Kos melancong ke Switzerland amatlah mahal. Bagi anda ada bajet lebih ke tempat menarik di Switzerland bolehlah meneruskan pembacaan.
Switzerland merupakan negara Eropah yang tidak berpantai dan terdiri daripada kawasan pergunungan dan view cantik tasik.
Ibu negaranya ialah Bern dan bandar terbesar ialah Zurich sebagai industri utama dalam bidang kewangan dan perbankan.
Jika Malaysia mempunyai banyak bahasa pertuturan dengan masyarakat berbilang bangsa.
Manakala Switzerland juga terdiri daripada pelbagai bahasa pertuturan Romansch, Itali, Perancis dan Jerman.
Senarai tempat cantik di Switzerland
Keindahan pemandangan menarik di Switzerland sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Bukan sahaja ada gunung cantik, malah bandar-bandar lama zaman pertengahan tanpa kenderaan bermotor pun ada tau!
Betapa berharganya trip ke Switzerland anda dengan kualiti udara yang amat segar setanding dengan kos melancong ke Switzerland.
Berikut adalah senarai 14 tempat menarik di Switzerland yang cantik untuk anda lawati.
Rantau Jungfrau
Tempat menarik musim panas dan sejuk di Switzerland
Alamat: 3984 Lauterbrunnen, Switzerland
Telefon: –
Rantau Jungfrau merupakan kawasan yang sesuai untuk anda melancong ke Switzerland pada musim panas dan sejuk.
Ia menempatkan 4 tempat cantik iaitu bandar Griendelwald, Murren, Lauterbrunnen dan Wengen.
Terdahulu, kawasan ini hanya dikunjungi oleh pengembara untuk bermain ski dan mendaki yang gunung cantik ini.
Namun kini, dengan adanya laluan keretapi, basikal dan pejalan kaki memudahkan lokasi ini diakses.
Selain itu, tempat menarik di Switzerland ini memiliki 3 gunung untuk mendaki iaitu Eiger, Monch dan Jungfrau.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Tasik Geneva
Tasik Alpine terbesar di Eropah
Alamat: Lake Geneva, Switzerland
Telefon: –
Tasik Geneva merupakan tasik Alpine terbesar di Eropah hingga ke sempadan Perancis. Selain itu, tasik ini dikelilingi oleh pelbagai taman dan bandar lama yang mempunyai view cantik.
Keistimewaan tasik ini berbanding tasik lain ialah terdapat air pancut setinggi 150 m ke udara yang dikenali sebagai Jet d’Eau.
Lain daripada itu, anda juga dapat menyaksikan pementasan budaya iaitu “Opera House”, “Festival Jazz” dan “Grand Theathre”.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Swiss National Park, Zernez
Taman negara di Switzerland
Alamat: 7530 Zernez, Switzerland
Telefon: +41 81 851 41 41
Malaysia mempunyai Taman Negara Malaysia yang bersempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Manakala di Switzerland mempunyai Swiss National Park yang wujud sejak tahun 1914 lagi.
Ia merupakan taman negara tertua di Alps dan bersempadan dengan negara Itali yang menempatkan lebih 5000 spesies haiwan seperti marmot.
Pemandangannya amat mempesonakan dengan dikelilingi oleh kawasan pergunungan dan hutan yang diliputi salji.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 8.30am – 6pm
The Rhine Falls
Air terjun terbesar di Eropah Tengah
Alamat: Rheinfallquai, 8212 Neuhausen am Rheinfall, Switzerland
Telefon: –
Waktu terbaik untuk berkunjung ke The Rhine Falls ada pada musim panas yang bermula pada bulan Jun. Di mana pada musim ini, salji akan mula cair dan air terjun mula turun di tebing setinggi 21 m.
Selain itu, air terjun terbesar di Eropah Tengah ini berkeluasan sehingga 150 m. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pemandangan cantik di sini.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: –
Bern
Bandar lama zaman pertengahan di Switzerland
Alamat: Bern, Switzerland
Telefon: –
Bukan di Turki sahaja, malah di Switzerland turut mempunyai bandar lama zaman pertengahan yang dikenali sebagai Bern.
Tempat menarik di Switzerland ini merupakan kawasan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Antara tempat cantik yang boleh anda lawati ialah air pancut abad ke-16, menara jam, boneka bergerak, “Rose Garden” dan Muzium Seni Bern.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: –
Tasik Lugano
Tasik cantik di Lugano
Alamat: Lugano, Switzerland
Telefon: –
Selain dikenali dengan kawasan gunung cantik, Switzerland turut dikenali dengan keindahan tasik yang memiliki pemandangan menarik.
Tasik Lugano terletak di bandar Lugano yang bersempadan dengan bandar Ticino. Ia menyajikan pemandangan cantik di tempat-tempat menarik berhampirannya.
Antara tempat menarik berhampiran tasik ini ialah Factory Outlet Fox Town dan perkampungan Gandria yang bersejarah.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Zurich
Bandar terbesar di Switzerland
Alamat: Zurich, Switzerland
Telefon: –
Zurich iaitu bandar terbesar di Switzerland yang menjadi destinasi awal ketibaan pelancong di Switzerland.
