Pertama kali dengar amalan seperti ini mungkin tidak masuk dek akal. Plasenta atau lebih dikenali sebagai uri ini adalah satu bentuk organ yang terdapat dalam rahim wanita mengandung. Uri ini dibentuk bersama-sama dengan janin ketika di dalam perut sebagai penghubung makanan dan oksigen dari ibu kepada janinnya.
Selain dari itu, uri juga turut mengeluarkan setiap toksik dari janin kepada si ibu agar dapat dikeluarkan sepenuhnya dari bahagian tubuh.
Masih ada juga segelintir dari masyarakat kita mempercayai petua memakan uri ini juga boleh dijadikan amalan buat ibu selepas bersalin kerana kandungan uri dianggap menyihatkan.
Terdapat banyak produk kesihatan diperbuat daripada uri ataupun plasenta. Menurut Islam lagi, mereka mengharamkan amalan memakan uri ini kerana menganggap uri ini sejenis najis kerana ia adalah satu organ yang mati.
Mari kita dengar penjelasan yang lebih teliti dan bermanfaat dari Doktor Afida Sohana berkenaan amalan makan uri yang langsung tidak memberikan faedah tetapi ia akan berlaku sebaliknya yang tidak baik buat bayi.
Kebanyakkan doktor yang berpengetahuan, mereka tidak pernah menyarankan mana-mana wanita untuk mengamalkan makan uri ini hanya untuk kelihatan cantik, gebu dan juga boleh meningkatkan tenaga yang lebih baik serta dapat mengurangkan penyakit meroyan terhadap ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ini kerana perbuatan berkenaan adalah satu perbuatan yang sia-sia dan tidak memberikan sebarang kebaikan.
Amalan memakan uri ini dengan pangilan sinonimnya ‘ Placentophagy’ ini kerana ia bukanlah perkara yang baharu dalam kehidupan ataupun sejarah manusia. Terdapat dua jenis kaum yang masih mengamalkan perbuatan berkenaan.
Dengan kepercayaan uri boleh memberikan kecantikan serta boleh membuat air susu ibu menjadi banyak. Adakah anda tahu,perbuatan tersebut dapat memberi kesan buruk kepada bayi.
Amalan memakan uri ini hanyala mitos semata-mata kerana tiada sebarang kajian yang menyokong serta membenarkan amalan pelik ini.
Tiada satu pun amalan berkenaan menunjukkan bukti yang kukuh hanya dengan memakan uri itu dapat membawakan kebaikan. Malah kebanyakkannya banyak yang membuat aduan yang menunjukkan kes keburukan memakan uri.
Amalan dan kegiatan makan uri ini boleh memberikan kesan dan jangkitan yang teruk terhadap bayi. Centre of Disease Contral (CDC) turut mengeluarkan amaran keras kerana terdapat beberapa bayi telah mendapat jangkitan dari ibu yang mengamalkan makan uri.
Menurut kajian penuh dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Doktor M Izhar mengatakan perbuatan memakan uri adalah haram kerana ur ini juga termasuk dalam kategori najis.
Sebagai nasihatnya janganlah kita terlalu terpengaruh dengan amalan-amalan yang tidak masuk akal. Sebelum ingin mengamalkan atau memakan sesuatu adalah lebih baik kita merujuk pada yang pakar sebelum kita mendapat keburukan yang akan disesali kemudian hari.
Sumber: Twitter/Doktor Afida Sohana via Media2020.net , Thereporter.my
The post Amalan Makan Uri Boleh Kurangkan Penyakit Meroyan, Beranikah Anda Untuk Mencuba? appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment