Nak tahu apa yang menarik di Gua Musang? Gua musang merupakan sebuah daerah di Kelantan yang menjadi salah satu tempat yang menarik bagi pelancong.
Lebih-lebih lagi setelah kejadian banjir 2014, kerajaan Kelantan telah menaiktaraf semua kawasan yang berpotensi bagi pelancongan di daerah Gua Musang.
Senarai tempat menarik di Gua Musang
Sebelum memulakan percutian, anda perlu merancang dulu perjalanan. Berikut merupakan beberapa tempat yang boleh anda kunjungi ketika jalan jalan di Gua Musang.
Hotel Phoenix Gua Musang
Hotel di Gua Musang
Alamat: PT 13457-13460 Taman Sungai Chindai, Jln Pekan Lama, 18300 Gua Musang
Telefon: 011-10920698
Hotel bajet Gua Musang ini terletak tidak jauh dari bandar. Terdapat semua jenis bilik yang anda perlukan bermula dari standard hingga family suite. Kedai makan juga dekat dari hotel ini. Selain itu, tempat letak kereta juga luas di sini.
Harga bilik yang ditawarkan amat berpatutan dan suasana hotel seperti di antara bandar lama dan baru. Jadi tidak hairanlah mengapa ramai yang akan singgah bermalam di sini. Murah, bersih dan sangat selesa!
Lihat peta | Waktu operasi: buka sepanjang tahun
Durian Hill Villa
Homestay di Gua Musang
Alamat: PT5606, Jalan Akasia Utama 2/4, Bandar Utama, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: 016-900 0338
Jika anda lebih mementingkan privacy bersama keluarga, anda boleh tinggal di homestay yang menjadi pilihan iaitu Durian Hill Villa.
Homestay yang disediakan sangat selesa, berdasarkan review pelanggan mereka kebanyakan memberikan feedback yang baik selepas tinggal di homestay ini.
Hirup udara segar pada waktu pagi. Viewnya juga cantik! Jadi jika ingin percutian keluarga yang penuh privacy, menginaplah di homestay ini.
Lihat peta | Facebook | Whatsapp
Roti Canai London
Sarapan pagi di Gua Musang
Alamat: Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: 011-1784 4693
Roti canai London, nama kedai makan yang unik. Keunikan roti ini sebanding dengan kesedapan rasanya yang garing di luar dan rapuh di dalam.
Dah puas makan roti canai biasa? Apa kata anda cuba roti canai London pula. Dipadukan dengan kuah kari daging yang mantap. Memang tak cukup satu.
Selain dari roti canai London ini, ada juga sarapan pagi seperti kuih muih, masakan kampung dan lain-lain. Pilih sesuai selera anda.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: buka setiap hari (6 pagi hingga 5 petang)
Warung Buluh
Kedai makan western di Gua Musang
Alamat: Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –
Warung buluh menyajikan pelbagai menu bermula dari menu masakan melayu hingga barat. Makanan di sini juga sedap. Servis penyajian cepat dengan harga yang berpatutan.
Menu yang paling sedap di sini ialah makanan sajian Thai yang penuh dengan aroma dan rasa yang sempurna. Oleh itu, tak hairan pengunjung suka memilih tempat ini dan makan di sini.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: buka setiap hari ( 2.30 petang hingga 11 malam)
Taman Tasik Gua Musang
Taman di Gua Musang
Alamat: Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –
Aktiviti perlombongan yang pesat suatu ketika dahulu telah membentuk kawasan ini menjadi tasik di Kelantan.
Kini, kawasan ini menjadi taman rekreasi dan tempat bersantai bersama keluarga. Selain menikmati keindahan tasik dan persekitarannya, banyak juga spot cantik untuk anda.
Bagi yang suka beriadah, berjogging dan bergambar, anda wajib datang ke tempat menarik di Gua Musang ini!
Muse EcoPark
Aktiviti hiking di Gua Musang
Alamat: Muse Ecopark, Gua Musang, Kelantan
Telefon: 012-2904007 / Whatsapp
Muse Ecopark merupakan sebuah kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan utama para pencinta aktiviti lasak. Di sini kelengkapan keselamatan juga dipantau oleh mereka yang berkemahiran.
Antara aktiviti menarik untuk pengunjung ialah flying fox dan hiking gua batu kapur. Jika anda ingin melihat keseluruhan bandar Gua Musang, anda boleh hiking di bukit batu kapur hingga ke puncak.
Anda juga perlu mencuba aktiviti baru seperti Via Feratta iaitu berjalan di dinding dengan memakai alat keselamatan dan dibimbing mereka yang mahir.
Aktiviti ini lebih mencabar tetapi memuaskan bagi yang menyukai cabaran. Jika terasa lapar, selepas beraktiviti, anda boleh terus singgah ke Warong Muse atau KB Brewster.
Masjid Buluh Gua Musang
Masjid di Gua Musang
Alamat: 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –
Masjid unik ini terletak berdekatan dengan gua batu kapur dan sentiasa menjadi tempat persinggahan orang-orang untuk solat serta berehat sebelum meneruskan perjalanan mereka.
Masjid ini sepenuhnya dibuat daripada buluh dan masjid buluh pertama di Kelantan.
Selain itu, masjid ini lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas dan parking yang luas.
Sungai Nenggiri & Rangkaian Jeram
Aktiviti berakit dan river cruise di Gua Musang
Alamat: Sungai Nenggiri, Gua Musang, Kelantan
Telefon: –
Sungai Nenggiri merupakan sungai yang menjadi laluan perhubungan bagi masyakarat orang asli. Sungai ini mengandungi 40 buah jeram bagi yang ingin merasai aktiviti berakit. Nak memancing pun boleh!
Jika anda ingin merasai pengalaman river cruise, anda boleh berhubung dengan para petugas. Mereka akan bawa anda menyusuri sungai sejauh 50 kilometer. Sehari disini memang tak cukup!
Anda boleh mengambil pakej bermalam sambil melawat tempat menarik di sekitar sini seperti melawat tapak bersejarah zaman purba di Gua Cha dan melihat kehidupan orang asli.
Gua Chiku
Gua batu kapur di Gua Musang
Alamat: Jln Mat kilau, 18300, Kelantan
Telefon: 016-685 7937
Gua Chiku merupakan gua batu kapur yang unik, gua ini memiliki tujuh aras yang menyimpan khazanah alam semula jadi. Jika berkunjung ke sini anda akan melihat bentuk-bentuk batuan menarik yang tercipta hasil secara semula jadi.
Antaranya ialah batu yang menyerupai bentuk gajah, orang tidur, mahkota dan banyak lagi. Gua ini mempunyai tiga pintu yang boleh dilalui oleh setiap lapisan umur. Kemudahan pejalan kaki untuk masuk ke dalam gua pun ada.
Yuran berbeza mengikut umur pengunjung. Dengan keluasan sepanjang 15 ekar, anda boleh melihat setiap keunikan batuan disini sepanjang perjalanan. Biasanya pengunjung akan ramai pada hujung minggu.
Stesen Keretapi Lama Gua Musang
Tempat bersejarah di Gua Musang
Alamat: 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –
Stesen keretapi ini sudah lama tidak digunakan. Namun, kawasan ini dijadikan sebagai tempat tarikan pelancong untuk mengambil gambar.
Jadi bagi anda yang ingin berkunjung ke sini jangan lupa bergambar sebagai tanda datang ke Gua Musang.
Industri Burung Walit
Burung walit di Gua Musang
Alamat: Lot 2026, Kg Tanah Putih, 18300 Gua musang Kelantan
Telefon: –
Sarang burung walit sudah dikenali ramai kerana banyak manfaatnya kepada kesihatan. Di daerah Gua Musang, industri ini telah di kormersialkan di dalam dan luar negara.
Selain menjadikan sarang burung walit ini sebagai makanan tambahan bagi kesihatan, permintaan tinggi untuk pembuatan kosmetik juga turut membantu berkembangnya industri ini.
Pengunjung boleh ke sini untuk melihat pameran mengenai sarang burung walit dan membeli produk ini. Salah seorang pengusaha produk berasaskan Sarang Walit yang terkenal di Gua Musang ialah Mohamad Azani Bin Mohamad Zin founder produk Emas Langit.
Gua Madu
Gua menarik di Gua Musang
Alamat: Gua Madu, Jln Kampung Batu Papan, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –
Inilah salah sebuah gua batu kapur yang menarik di Gua Musang. Mendapat gelaran gua madu kerana terdapat sarang lebah yang banyak menempel di sini dan menghasilkan madu.
Selain itu, anda juga boleh melihat banyak sarang burung di dalam gua ini.
Padang Golf & Sukan Berkuda
Aktiviti golf di Gua Musang
Alamat: Jalan Persiaran Raya, Bandar Baru, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: 09-9120010
Padang Golf yang luas boleh dilawati di sini bagi pencinta sukan ini. Sebagai tempat riadah bersama rakan-rakan dan keluarga. Tempat ini dilengkapi dengan 9 lubang dan bayaran yang amat berpatutan.
Selain itu, padang golf ini terbuka untuk orang ramai datang berkunjung dari dalam mahupun luar negeri Kelantan. Padang ini dinamakan Kelab Rekreasi Perdana dan terletak berhampiran dengan Taman Etnobotani.
Bagi yang minat sukan berkuda pula, anda juga boleh melakukannya di sini.
Tokong Air dan Bulan (Tokong Shui Yuegong)
Tokong di Gua Musang
Alamat: 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –
Tokong Shui Yuegong ini merupakan tokong tertua di Kelantan, dibina lebih empat ratus tahun yang lalu oleh peneroka bijih emas.
Keindahan senibina tokong ini telah menarik pengunjung untuk datang menikmati pemandangan alam semulajadi di sekitarnya. Bahkan, tokong ini menjadi tempat lawatan paling cantik di Gua Musang.
Taman Etnobotani Gua Musang
Taman menarik di Gua Musang
Alamat: Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan
Telefon: –
Jika anda ingin menikmati panorama yang menarik di samping bersantai bersama keluarga pada hujung minggu, maka di sini jawapannya. Antara tarikan lain di sini ialah taman mini, rock climbing, spa dan sauna, taman tema air dan banyak lagi.
Taman ini dibangunkan untuk menjaga hutan dan tanaman herba yang digunakan untuk penyelidikan serta kawasan riadah bagi pengunjung. Selain bersantai dengan alam semula jadi, anda juga boleh memupuk semangat cinta hutan pada anak-anak anda.
Peralatan di sewakan di sini sekiranya anda ingin mencuba aktiviti di sini. Jadi mari bercuti di tempat menarik Gua Musang!
0 comments:
Post a Comment