Sebut saja nama Datuk Seri Aliff Syukri, sudah pasti ramai yang mengenali beliau, dia merupakan satu ikon ushawan yang amat berjaya di Malaysia.
Jika baru-baru ini video klip ‘abang nak tegur’ duetnya bersama isteri telah tular dan mendapat 1 juta penonton di youtube, pihak produksi MeleTOP telah menjemput Datuk Aliff Syukri dan isterinya.
Keadaan di set MeleTOP sangat meriah dengan kedatangan suami isteri itu. Keadaan menjadi sangat riuh rendah apabila mereka diajukan salan demi soalan dan ternyata isteri Datuk Syukri juga seorang yang sangat nakal dan suka membuli suaminya itu sehingga membuatkan penonton tidak kering gusi.
Apa sahaja yang dibuat Aliff Syukri sering mendapat perhatian di sosial media tak kira lah sama ada perkara berkenaan melibatkan kontroversi dan juga isu panas.
Sememangnya diketahui, Aliff Syukri gemar berkongsi kemewahan dan kejayaan yang dikecapi untuk menjadi inspirasi orang ramai.
Selasa lalu, Aliff Syukri dan isterinya telah hadir ke set MeleTOP untuk mempromosikan lagu terbarunya berjudul Abang Nak Tegur.
Ketika siaran ini berlangsung, memang teruk Aliff Syukri kena bahan dengan pengacara dan juga isterinya sendiri sehingga keadaan studio menjadi hangat!.
Dalam satu topik yang dibincangkan, ada yang bertanya adakah Alif Syukri berasa riak dengan tayangkan barangan berjenama miliknya di laman media sosial. Ini kerana beliau sering menunjuk-nunjuk dan seperti riak.
Datuk Aliff Syukri terus mempertahankan diri bahawa dia sebenarnya bukan jenis suka menunjuk di media sosial namun telah diselar oleh isterinya bahawa sememangnya suami suka riak. keadaan terus menjadi riuh apabila isterinya itu menyakat beliau
“Kesimpulannya memang awak riak” – kata isteri Aliff Syukri, Datin Shahida secara spontan.
Oleh kerana kenyataan mengejut dari mulut Datin Shahida, Aliff Syukri ternyata sentap dan tidak dapat berkata apa-apa kerana telah dibuli oleh isterinya sendiri.
Alif Syukri kena bahan dengan isteri di MeleTOP
Sampai merajuk Datuk Aliff Syukri kena bahan, semua kecam dia dalam Meletop semalam termasuk isterinya sendiri. Hahaha..
Posted by Berita Memey on Thursday, December 21, 2017
Aliff Syukri telah merajuk dan mengatakan semua membahannya di dalam set tersebut.
“Semua kutuk saya tau, Lofa kutuk, kau kutuk..” – kata Aliff Syukri sambil merajuk
Memang seronok melihat gelagat pasangan suami isteri ini di rancangan MeleTOP itu.
Apabila bertanyakan tentang pengambilan isterinya untuk video kali kedua, Aliff Syukri sebenarnya telah mencuba banyak kali untuk memujuk isterinya, agar menggantikan tempat Nur Sajat.
Namun Shahida mempertimbangkan rayuan suaminya itu dan akhirnya bersetuju untuk menyanyi Duet dengan suami sendiri bagi menghasilkan lagu Abang Nak Tegur 2.0.
Menerusi rancangan hiburan popular MeleTop di Astro, Datin Shahida mengakui dia bersetuju untuk menyanyi bukan kerana suaminya tetapi Datuk Norman yang memberi perangsang.
“Saya menyanyi bukan kerana Datuk Aliff Syukri tetapi kerana Datuk Norman” – kata Shahida.
Namun begitu, Datin Shahida tidak dapat ke Spain untuk membuat muzik video keraan kini sedang hamil 3 bulan.
Tahniah diucapkan kepada Datuk Aliff Syukri dan isteri di atas berita kehamilan tersebut.
Sumber: Kisahrumahtangga.net
The post Datuk Aliff Syukri Dibuli Isteri Sendiri Di MeleTOP Sampai Merajuk appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment