loading...

Tuesday, 20 September 2022

15 Tempat Menarik Di Pasir Mas Kelantan Untuk Disinggah

Pasir Mas yang menempatkan tempat menarik Pasir Mas pernah menjadi bandar ke-2 terbesar di Kelantan.

Namun begitu, selepas tahun 1990 daerah Tanah Merah mengatasi kedudukan tersebut. Bandar ini diperkenalkan oleh Che Leh Tok Pendekar atau dikenali sebagai Che Leh Ismail.

Di mana orang kampung terlihat kejadian 3 periuk emas yang tiba-tiba muncul di sebalik semak. Lalu mereka menjerit “Mas!”, “Mas!” Kemudian, terciptalah nama ‘Pasir Mas’.

Senarai tempat menarik di Pasir Mas Kelantan

Terletak strategik bersempadan Thailand, Tumpat, Kota Bharu dan Tanah Merah menjadikan ia mudah dikunjungi.

Oleh itu, terdapat 15 tempat menarik di Pasir Mas Kelantan seperti gerai-gerai Mee Celup, bukit-bukit bersejarah dan banyak lagi.

Jadi apa tunggu lagi, jom singgah ke Pasir Mas, Kelantan!

Kuil Wat Uttamaram

Kuil Thai di Pasir Mas

Alamat: D23, 17200 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

tempat menarik pasir mas: Kuil Wat Uttamaram
Sumber gambar: Lee Jun Hui, Amanda Lam, Sigree Bin Mamak

Kuil Wat Uttaramaram merupakan kuil Thai yang masih utuh berdiri meskipun dibina ketika abad ke-20.

Kuil ini dibina oleh Khron Ratchanaren atau dikenali sebagai Tok Raja. Ia turut dikenali sebagai Wat Bangsek yang terletak di Kampung Teresek.

Tempat menarik Pasir Mas ini meriah dengan kehadiran pengunjung ketika sambutan perayaan Songkhlam dan Kertip.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (7am – 10pm)

Dataran Air Muleh

Dataran di Pasir Mas

Alamat: 2, Jalan Besar, Pekan Pasir Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Dataran Air Muleh
Sumber gambar: Ailat TC, Mdhazel Ibrahim (hazel), Mohd Tamizi Bin Mohd Rusdin

Dataran Air Muleh ialah kawasan pelancongan rekreasi yang ditubuhkan pada tahun 1989. Ia menjadi simbolik kecekalan pekerja-pekerja Majlis Daerah Pasir Mas dalam membina dataran ini.

Selain itu, anda boleh lawati tugu di dataran ini yang tercatit nama pemenang Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan.

Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam

Masjid Brunei Darussalam

Masjid terapung pertama di Malaysia

Alamat: Jalan Kampung Rong Chenok, Danau Tok Uban, 17060, Pasir Mas, Kelantan

Telefon: 09-791 6666

tempat menarik pasir mas: Masjid Brunei Darussalam
Sumber gambar: Danial ADH, Rare Studio, Kar Chon Soo, Ariff Ariffin

Tahukah anda, masjid terapung pertama di Malaysia berada di mana? Bukan di Melaka dan bukan juga di Terengganu ya!

Tetapi terletak di Kelantan iaitu Masjid Brunei Darussalam. Pasti anda tertanya-tanya mengapa namanya nama negara Brunei kan?

Hal ini kerana, masjid ini diwakafkan sendiri oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin. Ia dikelilingi oleh tasik Danau Tok Uban dan menjadi lokasi pendidikan pelajar tahfiz.

Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: –

Bukit Panau

Bukit bersejarah di Pasir Mas

Alamat: 17040 Tanah Merah, Kelantan

Telefon: –

Bukit Panau
Sumber gambar: Mujahid Zakiy, Kar Chon Soo, Diana Rusdi, Mohd Zawawi Ismail

Bukit Panau berada di sempadan Pasir Mas dan Tanah Merah serta menjadi penunjuk bagi pelaut antarabangsa. Tetapi tahukah anda, selain pemandangan indah ia juga menyimpan sejarah?

