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Telefon: 09-786 6011
Adakah anda tahu bahawa Lata Jeram menempatkan air terjun yang terawal di Kelantan? Lata ini memiliki air terjun berbatu setinggi 12 m yang bertingkat.
Selain itu, ia turut menjadi laluan untuk mendaki ke puncak air terjun. Lain daripada itu, banyak lagi kemudahan yang ada di sini iaitu tapak perkhemahan dan zoo mini untuk dilawati.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: –
Air Terjun Jelawang
Air terjun tertinggi di Asia Tenggara
Alamat: Kampung Jelawang, 18200, Dabong, Kelantan
Telefon: 09-966 3345
Air Terjun Jelawang bukan sahaja tertinggi di Malaysia malah di Asia Tenggara tau! Ia boleh dijumpai di Taman Hutan Negeri Stong setinggi 7 tingkat dengan 303 m tingginya.
Tambahan pula, anda boleh berjalan kaki di jambatan gantung bagi melihat keindahan ciptaan Tuhan di sini.
Hutan di kawasan air terjun ini didiami banyak haiwan seperti gajah Asia, seladang, burung merah Angus, harimau Malaya dan tapir.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Tok Aman Bali Beach Resort
Resort mewah dan moden di Pasir Puteh
Alamat: 6264, 1, Pantai Bisikan Bayu, 16700 Pasir Puteh, Kelantan
Telefon: 09-691 8809
Mencari tempat penginapan mewah dan moden dengan pemandangan yang menarik? Tok Aman Bali Beach Resort adalah pilihan yang tepat!
Berbekalkan pemandangan tasik yang indah dari bilik menjadikan resort ini menjadi tarikan pengunjung untuk menginap di sini.
Di samping itu, ia juga berhampiran dengan Pantai Bisikan Bayu, Pantai Tok Bali dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu.
Jenis bilik yang ditawarkan ialah deluxe king/twin/triple room with lake view dan suite with balcony.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Waktu operasi: 24 jam
0 comments:
Post a Comment