Ada plan nak bercuti di Kedah tapi tak tahu nak ke mana? Apa kata anda bercuti ke tempat menarik di Yan Kedah.
Yan merupakan satu daerah popular di Kedah kerana menawarkan banyak tempat percutian menarik di Yan Kedah untuk dikunjungi.
Terletak hanya 50 KM dari Alor Setar, daerah ini cukup sinonim dengan Gunung Jerai yang merupakan salah satu gunung tercantik di Malaysia.
Selain itu, daerah ini juga terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kawasan air terjun yang indah.
Senarai Tempat Menarik di Yan Kedah
Sebelum masuk lebih lanjut tentang tempat menarik di Yan, marilah kita imbas sedikit sejarah daerah Yan.
Yan dibuka pada tahun 1906 dan nama daerah ini diambil daripada perkataan siam yang bermaksud “sejuk”.
Walaupun menjadi antara daerah terkecil di Kedah namun Yan mempunyai banyak kawasan pelancongan yang indah dan menenangkan.
Jom tengok-tengok apa tempat yang syok di Yan dalam artikel ini.
Pulau Songsong
Pulau di Yan Kedah
Alamat: Pulau Songsong, Yan, Kedah
Telefon: –
Pulau songsong merupakan pulau tidak berpenghuni dan tiada pembangunan seperti resort atau chalet. Disebabkan itu, ekosistem semula jadi pulau ini masih terpelihara dan sangatlah indah.
Merupakan salah satu pulau dalam kawasan Jerai Geopark, anda perlu menaiki bot selama 20 minit dari jeti Sungai Udang. Disini anda boleh berkelah, snorkeling dan berkhemah.
Berkhemah di pulau memang syok apa lagi ketika waktu malam dengan angin pantai sambil menikmati panorama bintang-bintang di langit. Memang hilang stress! Jom tempah trip anda sekarang.
Pantai Murni Waterfront
Tempat menarik di Yan untuk family day
Alamat: Pantai Murni, 5, Jalan Pantai Murni, Kampung Pantai Murni, 06900 Yan, Kedah
Telefon: –
Kalau anda nak cari tempat lepak dan bersantai di waktu petang datanglah ke Pantai Murni Waterfront.
Hanya 500 meter dari pekan Yan, pantai yang bersih dan terjaga ini sesuai untuk layan angin pantai. Selain itu, fasiliti seperti gerai, tandas awam, pondok dan surau pun tersedia.
Lokasi ini juga port yang sesuai untuk tengok matahari terbenam dan menawarkan permandangan pulau seperti Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Telor dan Pulau Songsang.
Air Terjun Titi Hayun
Tempat mandi popular di Yan
Alamat: Recreational Forest Titi Hayun, 06900 Yan, Kedah
Telefon: –
Air Terjun Titi Hayun adalah lokasi percutian air terjun yang menarik di Yan dengan suasana alam semula jadi yang menenangkan hanya terletak 5 KM dari Pekan Yan.
Berlokasi di bawah kaki Gunung Jerai dan di dalam Hutan Lipur Titi Hayun, kalau nak mandi-manda dekat sini memang berbaloi kerana kawasan ini dijaga dan dibangunkan dengan baik.
Namun, elakkan datang ke sini ketika musim kemarau kerana airnya kurang menarik dan cetek.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 malam)
Titi Hayun
Hutan rekreasi di Yan
Alamat: Recreational Forest Titi Hayun, 06900 Yan, Kedah
Telefon: –
Hutan Rekreasi Titi Hayun antara lokasi sesuai untuk yang suka jungle trekking dan alam semula jadi.
Tempat menarik ini juga menyedikan kemudahan seperti tempat parking, jambatan gantung, dewan dan chalet.
Anda juga boleh menikmati air terjun dan mandi di sungai selepas penat meredah hutan.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 petang)
Jambatan Pulau Bunting
Jambatan di Yan
Alamat: Jambatan Pulau Bunting, Kampung Sungai Kering, 06800 Yan, Kedah
Telefon: –
Jambatan Pulau Bunting merupakan jambatan terbengkalai yang menjadi tarikan pelancong di Yan, Kedah.
Selain itu, jambatan ini menghubungkan Pulau Bunting dengan Yan ini juga menjadi lokasi kaki pancing untuk memancing ikan laut seperti jenahak, kerapu, ikan putih dan banyak lagi.
