“Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim….” Haa sambung! Berikut merupakan lagu 25 Rasul yang ada di antaranya mempunyai sejarah dengan tempat menarik di Mekah.
Makkah al-Mukarramah merupakan tempat suci bagi umat Islam di mana orang bukan Islam dilarang memasuki ke kota ini.
Di samping itu, kota ini akan dibanjiri ribuan pengunjung beragama Islam dari serata dunia pada musim haji.
Tambahan pula, pemandangan Mekah dan Madinah merupakan pemandangan yang cukup indah sekali di sini.
Senarai tempat menarik di Mekah
Bukan itu sahaja malah Kota Mekah menjadi tempat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan tempat baginda menerima wahyu.
Oleh itu, terdapat 15 tempat menarik di Mekah yang menjadi kebiasaan pengunjung berkunjung setelah menunaikan haji ataupun umrah.
Antaranya ialah Gua Hira’, Masjidil Haram dan tempat suci pertama yang dibina oleh Nabi Ibrahim iaitu Kaabah yang mempunyai sejarah Islam terdahulu.
Masjidil Haram
Masjid terbesar di dunia
Alamat: Al Haram, Mecca 24231, Saudi Arabia
Telefon: –
Masjidil Haram merupakan tempat menarik di Mekah yang memiliki gambar Mekah cantik.
Masjid terbesar di dunia ini mengelilingi tempat suci pertama yang dibina oleh Nabi Ibrahim yang menjadi kunjungan jemaah umrah dan haji.
Istimewanya di sini adalah menunaikan 1 kali solat di masjid ini bersamaan 100 000 kali solat di masjid yang lain.
MasyaAllah indah bukan? Mari merebut ganjaran pahala dengan menunaikan solat di sini!
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: –
Kota Mekah
Kota suci umat Islam di Mekah
Alamat: Mecca, Saudi Arabia
Telefon: –
Makkah al-Mukarramah atau dikenali sebagai Mekah terkini yang memiliki gambar Mekah cantik.
Di kota inilah Nabi Ismail dan Nabi Muhammad dilahirkan serta sejarah wahyu dari Allah diturunkan kepada baginda.
Anda boleh berkunjung ke menara jam terbesar di dunia iaitu Mecca Royal Hotel Clock Tower dengan melihat pemandangan Mekah terkini sungguh indah.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Jabal Nur
Bukit bersejarah di Mekah
Alamat: Jabal An Nur, Mecca 24238, Saudi Arabia
Telefon: –
Jabal Nur iaitu Bukit Nur yang bermaksud gua bercahaya. Ia lazimnya menjadi kunjungan jemaah-jemaah haji/umrah setelah berada di Kota Mekah.
Bukit ini amat terkenal dalam sejarah Islam dengan menempatkan Gua Hira’ iaitu tempat di mana wahyu diturunkan.
Selain itu, bukit ini juga adalah bukti dimana perjuangan Nabi Muhammad dan para sahabat dalam menyebarkan syariat Islam.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Pasar Bab Mekah
Pasar tradisional di Mekah
Alamat: Al-Balad, Jeddah 22236, Saudi Arabia
Telefon: –
Selain terkenal sebagai tempat melakukan haji/umrah, Mekah dan Madinah menawarkan banyak tempat membeli-belah yang menarik.
Termasuklah Pasar Bab Mekah yang terletak di Suhaifa. Pasar tradisional ini menawarkan harga barangan yang cukup murah.
Menariknya di sini setiap kali azan berkumandang para peniaga akan menutup kedai mereka seketika untuk menunaikan solat fardhu.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Padang Arafah
Salah satu rukun haji di Mekah
Alamat: Al Mashair, Mecca 24258, Saudi Arabia
Telefon: –
Pada setiap 9 Zulhijjah para jemaah haji akan melakukan rukun haji iaitu wukuf di Padang Arafah.
Selain itu, di sinilah tempat di mana Nabi Adam dan Hawa dipertemukan kembali selepas 40 tahun terpisah akibat melanggar perintah Allah.
Padang ini juga memberi gambaran bagi setiap umat Islam pada hari kebangkitan di Padang Mahsyar nanti.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Souk Jaafariyah/Aziziyah
Ole-ole di Mekah
Alamat: Al Masjid Al Haram Rd, Al Jamiah, Mecca 24243, Saudi Arabia
Telefon: –
Lagi tempat menarik untuk membeli ole-ole di Mekah terkini adalah Souk Jaafariyah/Aziziyah. Pasar yang terletak di perkarangan Masjidil Haram ini menawarkan banyak barangan borong yang murah.
Namun dalam keseronokan berbelanja anda perlu beringat bahawa niat utama anda datang ke sini adalah untuk beribadah.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (9:59am–11pm)
Gua Hira’
Gua bersejarah di Mekah
Alamat: FV45+WH9, Jabal Al Nour،, Jabal An Nur, Mecca 24238, Saudi Arabia
Telefon: –
Saiz guanya yang kecil memuatkan seramai 2 orang menempatkan sejarah kedatangan Islam di Mekah. Gua HIra’ bertempat di lereng Jabal Nur yang berbatu ini hanya 2 km dari pemandangan Mekah.
Ia merupakan tempat turunnya wahyu dari Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibrail A.S.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Kaabah
Kiblat umat Islam di Mekah
Alamat: Al Haram, Mecca 24231, Saudi Arabia
Telefon: –
Kaabah iaitu tempat suci pertama yang dibina oleh Nabi Ibrahim ini menjadi satu-satunya kiblat bagi umat Islam.
Ia terletak di bahagian tengah Masjidil Haram dan mempunyai batu Hajar Aswad di bahagian penjurunya.
Selain itu, Hajar Aswad berperanan sebagai tempat bermula dan berakhirnya jemaah haji melakukan tawaf di Kaabah sebanyak 7 kali.
Tambahan pula, pemandangan gambar Mekah cantik dapat dilihat keindahannya dari udara.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam
Al Baik
Restoran fast food popular di Mekah
Alamat: 2164 شارع الحجون،، Al Utaybiyyah, Mecca 24237, Saudi Arabia
Telefon: –
Sebut sahaja fast food di Malaysia yang terkenal semestinya tidak lain tidak bukan KFC atau McD kan?
Untuk makluman anda, restoran Al-Baik menyediakan ayam goreng yang lebih enak daripada KFC dan McD tau!
Ia terletak bertentangan dengan Luggage Locker 4 dan berhampiran pusat beli-belah.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Sabtu – Khamis (10:30am – 2am) & Jumaat (1:30pm – 2am)
Kedai 2 Riyal
Cenderamata di Mekah
Alamat: 6506 Ibrahim Al Khalil, 3911, Ash Shubaikah, Mecca 24231, Saudi Arabia
Telefon: –
Tidak jauh dari Masjidil Haram anda boleh menemui Kedai 2 Riyal atau di Malaysia dikenali sebagai kedai Eco RM 2.
Pelbagai barangan cenderamata yang anda boleh borong secara murah di Mekah dan Madinah.
Antaranya ialah tasbih dan minyak wangi dengan harga hanya 2 riyal untuk setiap barang. Jika ditukar dalam mata wang Malaysia harganya hanyalah RM 2 sahaja. Jimat banyak bukan?
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (7am – 12am)
Menara Abraj Al-Bait
Bangunan ke-2 tertinggi di Timur Tengah
Alamat: CR9G+P5C، الملاوي، Al Haram, Mecca 24231, Saudi Arabia
Telefon: –
Jika anda lihat di seberang jalan Masjidil Haram terdapat sebuah menara jam iaitu Menara Abraj Al-Bait. Ia merupakan bangunan ke-2 tertinggi di TImur Tengah selepas bangunan Burj di Dubai.
Selain itu, menara ini mampu menampung seramai 65 000 orang jemaah haji yang tiba di Mekah. Tambahan pula, ia juga mempunyai keluasan lantai yang terbesar di dunia!
Lihat peta | Waktu operasi: –
Jamarat Bridge
Jambatan pejalan kaki di Mekah
Alamat: Al Mashair, Makkah 24243, Saudi Arabia
Telefon: –
Jamarat Bridge dibina pada tahun 1963 bagi memudahkan para jemaah haji melakukan perkara wajib haji iaitu melontar jamrah.
Selain itu, jambatan pejalan kaki ini sememangnya sesak dengan kehadiran pengunjung pada musim haji. Perkataan ‘Jamarat’ diambil daripada bahasa Arab iaitu kata jamak bagi jamrah.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Thaif
Tempat sejuk di Mekah
Alamat: Saudi Arabia
Telefon: –
Cuaca di Thaif amatlah sejuk kerana ia bertempat di kawasan tanah tinggi ala-ala Cameron Highland.
Ia pernah menjadi lokasi Nabi Muhammad S.A.W berdakwah dan mendapat tentangan hebat daripada penduduk tempatan.
Selain itu, terdapat 2 jalan untuk menuju ke Thaif iaitu jalan pintas dengan menaiki kereta kabel dan jalan jauh dengan menaiki bas.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Al-Lith
Bandar ke-5 terbesar di Mekah
Alamat: Saudi Arabia
Telefon: –
Terletak kira-kira 200 km dari Jeddah menempatkan sebuah bandar bernama Al-Lith. Ia diiktiraf sebagai bandar ke-5 terbesar di Mekah dengan adanya pelabuhan laut besar oleh kerajaan Arab Saudi.
Selain itu, bandar ini mempunyai banyak bangkai kapal dan air lautnya yang cukup jernih.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Masjid Namira
Masjid di Mekah
Alamat: 6925 2 – حي، Al Mashair, 3270 طريق المشاة، Mecca 24256, Saudi Arabia
Telefon: –
Selain Masjidil Haram terdapat juga masjid lain di Mekah iaitu Masjid Namira. Ia merupakan tempat istirehat bagi jemaah dari Mekah sebelum menuju ke Arafah.
Bukan itu sahaja malah Nabi Muhammad S.A.W pernah menunaikan solat Zohor dan Asar secara jamak di masjid ini.
Lain daripada itu, masjid ini memiliki 3 kubah besar, 10 pintu masuk utama dan 6 menara besar setinggi 60 m.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
0 comments:
Post a Comment