Adakah anda teringin jalan-jalan ke tempat menarik Tanjung Malim? Jika ya, jom baca! Tanjung Malim adalah salah satu mukim yang indah terletak di selatan negeri Perak. Kedudukan lokasi Tanjung Malim menyebabkan lokasi ini menjadi pintu masuk ke negeri Perak.
Sebut sahaja tentang Tanjung Malim, mesti terlintas di fikiran tentang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Untuk pengetahuan anda juga, istilah “Malim” bermaksud orang-orang yang berilmu dan hal ini selari dengan penubuhan UPSI di tempat ini.
Selain itu, Tanjung Malim juga terkenal dengan tempat-tempat menarik yang jarang didengari namun pasti membuat percutian anda lebih menyeronokkan.
Senarai tempat menarik di Tanjung Malim, Perak
Bandar yang bersempadan antara negeri Selangor dan Pahang berkeluasan 949 KM ini sangatlah luas dan sudah tentu menawarkan pelbagai tempat percutian menarik di Tanjung Malim.
Orang ramai juga sering berkunjung ke Tanjung Malim untuk food hunting kerana dikatakan banyak tempat makan menarik dan sedap disini.
Oleh itu, marilah kami bawa anda ke beberapa tempat menarik sekitar Tanjong Malim yang wajib anda lawati bersama keluarga atau rakan-rakan.
Seni Jalanan Tanjung Malim
Tempat menarik untuk bergambar di Tanjung Malim
Alamat: Lot 16, Jalan Douglas, Tanjung Malim Street Art, Perak
Telefon: –
Sebagai mukadimah, datanglah ke tempat yang penuh warna-warni di Seni Jalanan Tanjung Malim hasil tangan anak tempatan.
Jalan ini dahulunya sepi dan kosong, namun kini diwarnai dengan hasil kreatif seni anak tempatan sehingga menjadi tempat tumpuan pelancong untuk bergambar dan mencuci mata.
Pelbagai jenis dan tema lukisan yang memukau mata seperti budaya tempatan, teknologi, karakter kartun, dan tokoh-tokoh Malaysia serta mural bertemakan alam semesta.
Lokasi ini layak dinobatkan sebagai salah satu lokasi seni jalanan terbaik di Malaysia. Pastikan anda tidak lupa untuk kunjungi atau anda akan menyesal.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Taman Tasik Embayu
Tempat rekreasi di Tanjung Malim
Alamat: Proton City, 35900 Tanjong Malim, Perak
Telefon: 05-4563410
Terletak di kawasan perumahan Proton City, Taman Tasik Embayu adalah tasik buatan moden yang cantik dan nyaman untuk beriadah.
Kawasan yang luas menghijau ditambah dengan kemudahan seperti surau, tandas awam, kedai runcit dan taman permainan sememangnya sangat selesa dan mesra pengunjung.
Kawasan ini terkenal di sekitar Tanjung Malim kerana pelbagai aktiviti dapat anda lakukan disini untuk melepaskan tekanan dan menikmati masa petang dengan orang tersayang.
Taman Tasik Embayu juga aktif menganjurkan program dan acara sukan seperti futsal, paintball dan banyak lagi.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam
Muzium Pendidikan Nasional
Muzium di Tanjong Malim
Alamat: Jalan Utama Upsi, 35900 Tanjong Malim, Perak
Telefon: 05-450 6680
Jika anda berminat tentang sejarah pendidikan di Malaysia maka anda wajib datang ke Muzium Pendidikan Nasional yang terletak di Universiti Zainal Abidin (UPSI), Tanjung Malim.
Sedikit info, muzium bersejarah ini diiktiraf sebagai tapak warisan negara dibina pada 1919 hingga 1922 sebelumnya berfungsi sebagai Sultan Idris Teaching College (SITC).
Muzium ini menempatkan 21 galeri tentang sejarah pendidikan negara, perkembangan pendidikan di Malaysia, kurikulum pendidikan dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat juga kisah tentang tokoh pendidikan negara seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’Ba) yang memperjuangkan bahasa melayu moden. Bangunan klasik menyimpan ratusan sejarah ini wajib anda lawati bersama keluarga.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Isnin – jumaat (8:30 am – 4:30 pm)
Taman Perkelahan Kampung Sungai Bil
Tempat menarik untuk berkelah di Slim River
Alamat: Unnamed Rd, 35900, Kampung Sungai Bil, 35900 Slim River, Perak
Telefon: –
Anda mencari lokasi untuk healing dan ingin lari kesibukan kota di Tanjung Malim? Jika ya, Taman Perkelahan Kampung Sungai Bil adalah solusinya.
Kedinginan air sungai yang mengalir dari kaki Banjaran Titiwangsa ditambah dengan panorama alam semula jadi dan kampung yang indah sememangnya sangat menenangkan minda dan jiwa anda.
Disini anda boleh BBQ, mandi-manda, berkhemah dan meredah hutan. Musim yang sesuai untuk anda berkelah disini antara bulan April hingga September kerana waktu ini cuaca panas dan baik.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (8:00 am – 7:00 pm)
Go Kart Tanjung Malim
Aktiviti go kart di Tanjung Malim
Alamat: Off, Jalan Kampung Lambak, 35900 Tanjong Malim, Perak
Telefon: 011-1157 7188
Anda ingin menikmati percutian yang mencabar dan menyeronokkan? Cubalah berlumba go kart bersama rakan atau keluarga di Go Kart Tanjung Malim atau TM Karting.
Kalau anda tidak berpengalaman memandu go kart, tidak perlu risau kerana ada tenaga pengajar yang akan membimbing anda.
Selain go kart, aktiviti lain yang anda boleh lakukan adalah memanah. Syok bukan, jangan lepaskan peluang ini jika anda singgah ke Tanjung Malim.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (9:00 am – 7:00 pm)
Ladang Halia ENE
Ladang halia di Tanjung Malim
Alamat: ENE Ginger Farm (TM1), Lot 12097, Rizal Jalan Kawasaki, Industri Behrang 2020, Peti Surat 59, 35900 Tanjong Malim, Perak
Telefon: 012-370 3082
Ladang lembu pasti anda selalu nampak, tapi pernahkah anda dengar mengenai ladang halia? Jika belum, lawatilah Ladang Halia Environment Natural Element (ENE) di Tanjung Malim.
Halia yang ditanam disini adalah jenis halia Bentong kerana khasiatnya yang banyak, saiz besar dan mudah ditanam. Disini anda akan ditunjukkan proses penanaman halia dan anda juga berpeluang merasai teh halia.
Teh halia sangatlah bagus untuk membuang angin dalam perut. Jika anda peminat tanaman dan herba-herba, singgalah ke sini untuk menimba ilmu mengenai halia.
Mata Air Panas Ulu Slim
Tempat menarik di Slim River
Alamat: 35800 Slim River, Perak
Telefon: 013-467 0528
Untuk pengetahuan anda, mata air panas di Ulu Slim adalah antara kolam air panas dengan suhu tertinggi di Malaysia.
Banyak kebaikan mandi di kolam air panas untuk badan kita seperti membuang toksin, melancarkan peredaran darah, menghilangkan stress dan banyak lagi.
Walaupun airnya kehijauan, anda tidak khuatir kerana itu adalah warna semula jadinya dan dijamin bersih. Malahan, anda boleh rendam kaki dan merebus telur di sini.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Kolam Ikan “Natural Exotic”
Tempat memancing di Tanjung Malim
Alamat: Lot 13305, Jalan Wawasan Dagangan 2, Bandar Behrang, 35900 Tanjong Malim, Perak
Telefon: 011-3322 1898
Kolam Ikan natural exotic adalah tempat “panas” bagi kaki pancing di Tanjung Malim. Kolam ikan ini juga merupakan kolam ikan berkonsepkan “tangkap dan lepas” pertama di Malaysia.
Sudah beroperasi sejak sekian lama, sudah tentu ikan-ikan gergasi telah menghuni kolam ini. Pelbagai jenis ikan eksotik dari sepsis asing dan tempatan terdapat disini seperti ikan keli Mekong, ikan keli ekor merah Amazon, ikan baung, toman, pacu dan banyak lagi.
Tempat memancing juga selesa dan teduh jadi anda tidak perlu risau jika hujan atau panas. Anda hanya perlu fokus memancing sahaja.
Jika anda pemancing tegar, spesis ikan inilah yang menjadi buruan anda kerana sifatnya yang agresif dan sukar dinaikkan.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (7:00 am – 3:00 am)
Tok Bak Campsite
Tempat camping di Tanjong Malim
Alamat: Kg Orang Asli Chinggung Behrang Ulu, 35900 Tanjong Malim, Perak
Telefon: 012-219 8946
Selain mandi-manda, memancing, berkhemah dan bbq, saksikan pemandangan yang menakjubkan di tepi sungai. Kunjungi tapak perkhemahan yang luas serta bersih ini pada hujung minggu.
