loading...

Friday, 29 December 2017

‘Jangan Sampai Panggil Saya Kafir’ – Bengang Dikecam Netizen, Fathia Tegur Komen Netizen

Fathia Latiff tidak henti menjadi sebutan netizen. Jika dahulunya dia pernah dikatakan sebagai seorang artis yang bermasalah disiplin, datang ke set penggambaran dalam keadaan tidak terurus, dan juga viralnya video Bigo live, nama Fathia sering bermain di bibir netizen.

Dan beberapa minggu lepas, dia yang lantang bersuara tentang politik juga diperkatakan. Apabila bekas pelakon telah memerli beliau didalam dewan ahli umno berkumpul.  Isu tersebut menjadi hangat apabila Fathia telah berpihak kepada Dr Mahathir, Apa sahaja dilakukan mendapat perhatian netizen.

Baru-baru ini Fathia juga mengatakan dia sudah tidak dapat ‘job’. Mungkin kerana terlalu banyak dengan kontroversi menimpa dirinya membuatkan dia kurang mendapat tawaran berlakon.

Ada yang berkata bahawa tiada salahpun jika artis hendak menyuarakan pendapat.

Terbaru, semalam pelakon tersebut telah memuat naik sekeping gambar ‘throwback’ di laman Instagramnya bersama seorang model lelaki. Gambar tersebut menampakkan Fathia tanpa hijab.

Seperti yang dijangkakan, susulan muat naik foto tersebut, pelakon itu duhujani dengan komen netizen yang menyelar tindakannya. Ada yang memberi komen negatif dan sangat menganggu emosi Fathia.

Salah satu komen yang mendapat perhatian Fathia sehingga dia kecewa dengan kata-kata yang dikeluarkan individu berkenaan.

‘Jangan sampai panggil saya kafir’

Tulis Fathia: Kalau ye pun tak setuju saya post gambar throwback tak bertudung, jangan la sampai panggil saya nak jadi kafir. This is too much sister. Kafir is very sensitif.

Sebaiknya jaga dahulu perilaku diri sendiri sebelum menghukum orang lain sehingga menyebut ‘kafir’.

Sumber: Ohbulan.com

The post ‘Jangan Sampai Panggil Saya Kafir’ – Bengang Dikecam Netizen, Fathia Tegur Komen Netizen appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...