Dikenali sebagai daerah tersibuk seperti Kota Bharu menempatkan banyak tempat menarik di Tumpat untuk dilawati.
Antaranya ialah warisan budaya negeri Kelantan yang terkenal iaitu wau dan wayang kulit.
Disebabkan ia bersempadan dengan negara Thailand, Tumpat menempatkan 3 patung Buddha di Kelantan ‘berdiri’, ‘baring’ dan ‘duduk’ yang terkenal di serata dunia.
Selain itu, Tumpat juga terkenal sebagai pengangkutan keretapi di Pantai Timur.
Senarai tempat menarik di Tumpat Kelantan
Meskipun negeri Kelantan dikenali majoriti penduduknya beragama Islam namun wujudnya toleransi agama dengan adanya monumen rumah ibadat agama lain.
Anda ingin mempelajari seni budaya masyarakat negeri Kelantan? Tumpat adalah destinasi yang tepat! Berikut merupakan 15 tempat menarik di Tumpat Kelantan untuk anda lawati.
Pantai Sri Tujuh
Fenomena 7 teluk di Tumpat
Alamat: Jln Pantai Tujuh, 16200 Tumpat, Kelantan
Telefon: –
Memiliki pantai yang cantik dan luas itulah yang ada di Pantai Sri Tujuh ini. Nak tahu mengapa tempat pelancongan di Kelantan ini dinamakan 7 bukannya 6, 5 atau 4?
Hal ini disebabkan oleh fenomena 7 teluk yang terbentuk hanya di pantai ini sahaja! Unik bukan? Tambahan pula, anda juga berpeluang untuk menyaksikan Pertandingan Wau peringkat antarabangsa di sini.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (7am – 11pm)
Chalet Pantai Sri Tujuh Resort
Resort terapung di Tumpat
Alamat: Jln Pantai Tujuh, Kampung Geting, 16200 Tumpat, Kelantan
Telefon: 09-721 1753
Alang-alang dah singgah di Pantai Sri Tujuh dan ingin mencari tempat penginapan berhampiran pantai?
Chalet Pantai Sri Tujuh menawarkan 40 bilik serendah RM 100 satu malam bersama view dari tasik dan laut.
Selain berhampiran pantai, ia juga berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan Muzium Wau.
Jenis bilik yang ditawarkan ialah ‘chalet’, ‘bilik raja’, ‘bilik raja mewah’, ‘bilik kembar superior keluarga’ dan ‘suite ratu’.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: 24 jam
Istana Bukit Tanah
Istana bersejarah di Tumpat
Alamat: Alamat: Lot 1185, jalan Hilir Istana, Bukit Tanah, 16200 Tumpat, Kelantan
Telefon: –
Satu-satunya istana yang berada di Tumpat menjadikan ia unik untuk dilawati. Untuk makluman anda, tempat pelancongan di Kelantan ini dibina ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Pada waktu itu, Kelantan dibawah pemerintahan Sultan Ibni Almarhum Sultan Muhammad ke-4. Siapa sangka istana bersejarah ini masih tersergam indah meskipun dimamah usia.
Lihat peta | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9am – 6pm)
Makam Tok Janggut
Makam pahlawan Kelantan di Tumpat
Alamat: Unnamed Road, 16210 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: –
Jika di Pasir Puteh terdapat Tugu Tok Janggut, di Tumpat pula menempatkan Makam Tok Janggut yang anda boleh lawati.
Rata-rata mengetahui perjuangan Tok Janggut sebagai pahlawan terulung dalam menentang penjajah British di Kelantan pada tahun 1909.
Makam ini dibuka setiap hari bagi kunjungan semua pelawat tanpa sebarang bayaran dikenakan.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Wat Phikulthong
Patung Buddha berdiri tertinggi di Kelantan
Alamat: Kampung Terbok, 16200 Tumpat, Kelantan
Telefon: –
Tahukah anda, di Tumpat mempunyai 3 patung Buddha yang bukan sahaja terbesar di Malaysia malah dunia? Wat Phikulthong merupakan patung Buddha berdiri yang tertinggi di Kelantan setinggi 60 m.
Ia mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan tau! Lama bukan? Selain itu, patung Buddha di Kelantan ini juga dipanggil sebagai ‘Buddhalila’.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: –
Wat Phothivihan
Patung Buddha baring ke-3 terbesar di dunia
Alamat: Kampung Jambu, 16200, Tumpat, Kelantan
Telefon: 09-725 2224
Selain Wat Phikulthong, Wat Phothivian mempunyai patung Buddha baring bukan sahaja terbesar di Malaysia malah ke-3 di dunia tau!
Pembinaannya mengambil masa selama 6 tahun bermula dari tahun 1973. Patung ini mempunyai lebih kurang 40 m panjang dan 10 m tinggi.
Tambahan pula, berita tentang tokong ini pernah disiarkan di risalah pelancongan ke luar negara tau!
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (9:30am – 6:30pm)
Pantai Geting
Pesta Wau Kebangsaaan di Tumpat
Alamat: Unnamed Road, 16200 Tumpat, Kelantan
Telefon: –
Jika Pantai Sri Tujuh menjadi lokasi Pesta Wau Antarabangsa, Pantai Genting pula sebagai lokasi Pesta Wau Peringkat Kebangsaan.
Bagi anda yang ingin menyaksikan jenis wau yang dipertandingkan, bolehlah berkunjung ke sini mengikut tarikh pertandingan yang dihebahkan.
Lokasi pantai yang bersebelahan Pantai Sri Tujuh memudahkan tempat pelancongan di Kelantan ini ditemukan.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (8am – 8pm)
Wat Machimmaram
Patung Buddha duduk ke-2 terbesar di Asia Tenggara
Alamat: Kampung Jubakar, 16210 Tumpat, Kelantan
Telefon: –
Patung Buddha di Kelantan yang lain anda boleh lawati ialah Wat Machimmaram. Ia menempatkan patung Buddha duduk ke-2 terbesar di Asia Tenggara.
Patung ini berukuran 30 m tinggi dan 47 m lebar. Besar bukan? Selain itu, tokong ini meriah dengan kunjungan penganut Buddha pada Hari Wesak.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (9am – 5pm)
Masjid Kampung Laut
Masjid tertua di Malaysia
Alamat: Jalan Tok Nek, 16200 Tumpat, Kelantan
Telefon: 09-741 2400
Bagi muslim bolehlah singgah solat di Masjid Kampung Laut yang dikenali sebagai masjid tertua di Malaysia.
Kemudian, seusai solat anda bolehlah melihat keindahan masjid bersejarah yang dibina pada abad ke-18 ini.
Untuk makluman anda, masjid ini dibina tanpa sebarang paku. Unik bukan? Tanpa sebarang paku pun masih utuh berdiri walaupun dimamah usia!
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (4:19am – 12am)
Muzium Wau
Muzium wau di Tumpat
Alamat: Pantai Sri Tujoh, 16200, Tumpat, Kelantan
Telefon: 09-748 2266
Permainan tradisional wau sememangnya menjadi identiti tersendiri negeri Kelantan. Maka terbinalah Muzium Wau untuk memelihara warisan ini agar tidak lupus ditelan zaman bagi generasi akan datang.
Muzium ini mempamerkan pelbagai jenis wau bukan sahaja di Kelantan malah di negeri seluruh Malaysia. Tambahan pula, anda juga berpeluang untuk belajar cara-cara membuat wau juga! Aktiviti menarik bukan?
Waktu operasi:
- Sabtu – Rabu (8:30am – 4:45pm)
- Khamis (8:30am – 4:45pm)
Pantai Mek Mas
Bukit berpasir di Tumpat
Alamat: 15350, Kelantan
Telefon: –
Tidak dinafikan lagi pantai-pantai di Kelantan sememangnya indah-indah belaka. Anda boleh kunjungi Pantai Mek Mas yang dikenali dengan fenomena pantai terbelah kira-kira 1 km panjangnya.
Fenomena ini berlaku disebabkan oleh air surut sehingga timbulnya beting pasir. Selain itu, pantai ini juga sesuai untuk anda yang suka ‘ootd‘.
Dengan adanya bukit berpasir ala-ala di luar negara yang juga ada di Pantai Klebang, Melaka.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Pasar Terapung Pulau Suri
Pasar terapung di Tumpat
Alamat: Sri tanjung, Pulau sri tanjung, 16200 Tumpat, Kelantan
Telefon: –
Bagi anda yang ingin feeling-feeling ke pasar terapung ala-ala di Thailand bolehlah berkunjung ke Pasar Terapung Pulau Suri.
Terdapat pelbagai jenis barangan di atas bot tepi sungai dengan harga yang amat murah. Antara barangan yang boleh didapati di sini seperti makanan tradisional dan banyak lagi.
Lihat peta | Whatsapp | Waktu operasi: Jumaat (3pm – 6pm) & Sabtu (8am – 6pm)
Wayang Pak Dain
Galeri wayang kulit di Kelantan
Alamat: No. 5, Simpang 3 Morak, 16040 Wakaf Bharu, Kelantan
Telefon: –
Selain wau, wayang kulit juga terkenal di negeri serambi Mekah ini. Anda ingin melihat pertunjukan wayang kulit secara langsung? Mari berkunjung ke Wayang Pak Dain.
Pak Dain merupakan satu-satunya Tok Dalang yang mahir memainkan sebanyak 40 watak wayang kulit. Wah! Hebat bukan?
Beliau juga telah mencipta wayang kulit Star Wars yang ditonjolkan di 3 buah negara iaitu China, Perancis dan Singapura. Bukan calang-calang orangnya!
Lihat peta | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: –
Dhiya Alyaa Homestay
Homestay di Tumpat
Alamat: Kampung Bendang Luas, 16210 Tumpat, Kelantan
Telefon: –
Bagi anda pengunjung beragama Islam dan masih mencari homestay sekitar Tumpat? Kami syorkan untuk anda menginap di Dhiya Alyaa Homestay.
Ia memuatkan seramai 10 orang dengan harga serendah RM 150 untuk satu malam. Terdapat 3 buah bilik dan berhampiran tempat-tempat menarik di Tumpat yang lain.
Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam
Maena Water Chalet
Chalet terapung di Tumpat
Alamat: Kampong, Kampung Telaga Lanas, 16080 Tumpat, Kelantan
Telefon: –
Inginkan penginapan menarik sambil melakukan aktiviti memancing? Maena Water Chalet adalah pilihan yang tepat!
Chalet terapung ini menawarkan pemandangan bilik yang menarik dari tasik dan kolam. Ia menawarkan 2 jenis bilik iaitu family studio dan studio.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam
0 comments:
Post a Comment