Seperti yang sering dikatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sebelum bercakap sama ada di alam nyata atau media sosial kita mestilah memikirkan hati dan perasaan orang yang ditujukan. Bukan semua boleh berdiam diri apabila teruk dikecam.
Bekas pelajar cemerlang, Amalina Che Bakri yang kini seorang pakar bedah pelatih di London ada cara tersendiri menangani netizen yang hanya tahu hendak mengkritik.
Pemilik akuan yang bernama Bakri dengan tidak semena-mena memberi komen negatif kepada gambar yang telah dimuatnaik oleh Amalina. Amalina ketika itu hanya berkongsi tips penjagaan rambut. Dan pemilik akaun berkenaan telah memberi komen berbaur perlian dengan mengatakan bahawa,
‘Rugi-rugi belajar jauh-jauh, jadi macam ni’
Namun Amalina tidak berdiam diri dan membalas sindiran tersebut,
Kerana terkesan dengan sindiran Amalina tadi, pemilik akaun tersebut membalas dengan mengatakan ‘Opss tersalah komen, sorry’
Jika bab ‘stalk’ serahlah kepada netizen, hasilnya netizen sempat ‘menyiasat’ dan mendapati lelaki berkenaan ada meninggalkan komen pada seorang bintang filem porno
Jangan terlalu mudah untuk menjatuhkan hukum, sedangkan diri sendiri pun masih dalam keadaan teruk. Apabila sindirian pedas terkena pada diri sendiri, siapa yang malu? Sendiri yang malu.
Sumber: Kisahlogik.website
The post ‘Rugi Belajar Jauh-Jauh, Jadi Macam Ni’ – Berang Dihentam Netizen, Dr Amalina Bakri Balas Kritikkan Tersebut Dengan Perlian Berbisa appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment