loading...

Tuesday, 13 September 2022

13 Tempat Menarik Di Senai Untuk Dikunjungi

Bukan setakat lapangan terbang utama Johor sahaja terkenal di Senai malah terdapat tempat menarik di Senai yang lain untuk dikunjungi.

Senai merupakan bandar yang terletak di dalam daerah Kulai. Perkataan ‘Senai’ berasal daripada spesies pokok tempatan iaitu pokok Sinai.

Bandar ini berlokasi di lebuhraya Skudai iaitu laluan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Tambahan pula, majoriti penduduk yang mendiami bandar ini diwarnai dengan masyarakat berbilang bangsa.

Senarai tempat menarik di Senai

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sudah tentu menjadi destinasi ketibaan dan pelepasan pelancong dari dalam dan luar negara.

Terdapat banyak port terbaik di Senai sebagai tempat penginapan homestay senai Johor atau tempat makan menarik di Senai Johor.

Berikut kami senaraikan 13 tempat menarik di Senai Johor khas buat anda!

Hotel Zamsaham

Hotel bajet di Senai

Alamat: No 3-4 Jalan Terminal 2 Senai Centre Point, 81400, Johor

Telefon: 07-590 9497

hotel zamsaham senai johor
Sumber gambar: Widya Mutiara Bali, M. Jazli, booking.com

Terletak hanya 100 m dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Legoland dan Singapura menjadikan hotel ini strategik untuk menginap.

Hotel Zamsaham bukan sahaja memberi penginapan selesa malah mempunyai bilik solat berasingan bagi lelaki dan perempuan tau!

Tambahan pula, anda boleh menjamu selera di Zamstreet Cafe yang terdapat di hotel ini. Jenis bilik yang terdapat di hotel ini ialah ‘single room’ dan ‘queen room’.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

Johor Premium Outlet (JPO)

Mall di Senai

Alamat: Jalan Premium Outlets, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor

Telefon: 07-661 8888

Johor Premium Outlets
Sumber gambar: Mohd Rasyidi Ismail, Mr. Dauz, Rumah Barcelona, David Ctw

JPO merupakan pusat beli-belah yang terkenal di Senai dengan menempatkan 150 lot kedai. Selain itu, mall ini menempatkan banyak koleksi berjenama dan mewah mengikut citarasa anda.

Antara barangannya ialah “Under Armor”, “Gucci”, “Puma”, “Nike”, “Calvin Klein” dan “Adidas”. Kemudian, anda boleh singgah di Kafe Dome bagi menikmati keenakan kopi di sini.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (10am – 10pm)

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Lapangan terbang utama di Johor

Alamat: Johor Darul Ta’zim, 81250 Johor Bahru, Johor

Telefon: 07-599 4500

tempat menarik di skudai - Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor
Sumber gambar: JYJJ, Soo Hin Yeoh, Zakaria Abd Razak, Dr Kalaiarasu M. Peariasamy

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai turut dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail.

Dengan melakukan 22 penerbangan setiap hari menjadikan ia lapangan terbang ke-5 tersibuk di Malaysia. Tambahan pula, ia dikendalikan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Sdn. Bhd.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: –

Palm Resort Golf & Country Club

Resort dan golf di Senai

Alamat: Golf, Jalan Persiaran, Off, Jalan Jumbo, 81250 Senai, Johor

Telefon: 07-599 6222

tempat menarik di senai - Palm Resort Golf & Country Club
Sumber gambar: amer faishal, Instagram @palmslko

Mencari tempat menarik di Senai sebagai penginapan bukan sahaja tempat bermalam malah tempat bermain golf?

Meskipun bukanlah homestay Senai Johor, Palm Resort Golf & Country Club adalah pilihan yang tepat! Resort ini menyediakan 3 jenis golf course iaitu Allamanda, Cempaka dan Melati.

Bukan padang golf sahaja malah banyak kemudahan sukan lain yang terdapat di sini. Iaitu kemudahan squash, tenis, memanah, gimnasium, boling dan snooker juga ada tau!

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (7am – 8pm)

Restoran D’Ambang

Masakan melayu di Senai

Alamat: 1769, Jalan Senai Utama 1/2, Taman Senai Utama, 81400 Senai, Johor

Telefon: –

tempat menarik di senai - Restoran D’Ambang
Sumber gambar: Instagram @elletonz, farizul yusof, Irwan Syah

Mencari tempat makan menarik di Senai Johor berkonsepkan masakan Melayu? Terletaknya di Taman Senai Utama menjadikan Restoran D’Ambang mudah diakses ke sini.

Menu utama masakan Melayu yang anda boleh cuba ialah nasi ayam penyet, lontong, nasi pecel lele dan nasi ambang.

Selain itu, hidangan set turut disediakan di sini iaitu set asam pedas ikan pari/merah/kembung/daging/ayam.

Tambahan pula, jika anda ingin menempah makanan untuk majlis seperti kenduri kahwin pun boleh ya!

Lihat peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10:30am – 12am)

Warong Pak Abu, Kg. Jaya Sepakat

Mee bandung udang di Senai

Alamat: 30, Jalan Berkat 2, Kampung Jaya Sepakat, 81400 Senai, Johor

Telefon: 07-599 2279

tempat menarik di senai - Warong Pak Abu, Kg. Jaya Sepakat
Sumber gambar: Instagram @annamispani, @theahmad.s, @gourmanddiary, @foodrugss

Jika di Muar terkenal dengan mee bandung, di Senai terkenal limpahan udang di dalam mee.

Warong Pak Abu, Kg Jaya Sepakat adalah tempat makan menarik di Senai Johor yang menyediakan menu masakan panas bersama udang.