Bukit ini dikatakan sebagai lokasi Hang Tuah bertapa untuk menuntut pelbagai ilmu. Antaranya ilmu persilatan, ilmu kebatinan dan ilmu kerohanian.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang

Tempat menarik membeli-belah di Pasir Mas

Alamat: Jln Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

Telefon: –

Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang
Sumber gambar: Ahmad Munzir, Jane Lau, Hosp Gerik, Azrad Ahmad

Dah sampai ke Pasir Mas, jangan lupa singgah di Rantau Panjang yang dikatakan sebagai syurga membeli-belah.

Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang dijamin harganya cukup murah untuk anda shopping sakan!

Tempat menarik Pasir Mas ini menawarkan bukan sahaja barangan dari dalam negara malah dari negara jiran, Thailand tau!

Antaranya ialah pakaian, peralatan dapur, makanan, jajan, set pinggan mangkuk dan banyak lagi. Tak menang tangan dibuatnya!

Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail

Masjid Beijing di Pasir Mas

Alamat: Jalan Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

Telefon: 09-791 6666

tempat menarik pasir mas: Masjid Jubli Perak Sultan Ismail
Sumber gambar: Less Waste More Taste食得唔好嘥, ben ebrahem, Abang Mohamad Harith Abang Beniamin, NAZMI SUDIN

Lawati dan nikmati keindahan reka bentuk Masjid Jubli Perak Sultan Ismail atau dikenali sebagai Masjid Beijing.

Ha, pastinya anda tertanya-tanya kenapa gelaran tempat menarik di Pasir Mas Kelantan ini sebegitu kan? Hal ini kerana, reka bentuknya seakan-akan masjid lama di Beijing iaitu Masjid Niujie.

Masjid ini mampu menampung seramai 1000 orang jemaah pada satu-satu masa. Tambahan pula, ia menerapkan 3 budaya iaitu budaya Cina, Melayu dan India.

Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: –

Mee Celup Che Poh

Mee celup terkenal di Rantau Panjang

Alamat: Masjid Raudhah, Depan, Kampong Lubok Gong, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

Telefon: –

tempat menarik pasir mas: Mee Celup Che Poh
Sumber gambar: Instagram @hasnizajaja, @sfcoci.fasihah, @meecelupchepoh

Selain hidangan nasi kerabu dan nasi kak wook, mee celup juga menjadi makanan viral Pasir Mas Kelantan tau!

Terdapat lambakan gerai mee celup yang anda boleh singgah menjamu selera termasuklah gerai Mee Celup Che Poh.

Gerai ini amat terkenal di Rantau Panjang sejak tahun 1992 lagi. Keunikan mee celup ini dihidangkan bersama hirisan daging yang lembut, telur rebus dan sayur-sayuran.

Kemudian, ditambah pula bersama perahan air limau nipis. Memang terbaik!

Waktu operasi:

  1. Sabtu – Khamis (12pm – 7pm)
  2. Jumaat (2pm – 7pm)

Lihat peta | Facebook | Instagram | Whatsapp

Warung Kurnia Ibu (Kedai Mee Celup Moksu)

Mee celup legend di Pasir Mas

Alamat: Jalan Bukit Tuku – Batu Hampar, 17040 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Warung Kurnia Ibu (Kedai Mee Celup Moksu)
Sumber gambar: Facebook @Menarik di Kelantan

Seperti anda tahu, negeri Kelantan sangat popular dengan makanan viral Pasir Mas Kelantan ini. Jadi, jika anda sudah merasa mee celup tahun 1992, ini pula gerai mee celup tahun 1989.

Boleh dikatakan taraf legend dah! Warung Kurnia Ibu menyajikan mee celup dan mihun celup bersama serbuk cili sebagai menu utamanya.

Kemudian, pekena pula dengan coconut shake sememangnya padu!

Lihat peta | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (11am – 6pm)

Rizqi D’café Gaung Lati

Seafood di Pasir Mas

Alamat:  Lot 672, Jalan Kampung Gaung Lemal, Pekan Pasir Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Rizqi D’café Gaung Lati
Sumber gambar: Muhamad Hosbi, Rizqi D’Cafe Gaung Lati, Rahimifadzil Idris, YUNIE IDRIS

Di mana-mana negeri pastinya akan ada restoran/kafe seafood kan? Jom singgah di Rizqi D’café Gaung Lati yang menyediakan pelbagai menu terbaik.

Antaranya iaitu butter prawn, mix platter, butter chicken rice dan seafood talam.

Selain itu, menu dessert yang anda boleh cuba ialah aiskrim, coconut shake dan banyak lagi. Confirm sangat sedap!

