loading...

Friday, 23 September 2022

17 Tempat Menarik Di Paris Kota Cinta Dan Fesyen

Jika anda pernah menonton siri animasi Perancis “Miraculous Tales Lady Bug & Cat Noir”, terdapat banyak tempat menarik di Paris yang dipaparkan pada siri ini.

Bukan itu sahaja, tempat bersejarah dan keseniaan juga wajar dijadikan tempat yang ingin dikunjungi.

Ibu kota Perancis ini digelar sebagai “la Ville Lumiere” yang bermaksud bandar bercahaya yang indah pada waktu malam.

Lain daripada itu, Paris merupakan bandar ke-2 terbesar di Eropah yang boleh anda lihat kebaikan melawat tempat bersejarah di sini.

Senarai tempat pelancongan di Paris

Sebut sahaja Paris, pasti terbayang di fikiran anda menara Eiffel Tower bukan?

Tidak dinafikan Eiffel Tower sememangnya menjadi kawasan tumpuan untuk mengambil gambar Paris yang cantik.

Selain itu, filem romantik dari Indonesia berjudul “Eiffel, I’m in Love” juga shooting di sini tau!

Bukan itu sahaja malah terdapat banyak tempat melancong yang terbaik untuk anda pergi bersama orang yang tersayang di Paris ini.

Palace Of Versailles

Istana bersejarah di Paris

Alamat: Place d’Armes, 78000 Versailles, France

Palace Of Versailles
Sumber gambar: Derek Dowhower, James Huang, Alby Set, El-Loc0

Palace of Versailles menjadi lambang kemewahan bangsawan Eropah pada zaman dahulu.

Ia diserikan lagi kemewahannya dengan hiasan emas dan permata yang menempatkan banyak kebaikan melawat tempat bersejarah.

Disebabkan banyak faedah melancong yang ada di istana bersejarah ini ia diiktiraf sebagai tapak warisan budaya.

Untuk makluman anda, terdapat hari melawat percuma di kawasan terpilih sekitar istana setiap hari Ahad awal bulan.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Selasa – Ahad (9am – 5:30pm)

Luxembourg Gardens

Taman indah di Paris

Alamat: 75006 Paris, France

tempat menarik di paris: Luxembourg Gardens
Sumber gambar: Steven Ross LCSW RSW, Fred Booker, Luxembourg Gardens, Jacob Rooney

Lagi tempat bergambar Paris yang cantik dan romantik adalah di Luxemborg Gardens. Tempat menarik di Paris ini dihiasi dengan kepelbagaian bunga-bungaan, kehijauan rumput dan air pancur.

Banyak faedah melancong yang anda boleh lihat di sini iaitu pertunjukan jalanan dan teater boneka bertali.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: –

Louvre Museum

Muzium seni terbesar di dunia

Alamat: Rue de Rivoli, 75001 Paris, France

tempat menarik di paris: Louvre Museum
Sumber gambar: Jose S, Oana, Collins Bigogo, Jafor Ahmed

Tempat wajib di Paris iaitu Louvre Museum menempatkan banyak karya seni daripada tokoh-tokoh bersejarah yang terkenal.

Antaranya ialah potret “Mona Lisa” oleh Leonardo da Vinci dan “Dying Slave” oleh Michaelangelo. Pelbagai monumen dan tugu lama yang dipamerkan masih utuh berdiri.

Tambahan pula, muzium ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem berjudul “The Da Vinci Code”.

Waktu operasi:

  1. Rabu – Khamis & Sabtu – Selasa (9am – 6pm)
  2. Jumaat (9am – 9:45pm)

Lihat peta | Laman web

Cathedrale Notre Dame De Paris

Gereja Katolik terbesar di dunia

Alamat: 6 Parvis Notre-Dame – Pl. Jean-Paul II, 75004 Paris, France

Telefon: +33 1 42 34 56 10

tempat menarik di paris: Cathedrale Notre Dame De Paris
Sumber gambar: Pished Bunnun, Joel Colling, Wella Maria, Omar Garcia

Meskipun telah mencecah hampir 1000 tahun Cathedrale Notre Dame De Paris masih teguh berdiri hingga kini. Ia merupakan gereja Katolik terbesar bukan sahaja di Paris malah di dunia!

Selain itu, terdapat taman yang terletak di belakang gereja ini yang anda boleh kunjungi secara percuma. 

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: –

Seine River

Tempat romantik di Paris

Alamat: Seine, France

Telefon: –

Seine River
Sumber gambar: Carles Moratal, Andres Fatubun, Nasrine Rozz, Hector Bartolome Miranda

Seine River berperanan sebagai sungai utama Paris. Ia dikenali sebagai sungai cinta sebagai tempat wajib di Paris.