Udang yang diletak bukannya kecil tetapi besar dan banyak tau! Antara menu terkenal yang anda wajib cuba ialah mee bandung udang dan nasi goreng udang.

Kalau anda nak tahu, kuah mee bandung ini cukup pekat, tak terlalu pedas dan lemak manis cukup rasa lah! 

Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Ahad – Jumaat (8am – 9:30pm)

7BERADIK

Masakan Negeri Sembilan di Senai

Alamat: Jalan Mewah Utama, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor

Telefon: –

7BERADIK
Sumber gambar: Azizan Zakaria, muibadah, 姜國盛, Gorin Lambert

Kalau anda nak rasa masakan ‘oghang nogori tersodap’ di Senai ini bolehlah singgah ke Restoran 7 Beradik.

Mesti anda tertanya-tanya kenapa dinamakan 7 Beradik kan? Hal ini kerana pemilik restoran ini mempunyai 7 orang anak.

Antara masakan Negeri Sembilan yang popular di sini ialah gulai ayam, itik/daging/keli salai. Anda patut cuba keenakan rasa nasi ayam penyet di sini bersama ayam goreng rangup dijamin lazat!

Lihat peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (11am – 11pm)

Gerobok Pisang & Cendol Durian

Gerai cendol dan pisang di Senai

Alamat: 782, Jalan Senai Utama 4/6, Taman Senai Utama, 81400 Senai, Johor

Telefon: –

Gerobok Pisang & Cendol Durian
Sumber gambar: Jocelyn ying, Chinta Wawa, Razib Shariff

Minum petang pekena dengan pisang goreng dan cendol best juga kan? Jom ke Gerobok Pisang dan Cendol Durian!

Ditambah dengan isi durian berwarna kuning rasa berlemak pastinya menambahkan lagi keeenakan rasa pada cendol ini.

Setelah itu, makan pula pisang goreng panas dan rangup. Memang perghh terbaik!

Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (1pm – 6pm)

Perth Hotel

Hotel mewah di Senai

Alamat: 21, Jalan Terminal 1, 81400 Senai, Johor

Telefon: 07-590 9933

Perth Hotel
Sumber gambar: SEM9 Senai (formerly known as Perth Hotel)

Hanya 3 min dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai anda boleh menemui hotel mewah di sini. Hotel SEM9 Senai atau dikenali sebagai Perth Hotel menawarkan 121 bilik yang selesa.

Antara jenis bilik terdapat di sini ialah ‘king’, ‘family’, ‘deluxe double room’, ‘guest room’ dan ‘perth room‘.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam

Rina Balinese Resort

Resort berkonsepkan Bali di Senai

Alamat: 2515, 6, Jalan Seelong Jaya, Kampung Seelong Jaya, 81400 Senai, Johor

Telefon: –

Rina Balinese Resort
Sumber gambar: Ivy Tan, 王册, Ravi Kumar Kuna Segran (Jay Kumar)

Anda mencari penginapan ala-ala di Bali, Indonesia? Tidak perlu bersusah payah ke luar negara kerana di Senai juga ada tau!

Rina Balinese Resort yang lebih mewah daripada homestay Senai Johor ini terletak hanya 30 min dari kawasan lapangan terbang.

Resort yang dikelilingi alam semulajadi ini menawarkan pemandangan bilik taman tropika.

Tambahan pula, anda boleh mencuba urutan spa, berkunjung ke ladang buah-buahan dan restoran hidangan Indonesia di sini.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

Dome Café @ JPO

Kafe di Senai

Alamat: Suite No. 633, Johor Premium Outlets, 81000, Johor

Telefon: –

Dome
Sumber gambar: Sam, chikako nishimura, c chai, Shi Hui

Kalau anda ke JPO, jangan lupa singgah menikmati keenakan kopi dan teh di Dome Cafe. Suasananya yang klasik dengan hiasan kayu pastinya mampu menambahkan selera makan anda di sini.

Tahukah anda, Dome Cafe mempunyai cawangan di seluruh Malaysia? Jika mempunyai lebih daripada 1 cawangan bermakna menu-menu di sini menjadi citarasa ramai lah kan?

Hidangan nasi lemak, pai ayam, lasagna daging lembu dan seafood spaghetti turut dihidangkan di sini.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (10am – 10pm)

Hutan Bandar Putra

Hutan rekreasi di Senai

Alamat: Hutan Bandar Putra, 81000 Kulai Johor

Telefon: –

Hutan Bandar Putra
Sumber gambar: Instagram @visitjohor

Mencari tempat yang jauh dari kesibukan warga kota? Anda wajib berekreasi di Hutan Bandar Putra yang sungguh mendamaikan ini.

Tidak jauh dari kawasan lapangan terbang menjadikan ia mudah diakses.

Berbagai fasiliti seperti trek berbasikal/joging/jalan kaki, taman permainan dan parkir yang luas yang disediakan di sini.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Upside Down Warm House

Rumah terbalik di Senai

Alamat: 5019, Jalan Kenari 7, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor

Telefon: –

Upside Down Warm House
Sumber gambar: Raymond Lim, Sherlina uma

Terletak tidak jauh dari Hutan Bandar Putra anda boleh menemui Upside Down House. Anda mencari tempat percutian rare? Inilah destinasinya!

Di sini anda dapat menyaksikan segala ruangan di dalam rumah ini terbalik dalam 3D seolah-olah anda terapung di udara. Menarik bukan?

Antara ruangan yang terdapat di rumah terbalik ini ialah ruang tamu, lautan dengan ikan jerung, ladang lembu, bilik tidur dan ruang makan.

Lihat peta | Waktu operasi: –

0 comments:

Post a Comment

loading...