Bandar ini juga menempatkan pusat beli-belah di Eropah tau! Jadi jika anda ingin membeli ole-ole bolehlah berbelanja di sini.
Bukan itu sahaja malah ada lebih 50 muzium dan 100 galeri seni yang menampilkan koleksi yang hebat untuk anda singgah. Wah, banyak tu!
Antara muzium yang menjadi kegemaran pengunjung ialah Muzium Kunsthaus Zurich dan Muzium Rietberg.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Chateau De Chillon, Montreux
Istana tepi tasik di Switzerland
Alamat: Av. de Chillon 21, 1820 Veytaux, Switzerland
Telefon: +41 21 966 89 10
Kebiasaannya istana terletak di tengah-tengah bandar kan? Tetapi berbeza di Chateau De Chillon, Montreux yang terletak di tepi tasik Geneva.
Keindahan seni bina yang ada pada istana ini menjadi tarikan kepada pelukis dan penulis menghasilkan karya-karya terbaik mereka.
Terdahulu, pada abad ke-12 istana ini pernah berperanan sebagai kubu kuat bagi Counts dan Dukes of Sovey.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9am – 5pm
Jungfraujoch: The Top Of Europe
Puncak Eropah di Switzerland
Alamat: Eigergletscher-Jungfraujoch, 3818 Grindelwald, Switzerland
Telefon: +41 33 828 72 33
Jika anda berada di Bernese Oberland jangan lepaskan peluang untuk menaiki keretapi menuju ke Jungfraujoch.
Jungfraujoch merupakan puncak Eropah yang mempunyai balai cerap pada ketinggian 3454 m dengan glasier terpanjang di Eropah!
Bagi anda yang tidak gemar mengembara bolehlah menaiki gondola dan kereta kabel untuk melihat pemandangan cantik di Lembah Lauterbrunnen.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: –
The Matterhorn
Gunung tertinggi di Alps
Alamat: The Matterhorn, Switzerland
Telefon: –
Biasannya lokasi perkampungan hanya terletak di kawasan kampung kan? Tetapi di sini terdapat perkampungan Zermatt di kawasan pergunungan.
The Matterhorn merupakan gunung tertinggi di Alps yang bersempadan dengan Itali.
Menariknya di sini, kualiti udaranya amatlah segar kerana kenderaan bermotor tidak dibenarkan berada di perkampungan ini.
Barulah benar-benar terasa seperti di kampung kan?
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Interlaken
Tempat menarik musim panas di Switzerland
Alamat: Interlaken, Switzerland
Telefon: –
Mencari tempat menarik pada musim panas? Interlaken adalah trip ke Switzerland yang seterusnya yang patut anda pergi!
Ia menempatkan puncak besar menara Jungfrau, Monch dan Eiger. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah mendaki, abseiling, berkayak, paragliding.
Jika anda tidak berminat melakukan aktiviti lasak, anda boleh menaiki kereta kabel, keretapi gunung, atau lif ski untuk melihat pemandangan menarik dari atas.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Lucerne
Bandar yang terkenal dengan konsert di Switzerland
Alamat: Lucerne, Switzerland
Telefon: –
Sebuah lagi bandar yang terkenal dengan konsert muzik iaitu bandar Lucerne.
Ia terkenal dengan anjuran Festival Muzik Antarabangsa setiap tahun dengan dihadiri oleh konduktor dan orkestra terkenal.
Ia juga mempunyai tasik biru dengan view cantik dan dikelilingi oleh bandar lama zaman pertengahan tanpa kereta, gunung dan jambatan berbumbung.
Jika anda ingin menikmati keindahan pemandangan keseluruhan Lucerne, bolehlah ke tempat tinjauan iaitu Rigi atau mendaki Gunung Pilatus dengan kereta kabel.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
St.Moritz
Kawasan pergunungan teratas di dunia
Alamat: St Moritz, Switzerland
Telefon: –
St. Moritz merupakan kawasan pergunungan teratas di dunia yang menjadi banyak faktor kenapa pengunjung perlu datang ke sini.
Antara tarikan yang ada seperti tasik cermin, hutan alpine, bobsledding, luncur papan salji dan ski glasier.
Jika anda mempunyai lebihan kos melancong ke Switzerland bolehlah menginap di hotel mewah dan makan restoran mahal di sini.
Tambahan pula, kawasan ini juga dikenali sebagai persimpangan budaya. Hal ini kerana, bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Jerman dan Romansch dijadikan bahasa pertuturan di sini.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
The Albula/Bernina Railway Line
Laluan kereta api di Switzerland
Alamat: 7482 Bergün, Switzerland
Telefon: –
Nikmati keindahan trip ke Switzerland dengan berada di The Albula/Bernina Railway Line. Laluan keretapi ini telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ia melalui laluan sepanjang 122 km yang berliku serta menempuhi 200 jambatan dan kawasan pergunungan. Wah, pastinya pengembaraan yang menyeronokkan bukan?
Sehingga kini ia masih beroperasi samada pada musim panas mahupun musim sejuk.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
0 comments:
Post a Comment