Anda boleh menaiki cruise boat untuk menikmati keindahan kota Paris dari sini. Tempat pelancongan di Paris ini akan lebih romantik apabila anda berkunjung ke sini pada waktu malam.

Selain itu, anda juga boleh melihat ribuan ‘love locks‘ yang bergantungan di sepanjang 30 jambatan di sini.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Porte De Clignancourt Flea Market

Pasar barangan antik di Paris

Alamat: 99 All. des Rosiers, 93400 Saint-Ouen-sur-Seine, France

Telefon: –

tempat menarik di paris: Porte De Clignancourt Flea Market
Sumber gambar: Shériff MOUHOUS, Lucianna Gomes, Saloni Sharma, Yossi Chajes

Anda peminat tegar barangan antik? Jadikan Porte De Clignancourt Flea Market sebagai tempat wajib di Paris untuk anda singgah.

Di sini terdapat 2000 gerai jualan yang menghiasi di sepanjang pasar ini. Wah! Banyak tu, rambang mata dibuatnya kan?

Antara barangan yang boleh anda temui di tempat melancong ini ialah hiasan rumah, antik dan vintage.

Waktu operasi: –

  1. Sabtu – Ahad (10am – 6pm)
  2. Isnin (11am – 5pm)

Lihat peta | Laman web

Monmartre

Tempat menarik di Paris untuk melihat pemandangan

Alamat: Montmartre, 75018 Paris, France

Telefon: –

Monmartre
Sumber gambar: Ali Piraei, Rocio Rabáez, Robert Steiner, H A

Mencari tempat yang ingin dikunjungi untuk mengambil gambar Paris yang cantik? Mari menuju ke bukit besar di Paris iaitu Monmartre.

Terlebih dahulu diingatkan supaya memakai jaket tebal ya! Kerana cuaca di tempat melancong ini amat sejuk.

Selain itu, terdapat banyak monumen menarik di sini seperti “Wall of Love”.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Musee D’orsay

Galeri seni di Paris

Alamat: 1 Rue de la Légion d’Honneur, 75007 Paris, France

tempat menarik di paris: Musee D’orsay
Sumber gambar: Romain Plagnol, Carla Guerini Rocco, Frank Martinez, موقع الهجرة معنا

Selain dikenali sebagai kota cinta, Paris juga dikenali sebagai destinasi yang penuh dengan keseniaan. Musee D’Orsay boleh dijadikan sebagai tempat berfaedah melancong ketika di Paris.

Ia mempamerkan pelbagai koleksi samada dari segi fotografi, reka bentuk mahupun seni lukisan. Antaranya karya “Paul Cezanne’s Apples and Oranges” dan “Claude Monet’s Blue Water Lillies”.

Waktu operasi: –

  1. Selasa – Rabu & Jumaat – Ahad (9:30am – 6pm)
  2. Khamis (9:30am – 9:45am)

Lihat peta | Laman web

Pont Alexandre

Jambatan mewah di Paris

Alamat: Pont Alexandre III, Paris, France

Telefon: –

Pont Alexandre
Sumber gambar: en-vols.com, youimg1.tripcdn.com

Anda pernah lihat jambatan yang dihiasi penuh dengan seni kemewahan? Kalau tidak, mari melihat sendiri keindahan seni binanya di Pont Alexandre.

Selain itu, selebriti-selebriti ternama juga pernah memeriahkan lagi tempat menarik di Paris ini tau! Antaranya ialah penggambaran video klip Adele dan salah sebuah filem James Bond.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Les Grands Magasins De Paris

Tempat beli-belah di Paris

Alamat: 63 Rue de Passy, 75016 Paris, France

Les Grands Magasins De Paris
Sumber gambar: Mes Demoiselles | Magasin Passy | Paris

Mencari tempat menarik untuk shopping di kota cinta ini? Salah satunya adalah Les Grands Magasins De Paris.

Ia menempatkan pelbagai barangan berjenama yang terkenal di serata dunia. Jadi, anda tidak perlu risau dengan keaslian yang ada pada barangan ini!

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10:30am 7:30pm)

Parc Des Buttes Chaumont

Taman ke-5 terbesar di Paris

Alamat: 1 Rue Botzaris, 75019 Paris, France

Telefon: –

Parc Des Buttes Chaumont
Sumber gambar: Eric FE, oldy 99, DJ MAT-V, Camil Zahi

Dikenali sebagai taman ke-5 terbesar di Paris sudah pastinya mempunyai banyak tarikan menarik di dalamnya bukan?

