Meskipun rata-rata mengetahui Gerik merupakan laluan lebuhraya tetapi tahukah anda terdapat banyak tempat menarik di Gerik?
Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah lebuhraya menghubungkan Pulau Pinang, Kota Bharu, Butterworth dan Gerik to Ipoh.
Selain itu, ia terletak di daerah Hulu Perak dan pekan Gerik dikenali sebagai ‘bandar rehat’ bagi pengunjung.
Asal usul Gerik timbul apabila Raja Reman mendengar bunyi dekan iaitu spesies tikus yang sedang menggerit umbi buluh.
Kemudian bunyi tersebut dinamakan ‘Gerik’ maka terjadilah nama mukim ini sehingga kini.
Senarai tempat menarik di Gerik Perak
Dah alang-alang lalu di kawasan lebuhraya Gerik to Ipoh ini moh le singgah sebentar di tempat best Perak ini.
Bukan sahaja terkenal dengan labu sayong dan perlombongan bijih timah malah turut ada kedai makan viral dan sungai cantik.
Berikut merupakan 15 tempat menarik di Gerik yang boleh anda singgah.
Castella Cafe
Kafe dalam air di Gerik
Alamat: Kampung padang stang, 33310 Gerik, Perak
Telefon: –
Jika anda jalan-jalan di Gerik jangan lupa singgah sebentar di kedai makan viral iaitu Castella Café.
Lalu apa yang viralnya kafe ini? Ia terletak di sungai cantik iaitu sambil menjamu selera anda boleh merendamkan kaki anda!
Antara hidangan yang boleh didapati di sini ialah ikan bakar ikan sungai, nasi daun bemban, BBQ daging dan ayam kampung bakar/sup.
Tambahan pula, kafe ini turut menyediakan sewaan pondok untuk anda berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Rabu – Isnin: 8am – 5pm
Denai Kabus Agro Farm and Adventure Resort
Resort ala-ala Switzerland Perak di Gerik
Alamat: Jalan Gunung Kenderong, Kampung Pahat, 33300 Gerik, Perak
Telefon: –
Nak pergi ke Switzerland? Tetapi kos perbelanjaan terlalu mahal?
Jangan risau, tempat peranginan Perak ini memiliki tempat ala-ala Switzerland iaitu di Denai Kabus Agro Farm and Adventure Resort!
Kawasan yang kira-kira 20 minit dari jalan Gerik ini menyediakan 2 jenis penginapan yang boleh anda pilih iaitu khemah dan cottage.
Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan ialah menunggang kuda, berkayak, memancing, atv, memanah dan barbeku.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Sentiasa dibuka
Hutan Royal Belum
Hutan hujan tertua di dunia
Alamat: jeti awam royal belum tasik pulau banding pulau banding, 33320 Gerik, Perak
Telefon: –
Hutan Royal Belum merupakan tempat bersejarah yang wujud lebih daripada 100 juta tahun dahulu.
Tempat best Perak ini menempatkan hutan hujan tertua di dunia dan pernah menjadi kediaman Orang Asli.
Selain itu, ia pernah menjadi tempat persembunyian pihak British bagi menggempur serangan pihak komunis.
Asal usulnya berasal daripada bunyi serangga kayu iaitu bunyi ‘belum’.
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 9am – 5pm
Pulau Banding
Perkampungan Orang Asli di Gerik
Alamat: 33300 Gerik, Perak
Telefon: –
Selain negeri Pahang, Perak juga mempunyai banyak perkampungan Orang Asli.
Antarannya ialah Pulau Banding Perak tempat menarik yang berada di Tasik Banding atau Empangan Temenggor.
Selain itu, pulau seluas 240 hektar ini wujud apabila kawasan hulu sungainya yang tenggelam untuk membina empangan.
Di sini anda bukan sahaja dapat mempelajari adat dan budaya Orang Asli malah dapat melihat kraftangan yang dihasilkan.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Dataran Kuala Rui (Lokasi Pesta Loma)
Port memancing di Gerik
Alamat: Kampung Baharu Kuala Rui, 33300 Gerik, Perak
Telefon: –
Anda ‘kaki pancing’ yang mencari port memancing? Hanya 13 km dari jalan Gerik anda boleh menuju ke Dataran Kuala Rui / Dataran Loma.
Menariknya di sini, ia merupakan tempat persinggahan ikan loma yang timbul setiap kali musim tengkujuh.
Ikan ini akan bermula dari sungai cantik iaitu Sungai Perak ke Kuala Rui untuk pembiakan. Jika anda ingin berkayak dan berakit di sini pun boleh kerana keadaan sungai yang tenang.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Air Terjun Lata Kekabu
Air terjun di Gerik
Alamat: Kampung Kota Tampan Air, 33400 Lenggong, Perak
Telefon: 05-791 2384
Dah jauh berjalan, badan pula terasa penat dan lenguh kan?
Jadi, apa kata anda singgah mandi-manda ke tempat best Perak di Air Terjun Lata Kekabu yang sangat dingin ini. Sememangnya menyeronokkan!