Tempat menarik sekitar Tanjung Malim yang bagus untuk bersantai, berehat atau family outing. Sungai ini adalah tempat yang menarik untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sungainya juga jernih, sejuk dan berbatu. Tandas dan sinki pun ada. Anda juga boleh merasai ketenangan persekitaran dan tiupan angin segar dari hutan. Camping sini pasti best!
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam
Teratak Riverview
Resort menarik tepi sungai di Tanjung Malim
Alamat: Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak
Telefon: 017-343 1346
Teratak Riverview antara tempat penginapan terbaik jika anda mencari pengalaman yang benar-benar “back to nature”. Sebuah sungai yang memisahkan sempadan Perak dan Selangor terletak berhampiran dengan resort ini.
Selain itu, anda mempunyai pilihan untuk duduk di dalam bilik sama ada di sebelah Selangor atau Perak. Tempat percutian menarik di Tanjung Malim ini menguatkan lagi bonding time bersama rakan-rakan atau keluarga.
Anda boleh terus mengagumi keindahan pemandangan sungai di hadapan bilik apabila anda bangun pada waktu pagi. Kemudian, anda boleh melakukan aktiviti lasak seperti abseiling, water tubing dan flying fox pada sebelah petang.
Sarang Art Hub Cafe
Tempat menarik untuk lepak di Tanjung Malim
Alamat: Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Perak
Telefon: 013-500 7942
Jika anda rasa ingin berehat, melepak, makan malam, dan menikmati live band pada waktu malam, anda harus mengunjungi Sarang Art Hub.
Cafe ini kepunyaan Abang Mamat Khalid. Suasana dalam cafe ini sangat unik. Anda akan melihat poster lama dan karya seni menghiasi ruangan kawasan ini.
Sesuai sangat dengan nama “Sarang Art Hub”. Terdapat banyak pilihan makanan yang berbeza, dan suasananya sesuai untuk bersantai bersama rakan atau keluarga.
Ingat, anda mesti singgah di sini juga jika anda melancong ke Tanjung Malim.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Selasa – ahad (3:30 pm – 11 pm)
Arung Jeram Sungai Ulu Slim
Aktiviti lasak di Slim River
Alamat: Kampung Ulu Slim, 35800 Slim River, Negeri Perak, Malaysia
Telefon: 019-5134193
Jika anda gemar dengan aktiviti lasak dan seorang adrenaline junkies, cubalah aktiviti water rafting di Sungai Ulu Slim.
Terdapat laluan jeram gred 2 sehingga gred 4 dengan tingkat kesukaran yang berbeza yang pasti mencabar jiwa anda.
Anda tidak berpengalaman tetapi ingin mencuba? Tidak perlu risau kerana anda akan ditemani 2 orang jurupandu bertauliah dari River Rescure Sierra dan dilengkapi dengan peralatan keselamatan .
Kerana mandi-manda sudah terlalu mainstream, rasailah kelainan dengan aktiviti ini bersama rakan-rakan.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (9:00 am – 5:00 pm)
Hitz Café
Kedai makan western di Tanjung Malim
Alamat: 30, Jalan Chong Ah Peng, Taman Hijau 2, 35900 Tanjong Malim, Perak
Telefon: 05-458 1888
Hitz Café antara tempat makan popular di Tanjung Malim kerana keenakan menu makanan western mereka.
Berlokasi di pekan lama, Tanjung Malim, Hitz Café sememangnya tempat makan yang berkualiti dengan servis yang baik, tempat makan selesa dan berhawa dingin. Di samping itu, menu mereka juga banyak terdiri daripada makanan western dan pencuci mulut.
Lokasi yang sesuai jika anda nak dating dengan pasangan atau lepak santai bersama rakan-rakan.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (11:00 am – 8:00 pm)
Restoran Garden Seafood
Kedai makan menarik di Tanjung Malim
Alamat: No. 7, 8 & 9A, Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
Telefon: 05 458 3398
Restoran Garden Seafood merupakan salah satu tempat makan paling lama beroperasi di Tanjung Malim dan restoran cina halal pertama di sana.
Selain terkenal dengan seafood, restoran ini juga terkenal dengan hidangan vegetarian yang sedap. Kedai makan Tanjung Malim ini juga popular dalam kalangan pelajar kerana berdekatan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pelbagai hidangan seafood dengan harga berpatutan ada disini. Anda patut mencuba sendiri kesegaran dan keenakan hidangan mereka.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (12:00 pm – 10:00 pm)
0 comments:
Post a Comment