Parc Des Buttes Chaumount mempunyai air terjun buatan dan banyak haiwan spesies eksotik.

Dari tempat pelancongan di Paris ini juga anda boleh menyaksikan sendiri pemandangan indah Kota Montmarte.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (7am – 10pm)

Les Catacombes

Kubur bawah tanah di Paris

Alamat: 1 Av. du Colonel Henri Rol-Tanguy, 75014 Paris, France

Telefon: –

Les Catacombes
Sumber gambar: Gilles Garnier, Frank Engel, Syvie Mariaud, Eric Garza

Anda seorang yang berani atau peminat genre seram? Apa kata anda cuba menguji tahap keberanian anda di Les Catacombes?

Kubur bawah tanah ini mempunyai lorong sepanjang 300 km dan menempatkan sebanyak 6 juta tulang rangka manusia.

Tambahan pula, terdapat 130 anak tangga untuk menuju ke kawasan perkuburan ini dan 83 anak tangga untuk naik ke atas semula.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Selasa – Ahad (9:45am – 8:30pm)

Place De La Concorde

Dataran besar di Paris

Alamat: 75008 Paris, France

Telefon: –

Place De La Concorde
Sumber gambar: Fred Booker, Charline Miermon, jacques bebey, YU KEUNG CHIU

Suatu masa dahulu, Place De La Concorde terkenal sebagai lokasi hukuman mati awam. Iaitu Raja Louis XVI dan Marie Antoinette.

Namun kini, dikenali sebagai dataran besar dengan suasana yang indah dan romantik pada waktu malam.

Selain itu, tugu-tugu kepala wanita di 8 penjuru yang terdapat di dataran ini menjadi simbolik kepada 8 bandar terbesar di Perancis.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Champs Elysees Avenue

Tempat tersibuk di Paris

Alamat: 75008 Paris, France

Telefon: –

Champs Elysees Avenue
Sumber gambar: Pakorn Thongraya, Milind patil, L M, Javier Iván Flores Jirón

Tidak puas berbelanja di Les Grands Magasins De Paris? Mari ke Champs Elysess Avenue pula! Ia merupakan kawasan yang sibuk dengan pengunjung kerana menempatkan banyak tarikan menarik.

Antaranya pertunjukan teater, perlumbaan basikal Tour de France dan perarakan tentera Hari Bastille.

Bagi yang ingin membeli-belah pula terdapat banyak barangan berjenama seperti “Louis Vuitton” dan “Sephora”.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Arc De Triomphe

Monumen peringatan di Paris

Alamat: Pl. Charles de Gaulle, 75008 Paris, France

Arc De Triomphe
Sumber gambar: Jeff H, BOUJEMAA KARKOUCH, wooik jang, Robert Werner

Kebaikan melawat tempat bersejarah adalah untuk mendidik diri dan generasi akan datang supaya menghargai perjuangan para pejuang terdahulu.

Maka terbinalah monumen peringatan Arc De Triomphe ini. Ia dibina bagi memperingati pejuang terdahulu yang tewas pada perang Revolusi dan Napoleon Perancis.

Di sini and boleh lihat ukiran di atas monumen terdapat nama-nama jeneral dan perang manakala di bawah pula tentera-tentera yang tidak bernama.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (10am – 10:30pm)

Pont Neuf

Jambatan tertua di Paris

Alamat: 75001 Paris, France

Telefon: –

Pont Neuf
Sumber gambar: Richard Grasmick, Fabian Rolando Fandrich, bachir tarif, Vladas Portapas

Dah kunjungi jambatan mewah di Paris? Mari kunjungi jambatan tertua di Paris tahun 1889 pula.

Pont Neuf dibina bersama patung King Henry IV dan merupakan satu-satunya jambatan yang anda dapat melihat keindahan Sungai Seine.

Selain itu, anda boleh dapatkan cenderamata yang menarik berhampiran jambatan ini.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Disneyland Paris

Taman tema di Paris

Alamat: Bd de Parc, 77700 Coupvray, France

Disneyland Paris
Sumber gambar: Nokiyo 17, Derek Dowhower, Fiona Stewart, Angel Aldaz

Jika di Jepun ada Tokyo Disney Resort manakala tempat menarik di Perancis pula ada Disneyland Paris.

Alami keseronakan yang mendebarkan di taman tema sebagai tempat yang ingin dikunjungi sejak tahun 1992 lagi.

Misalnya, penginapan Disney Nature Resort, shopping mall, padang golf dan Walt Disney Studio Park.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9:30am – 9pm)

0 comments:

Post a Comment

loading...