Kalau anda bernasib baik, anda mungkin melihat gelagat ikan dolphin bermain-main.
Ladang Nipah Ismail Che Kar
Tempat makan menarik di Yan Kedah
Alamat: Ladang Nipah Ismail Che Kar, 06900 Yan, Kedah
Telefon: 012-435 5104
Jika anda ingin merasai keenakan air nira nipah datanglah ke Ladang Nipah Ismail Che Kar di Jalan Kuala Sedaka, Yan. Disini anda akan melihat proses penanaman dan cara pembuatan minuman nira nipah.
Kalau di Kelantan minuman nira nipah dipanggil tuak nipah dan sememangnya antara minuman popular di Kedah. Harga untuk satu jag besar air nira nipah disini hanya RM 10 sahaja.
Air ini jarang ada di negeri-negeri lain, jadi pastikan untuk singgah ke Ladang Nipah Ismail Che Kar jika anda ke Yan bagi merasai sendiri buah serta air nira nipah.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: setiap hari kecuali rabu (11:30 pagi – 6 petang)
Air Terjun Seri Perigi
Air terjun tertinggi di kedah
Alamat: Seri Perigi, Kampung Perigi, 06900 Yan, Kedah
Telefon: –
Tahukah anda? Air Terjun Seri Perigi merupakan air terjun paling tinggi di Kedah dengan ketinggian melebihi 100 meter. Derauan air terjun yang mencurah dari atas bukit sangatlah menenangkan jiwa.
Berlokasi di Kampung Perigi, air terjun yang tinggi dan indah ini memang menjadi salah satu lokasi percutian popular di Kedah.
Kalau anda suka mandi-manda di air terjun, pastikan anda letakkan lokasi ini dalam wishlist anda.
Pantai Tanjung Jaga
Tempat berkelah dan memancing di Yan
Alamat: Tanjung Jaga, 08100 Merbok, Kedah
Telefon: –
Satu lagi pantai menarik di Yan iaitu Pantai Tanjung Jaga juga dikenali sebagai Teluk Air oleh penduduk tempatan.
Terletak kira-kira 3km dari pekan Yan, pantai ini sesuai untuk aktiviti berkelah dan memancing.
Pantai ini masih indah dan terjaga dari pencemaran. Pastikan anda kekalkan kebersihan dan keindahan pantai ini jika berkelah disini nanti.
Gunung Jerai
Gunung di Yan Kedah
Alamat: Gunung Jerai, 08300 Yan, Kedah
Telefon: 04-466 7777
Gunung Jerai sudah tidak asing lagi di Kedah dan salah satu simbolik negeri jelapang padi ini. Gunung yang berketinggian 1217 meter ini menjadi buruan para pendaki untuk ditawan.
Tempat menarik ini juga kaya dengan flora dan fauna seperti orkid liar. Suhu disini sekitar 18 hingga 25 darjah celcius, memang segar dan menyamankan.
Yang bestnya lagi, anda boleh menginap di kawasan Gunung Jerai kerana ada kawasan penginapan disediakan.
Air Terjun Batu Hampar
Air terjun di yan kedah
Alamat: Air Terjun Batu Hampar Yan, 06900 Yan, Kedah
Telefon: –
Air Terjun Batu Hampar boleh dikatakan sebagai kawasan air terjun “hidden gems” kerana ianya terletak jauh di dalam hutan dan memerlukan stamina tinggi untuk sampai ke sini.
Disebabkan itu, kurang orang datang berkelah dan merasai kenikmatan air terjun Batu Hampar. Perkara ini menyebabkan keindahan serta ekosistem kawasan air terjun ini masih cantik dan terpelihara.
Perjalanan yang sukar pastinya menjanjikan sesuatu yang indah. Jika anda suka akan cabaran dan ekstrim, terokailah air terjun Yan Kedah ini.
Air Terjun Puteri Mandi
Air terjun di Gunung Jerai
Alamat: Air Terjun Puteri Mandi, 08300 Yan, Kedah
Telefon: –
Daerah sememangnya kaya dengan kawasan air terjun dan salah satunya adalah Air Terjun Puteri Mandi yang terletak di kaki Gunung Jerai.