Lihat peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: Rabu – Isnin (3pm – 11pm)

Kedai Laksam Telur Puyuh Best Kelar

Laksam terbaik di Pasir Mas

Alamat: Jln Pasir Mas – Tanah Merah, Kampung Pengkalan Rambutan, 17040 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Kedai Laksam Telur Puyuh Best Kelar
Sumber gambar: Ahmad Faizol, Shahril M Channel, Facebook @Za Laksam Kelar Official

Selain mee celup, laksam juga tergolong sebagai makanan viral Pasir Mas Kelantan.

Kedai Laksam Telur Puyuh Best Kelar atau Kak Za Laksam Kelar ini menghidangkan laksam istimewa untuk anda cuba.

Keenakannya terserlah apabila digaulkan bersama sambal daging dan telur puyuh. Terliur bukan! Selain laksam, anda boleh cuba juga ketupat sambal daging di sini.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9am – 6pm)

Taman Rekreasi Tengku Anis

Taman rekreasi di Pasir Mas

Alamat: Taman Tengku Anis,15400, Kota Bharu, Kelantan

Telefon: –

Taman Rekreasi Tengku Anis
Sumber gambar: Py Loe, MoRuHa, Shaiful Nizam, ccopong channel

Berdekatan dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan pastinya memudahkan untuk anda sampai ke taman rekreasi ini.

Jom berehat dan beriadah di Taman Rekreasi Tengku Anis yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.

Antaranya ialah kereta kuda, taman permainan kanak-kanak, kolam mandi, trek joging dan zoo mini.

Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (8am – 7pm)

Bukit Kwong

Kawasan bekas perlombongan bijih besi di Pasir Mas

Alamat: 17200 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Bukit Kwong
Sumber gambar: rozali hj jusoh, Mujahid Zakiy, Miz W

Bukit Kwong selain dikenali sebagai kawasan pendakian ia pernah menjadi kawasan perlombongan bijih besi. Untuk menuju ke sini tidaklah sesusah mana kerana ia terletak di Taman Rekreasi Bukit Kwong.

Untuk makluman anda, ia terletak sangat berhampiran dengan Thailand. Jika anda berkunjung ke sini bermakna anda telah sampai ke 2 negara sekaligus tau. Menarik bukan?

Lihat peta | Waktu operasi: –

Cassa Villa Guest House

Villa di Pasir Mas

Alamat: Pt 809 Kg Lati, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Cassa Villa Guest House
Sumber gambar: Cassa Villa Homestay

Mencari tempat penginapan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra? Cassa Villa Guest House adalah destinasi yang tepat!

Villa ini menyediakan 3 bilik tidur di mana 2 bilik dengan 1 katil double dan 1 bilik dengan katil single. Selain itu, terdapat kolam renang di bahagian luar villa ini yang disediakan.

Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

Lubok Jong Homestay

Homestay di Pasir Mas

Alamat: PT 9117, Kg Lubok Jong Lubok Jong, 17070 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Lubok Jong Homestay
Sumber gambar: booking.com

Mencari homestay di sekitar Pasir Mas atau berdekatan KKTM? Kami sarankan untuk anda singgah beristirehat di Lubok Jong Homestay.

Ia menawarkan 3 bilik tidur dengan 2 bilik tidur katil double dan 1 bilik tidur katil single. Tambahan pula, ia juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra.

Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

Dodol & Serunding Hajah Wan Sabariah (Rumah Hijau)

Ole-ole di Pasir Mas

Alamat: 17000 Pasir Mas, Kelantan

Telefon: –

Dodol & Serunding Hajah Wan Sabariah (Rumah Hijau)
Sumber gambar: Al- Arifi, Cuckoolicious Qay, razli Mahm, Jason _08

Mencari ole-ole atau kudapan untuk dibawa pulang sebelum percutian anda berakhir? Mari kunjungi Dodol & Serunding Hajah Wan Sabariah atau dikenali sebagai Rumah Hijau.

Untuk makluman anda, ia terkenal dengan nama Rumah Hijau kerana bangunannya persis istana berwarna hijau. Mewah dan mempesonakan gitu!

Antara ole-ole yang anda boleh dapatkan di sini ialah pelbagai jenis serunding, dodol dan keropok yang enak.

Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (7:30am – 6:30pm)

0 comments:

Post a Comment

loading...