Untuk makluman anda, tempat peranginan Perak ini mudah diakses kerana berhampiran dengan Galeri Arkeologi Lenggong.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Taman Bunga Rafflesia, Bongor
Bunga terbesar di dunia yang ada di Gerik
Alamat: Kampung Kenderong, 33300 Gerik, Perak
Telefon: –
Bukan di Sabah sahaja anda boleh temui bunga Rafflesia ini, malah di Gerik juga ada tau!
Taman Bunga Rafflesia seluas 5 hektar ini merupakan sebuah kawasan penyelidikan dalam penghasilan ubat-ubatan.
Di sini terdapat 2 spesies bunga terbesar di dunia ini iaitu ‘Rafflesia Azlanii’ dan ‘Rafflesia Cantleyl’.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Lata Pinang
Tempat rekreasi di Gerik
Alamat: Pekan Gerik, 33300 Gerik Perak
Telefon: –
Hanya jarak 25 minit yang memisahkan dari Pekan Gerik menjadikan Lata Pinang Perak tempat menarik untuk di singgah.
Lata ini mempunyai 3 tingkat air terjun yang cukup indah sekali. Selain itu, ia dikomersialkan sebagai tempat rekreasi berikutan lokasi dan geografinya yang strategik.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Gunung Kenderong, Kerunai
Puncak kembar di Gerik
Alamat: 33300 Gerik, Perak
Telefon: –
Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai dikatakan sebagai puncak kembar kerana kedudukannya agak berhampiran.
Selain itu, kedua-dua gunung ini jelas kelihatan dari pekan Gerik di mana Kenderong setinggi 1223 m dan Kerunai setinggi 1000 m.
Tambahan pula, gunung-gunung ini tidak terletak di atas banjaran seperti gunung-gunung yang lain.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Gunung Pulut, Papulut
Bukit di atas awan di Gerik
Alamat: 33300 Gerik, Perak
Telefon: –
Gunung Pulut tidaklah begitu dikenali seperti Gunung Kenderong dan Kerunai. Namun dengan ketinggian 651 m ia digelar sebagai ‘bukit di atas awan’.
Di mana pada bahagian puncak gunung ini anda dapat menyaksikan pemandangan awan karpet terbentang luas. Cukup indah bukan?
Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: –
Lata Ulu Lawin
Tempat menarik untuk berkelah di Gerik
Alamat: Unnamed Rd,, 33410 Lenggong, Perak
Telefon: –
Mencari tempat yang sesuai untuk berkelah? Bagaimana jika anda jalan-jalan Gerik ke Lata Ulu Lawin?
Terletak hanya 27 km dari pekan Gerik bukan sahaja aktiviti berkelah malah berkhemah juga boleh dilakukan di sini.
Tambahan pula, air yang mengalir di lata ini cukup jernih menjadikan percutian anda amat bermakna.
Selain itu, fasiliti seperti parkir kenderaan, tandas, surau, chalet dan kedai makan viral turut disediakan di kawasan lata ini.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Klian Intan
Tapak perlombongan bijih timah yang tertua di Perak
Alamat: 33100 Intan, Perak
Telefon: –
Rata-rata mengetahui Perak tempat menarik yang sinonim dengan perlombongan bijih timah kan? Tahukah anda bahawa Klian Intan merupakan tapak perlombongan bijih timah yang tertua di Perak?
Dahulunya, tapak ini berkembang pesat dan amat terkenal pada abad ke-17 iaitu ketika Portugis memerintah Melaka.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Pusat Pembangunan Kraftangan Perak
Kraftangan di Perak
Alamat: KM40 Jalan Ipoh, 33600 Enggor, Perak
Telefon: 05-757 6200
Jika di Terengganu terkenal dengan kraftangan batik manakala Perak terkenal dengan labu sayong. Pusat Pembangunan Kraftangan Perak berada di tebing Sungai Kuala Kangsar.
Ia menempatkan banyak kraftangan yang menarik untuk dijadikan ole-ole melancong di Perak. Antaranya ialah labu sayong, mengkuang, rotan dan seramik.
Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 8am – 1pm & 2pm – 5pm
Oldest Rubber Tree
Pokok getah tertua di Malaysia
Alamat: Jalan Raja Chulan, Kampung Penaga, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Telefon: –
Sebelum anda ingin ke Gerik to Ipoh, singgah sebentar ke pokok getah tertua di Malaysia iaitu Oldest Rubber Tree, Kuala Kangsar.
Tahukah anda industri getah juga membantu dalam ekonomi negara sejak dulu lagi?
Terdahulu, Sir Hugh Low memperkenalkan industri getah di Kuala Kangsar dengan menanam 9 pokok pertama pada tahun 1877.
Daripada 9 pokok getah yang ada hanya 1 sahaja yang masih hidup hingga kini. Menarik bukan?
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam
Victoria Bridge
Tempat menarik untuk photoshoot di Perak
Alamat: Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak
Telefon: –
Dah berjalan ke negeri orang pastinya ingin mencari tempat terbaik untuk photoshoot sebagai kenangan kan?
Apa kata anda kunjungi tempat peranginan Perak di Victoria Bridge yang seringkali menjadi lokasi pelancong bergambar?
Jambatan ini dibina pada tahun 1897 yang menghubungkan Perai ke Johor Bahru. Namun kini ia tidak beroperasi lagi dan tempat menarik di Gerik ini menjadi lokasi pre wedding photoshoot.
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam
0 comments:
Post a Comment