Lokasi air terjun ini memerlukan anda untuk melakukan jungle trecking sejauh 3km dari trek Titi Hayun. Sampai sahaja di lokasi, anda akan menyaksikan keindahan air terjun yang mengalir dari kaki Gunung Jerai.
Jangan risau yang bukan “Puteri” pun boleh mandi di sini, air terjun Yan Kedah ini sesuai untuk buat aktiviti berkumpulan atau riadah dengan kawan-kawan.
Kampung Setar, Yan
Kampung menarik di Yan
Alamat: Jalan Kampung Setar, Titi Serong,06900, Yan, Kedah
Telefon: –
Anda nak keluar dari kesibukan bandar dan ingin menikmati suasana kampung di Kedah? Kampung Setar, Yan adalah lokasi yang sesuai.
Bermacam aktiviti boleh dilakukan di sini seperti melawat dusun buah, mandi sungai, berkelah di air terjun dan memancing.
Kalau anda rindu suasana kampung yang nyaman dan dipenuhi kehijauan, memang inilah lokasi yang sesuai untuk anda mengenang semula memori lama.
Kampung Singkir Laut, Yan
Tempat untuk kaki pancing di Yan
Alamat: Jalan Kampung Singkir Laut ,Kampung Kedat Keling, 08100 Yan, Kedah
Telefon: –
Kampung Singkir Laut pun antara kampung untuk anda “healing” kerana suasana kampung ini cukup indah dan sesuai untuk kaki pancing.
Apa yang menarik di kampung ni? Di sini ada kolam udang jika anda suka memancing udang. Kalau nak memancing pergi sahaja ke tepi pantai sambil layan angin laut.
Selain itu, anda juga boleh pergi mendaki dan mandi air terjun di kampung ni. Memang lengkap, air tawar ada, air laut pun ada, tinggal tunggu anda sahaja.
Chalet Rimbun Hijau
Tempat penginapan menarik di Yan Kedah
Alamat: Chalet Rimbun Hijau, 06900 Yan, Kedah
Telefon: 012-510 8191
Nak cari chalet untuk buat family day? Tempahlah Chalet Rimbun Hijau yang mempunyai 3 kolam bersumberkan air sungai dan boleh memuatkan sehingga 50 orang.
Uniknya, chalet ini dibina di kawasan kampung tapi berkonsepkan chalet moden. Sesuai namanya, Chalet Rimbun Hijau menawarkan kehijauan alam semula jadi dengan kemudahan tempat BBQ, dewan, kolam dan banyak lagi.
Di sini juga terdapat anak sungai, jadi anda bosan mandi kolam, boleh try mandi sungai. Lokasi ini sangat sesuai untuk buat aktiviti berkumpulan seperti family holiday, program atau bersantai bersama rakan- rakan.
Ultimate Horse Training
Aktiviti menunggang kuda di Yan
Alamat: Lot 784 jalan ruat besar, Kampung Raga, 06900 Yan, Kedah
Telefon: 019-385 8595
Sesiapa yang berminat untuk menunggang kuda dialu-alukan untuk mengunjungi lokasi ini bersama keluarga atau rakan-rakan.
Siapa sangka bahawa sebuah ladang kuda akan wujud di kampung kecil ini, yang nampaknya mempunyai pelbagai jenis baka kuda.
Tiada bayaran masuk tetapi aktiviti menunggang kuda akan dikenakan bayaran. Jom mencubanya buat kali pertama!
Lihat peta | Waktu operasi: selasa – ahad ( 9 pagi – 11 pagi & 3 petang – 6 petang)
Ariana Homestay
Homestay di Yan Kedah
Alamat: Kampung Sungai Raga, 06900 Yan, Kedah
Telefon: 019-4737969
Homestay Yan Kedah ini sangat selesa untuk percutian keluarga. Berdekatan dengan Pantai Murni tetapi lautnya tidak boleh mandi.
Malahan, ada tempat bbq, dapur, ruang tamu, 8 bilik dan kolam renang. Sesuai untuk keluarga yang ada anak-anak! Harga penginapan pun berpatutan.
Halaman homestay ini ada kolam renang dan anda boleh nampak Gunung Jerai. Nak buat family day / family gathering kat sini sangat best.
Viewnya sangat cantik terutama pada waktu pagi! Tempat penginapan ini sangat tenang dan dikelilingi sawah padi. Sangat menarik bagi anda yang inginkan keindahan kampung.
0 comments:
Post a Comment