Ingin mengenali tempat menarik di Kampar untuk singgah? Kampar, Perak pernah menjadi salah sebuah negeri yang terkenal membekalkan bijih timah pada suatu masa dahulu. Banyak jejak sejarah yang sudah di tinggalkan disini.
Malah, Kampar mempunyai banyak tarikan dan aktiviti luar yang menarik yang boleh menyatukan rakan dan keluarga serta memberi mereka pengalaman yang tidak akan mereka lupakan.
Senarai tempat menarik di Kampar Perak
Jadi bagi anda yang berkesempatan ke Kampar, eloklah singgah ke tempat-tempat yang disenaraikan ini.
Bandar Agacia
Tempat menarik untuk bergambar di Kampar
Alamat: Persiaran Residensi, Bandar Agacia, 31910, Kampar, Perak
Telefon: 012-720 6693
Selamat datang ke bandar animasi! Wow, bunyinya macam best! Satu-satunya bandar yang unik dan tempat menarik sekitar Kampar sesuai untuk bergambar.
Bangunan dengan rekaan berwarna-warni seperti dalam filem fantasi. Pemandangan di sini juga dikatakan seakan-akan Riomaggiore Itali, Jodhpur India, Stockholm Sweden, dan Buenos Aires Argentina.
Memang menarik untuk anda berkunjung ke sini. Harga tiket di sini adalah percuma!
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam
Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta
Tempat menarik di Bandar Baru Kampar
Alamat: Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
Telefon: 012-288 8530
Setiap dari kita kenal dengan makanan dalam tin bukan? Pernahkah kita terfikir asal tin-tin yang sering digunakan untuk menjadi pembungkus makanan? Asalnya bermula dari bijih timah.
Dahulu bijih timah di lombong secara besar-besaran kerana permintaan yang tinggi. Seiring teknologi, kini yang tinggal hanyalah sisa sejarah yang terdapat di muzium ini yang dibuka pada tahun 2012.
Muzium ini diinspirasikan oleh Tan Sri Hew See Tong, bekas pelombong bijih timah. Inilah salah satu muzium yang hebat di Malaysia. Masuk adalah percuma. Jangan lupa datang ya!
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Muzium Gopeng
Muzium bersejarah di Kampar
Alamat: 47-49, Jalan Eu Kong, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak
Telefon: 019-669 5443
Pernahkah anda lihat radio atau barang elektrik yang dihasilkan pada zaman dahulu? Belum pernah? Maka anda perlu ke sini! Muzium Gopeng dibuka pada 2009.
Walaupun hanya sebuah muzium kecil tetapi kebanyakan sejarah Gopeng ada di sini. Tiada bayaran masuk dikenakan. Sangat disyorkan untuk singgah bersama generasi sekarang.
Muzium ini mempunyai dua tingkat iaitu bahagian bawah terdapat perabot, perhiasan dan seramik Cina. Manakala bahagian atas pula terdapat ruangan tidur, ruangan santai, pakaian dan barangan antik.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: sabtu dan ahad (9 pagi – 5 petang)
Gua Tempurung
Gua di Perak
Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak
Telefon: 014-220 4142
Pengembaraan yang sangat mengujakan menanti anda di Gua Tempurung yang terletak berhampiran Gopeng. Bagi penggemar aktiviti pengembaraan dan lasak, anda diwajibkan datang ke sini!
Guanya sangat cantik apabila batu-batu gua memantulkan cahaya lampu dan ada beberapa batang anak sungai yang mengalir.
Disini anda boleh pilih untuk melalui jalan jambatan atau perjalanan yang lebih mencabar. Bayaran untuk masuk ke sini adalah RM9 bagi dewasa, manakala kanak-kanak RM7.
Lihat peta | Waktu operasi: setiap hari (9 pagi – 4 petang)
White Water Rafting Gopeng
Aktiviti water rafting di Perak
Alamat: Gopeng Town, 31600 Gopeng, Perak
Telefon: 019-662 2929
Salah satu aktiviti percutian keluarga yang paling mendebarkan dan mencabar setakat ini! Suka dengan aktiviti air? Anda harus cuba aktiviti water rafting di Gopeng. Datang bersama rakan pun disyorkan.
Perjalanan itu hebat dan menakjubkan! Sungguh menyeronokkan dan aktiviti ini dibimbing oleh pengajar yang berpengalaman. Ia adalah tempat yang baik untuk pergi bercuti dan pekerjanya sangat ramah.
Kanak-kanak pun akan menyukainya. Antara aktiviti menarik lain yang boleh anda lakukan termasuk river tubing, berkayak, waterfall abseiling, river trekking, berkhemah di tepi sungai, dan latihan bina pasukan.
Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Refarm
Taman rekreasi di Kampar
Alamat: Lot 6059, Jalam Temoh Kampar, 35350 Temoh, Negeri Perak
Telefon: 012-502 6115
Nak bersantai bersama keluarga? Di sini terdapat sebuah taman rekreasi yang luas serta padat dengan pelbagai aktiviti menarik dan nikmati alam semula jadi.
Kemudahan di sini termasuk tempat makan, penginapan, landskap yang cantik dan banyak lagi. Refarm menjanjikan anda kenangan keluarga yang indah.
Penginapan di sini terdapat dua jenis iaitu Villa Stay dan Farm Stay. Anda juga boleh berbasikal, petting zoo, paddle boat dan banyak lagi. Seronok kan? Dapatkan tiket Refarm Kampar dengan segera.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: setiap hari (9 pagi – 6 petang)
Sahom Valley
Resort menghadap gunung dan ada kolam renang
Alamat: 31850 Kampar, Perak
Telefon: 012-4882480
Penginapan yang selesa dengan vibe kampung! Terdapat 4 penginapan unik untuk dipilih iaitu Riverside Village, Bamboo Village, Heritage Village, dan Camping Village.
Tempat terbaik untuk pergi bercuti di Kampar! Dengan pemandangan bukit dan kolam renang yang cantik, anda sekeluarga pasti teruja untuk menginap di sini.
Anda boleh melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berbasikal, memancing, berkayak, pergi ke Agro & Eco-Park dan banyak lagi.
Lihat peta | Laman web | Facebook | Whatsapp
Hijau @ Gopeng
Penginapan menarik dekat Kampar
Alamat: Lot 13319, Kebun Ulu Gerumtum, Perak, 31600 Gopeng, Perak
Telefon: 017-4648657
Tempat percutian menarik di Kampar ini mempunyai landskap yang menarik dan bersebelahan dengan sungai yang bersambung dengan hutan simpan.
Bagi pencinta alam semulajadi anda pasti akan teruja jika menginap di Hijau @ Gopeng ini. Terdapat pelbagai pilihan penginapan dengan harga berbaloi.
Sekiranya anda inginkan bilik dengan kolam renang privasi, anda boleh menginap di river cabin 1 dan bougainvilla. Nak bilik yang biasa sahaja? Anda boleh pilih gamping loft atau river cabin 2.
Lihat peta | Laman web | Facebook | Whatsapp
Embun Resort Lake Sahom
Resort tepi sungai di Kampar
Alamat: Lot 228800, Kampung Sahum, 31900 Kampar, Perak
Telefon: 016-9258585
Jika anda menginginkan ketenangan yang memukau lagi eksklusif, anda boleh menginap di Embun Resort Lake Sahom. Nak buat family day atau aktiviti team building memang seronok!
Penginapan selesa dengan bilik gaya resort moden. Selain pemandangan yang cantik terdapat juga beberapa aktiviti yang disediakan oleh pihak hotel seperti menunggang kuda, hiking dan berkayak.
Terdapat pakej sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuk anda di sini. Tarikan popular terdekat dari sini ialah Sungai Kampar, Gunung Lata Kijang dan Gua Tempurung.
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Whatsapp
Grand Kampar Hotel
Hotel di Kampar
Alamat: 2188, Jalan Timah, Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
Telefon: 05-4662111
Mencari tempat percutian menarik di Kampar? Di sini terdapat hotel 4 bintang dan berada di tengah-tengah bandar serta menjadi mercu tanda di situ.
Anda boleh pergi ke kedai makan tempatan dan kedai serbaneka mini hanya dengan jalan kaki. Grand Kampar Hotel menyediakan banyak pilihan bilik mengikut keinginan.
Kolam renang yang besar dan berbumbung juga di sediakan. Selain itu, mereka juga menyediakan sarapan secara percuma.
My Gopeng Resort
Penginapan menarik di Kampar
Alamat: UGM 4/1, Kampung Geruntom, 31600 Gopeng, Perak
Telefon: 019-5569469
Jika anda ingin membuat reunion dengan rakan-rakan sekolah ataupun melakukan family day di sinilah tempatnya. My Gopeng Resort ini tersedia dewan, tapak perkhemahan, surau, kantin, dan tandas.
Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti jungle trekking, whitewater rafting, melihat bunga Raflesia, ke gua Tempurung, bermain paintball, hiking, memancing dan lain-lain.
Suasana yang tenang dan damai tambah lagi suhu di sini sejuk membuatkan kita rasa seronok. Jika menginap di sini terdapat pakej menarik dengan harga berbaloi. Jom pergi!
Restoran Adily Kampar
Tempat makan tengahari di Kampar
Alamat: 49, Jalan Durian, Taman Kampar Jaya, 31900 Kampar, Perak
Telefon: 012-337 3305
Nak singgah makan tomyam seafood yang sedap? Anda boleh cuba di sini. Ramai pengunjung memberikan feedback yang bagus. Bahkan pelanggan tetap mereka juga ramai.
Selain makanan yang sedap, harga pula berpatutan. Di samping itu, kemudahan tempat letak kereta yang luas menjadi salah satu faktor pengunjung datang ke sini.
Jika anda suka dengan buffet, disini juga tersedia tetapi hanya sehingga pukul 3 petang sahaja. Sajian sayur, lauk daging dan ayam pun lengkap di sini. Datanglah makan bersama keluarga!
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: setiap hari kecuali jumaat ( 7 pagi – 5 petang)
Kelapa Leleh Kampor
Tempat makan viral di Kampar
Alamat: Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak
Telefon: 011-1300 6720
Kelapa Leleh Kampor pernah viral suatu ketika dahulu. Aiskrim serta ais kacang yang manis dihidangkan didalam buah kelapa. Wah, bestnya makan pada musim panas!
Menu lain yang anda boleh cuba ialah western food, seafood, aiskrim dengan pelbagai perisa serta topping, dan banyak lagi. Persembahan makanan sangat bagus!
Nak upload dalam akaun media sosial pun cantik! Tempat yang paling sesuai untuk menjamu selera dan melepak bersama rakan atau keluarga. Jadi apa kata anda singgah di sini!
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: selasa – ahad (3 petang – 11.30 malam)
Kampo Kampo Station
Tempat menarik di Kampar waktu malam
Alamat: No. 22, Persiaran Siswa, Taman Siswa, 31900 Kampar, Perak
Telefon: –
Sebuah lagi restoran yang menyediakan makanan western, lauk pauk, nasi ayam, nasi kambing bakar dan sebagainya. Semuanya tersedia di Kompo Kompo Station.
Berbeza pula pada waktu malam, restoran ini akan menyajikan makanan berkonsepkan steamboat dan grill. Selain itu, perkhidmatan untuk majlis perkahwinan juga disediakan.
Nasi Ayam Peladang Kampar
Tempat makan menarik di Kampar
Alamat: Medan Selera Batu Karang, 31900, Kampar, Perak
Telefon: 013-252 6252
Gerai yang telah dibuka sejak 1992 dan masih bertahan sehingga kini kerana keenakan yang masih menjadi permintaan ramai iaitu gerai Nasi Ayam Peladang.
Tempat makan ini berada di bawah Medan Selera Batu Karang di Pekan Kampar. Mereka yang melalui jalan dari Ipoh ke Tapah akan singgah di gerai ini.
Sajian nasi ayam yang sangat lazat dan terkenal di daerah Kampar. Nasi berlauk dan pelbagai menu lain dijual. Orang Kampar rugi tak rasa nasi ayam bersama sambal manis pedas, memang menyelerakan!
Lihat peta | Facebook | Instagram | Waktu operasi: Isnin – sabtu (11 pagi – 7 malam)
0 comments:
Post a Comment