Kebanyakkan wanita sudah pasti mempunyai khayalan ketika melakukan hubungan intim bersama lelaki ataupun suami. Kebiasaannya mereka akan berkhayal supaya boleh merangsang diri mereka dengan apa yang ada di fikiran.
Khayalan wanita adalah ketika dia berkehendaki sesuatu yang sangat didambakan dari orang yang tersayang.
Sebagai seorang lelaki ataupun suami, anda seharusnya mengambil berat tentang perkara ini. Dengan mengetahui khayalan si isteri, ia juga boleh membantu anda dengan mudah untuk tahu apa yang si isteri mahukan di atas ranjang.
Apabila anda sudah tahu apa yang isteri anda mahukan, sudah pasti ia menjadi sesuatu yang mudah untuk anda melayaninya.
Sebelum memulakan aksi di ranjang, secara kebiasaannya si isteri pasti akan menyediakan apa yang difikirannya atau dengan kata mudahnya akan berkhayal dahulu supaya tubuh badannya boleh memberikan rangsangan sebelum memulakan aktiviti s3ks bersama anda.
Wanita amat gemarkan pasangan mereka tahu memainkan peranan di ranjang. Mereka juga suka jika pasangan mereka membelai dengan penuh kasih sayang. Wanita juga amat gemarkan jika semua bahagian tubuh badan mereka disentuh serta diberikan ciuman yang lembut.
Seharusnya anda sebagai suami haruslah bujak memainkan peranan anda agar si isteri menrasai nikmat yang sangat luar biasa.
Semasa melakukan hubungan intim dengan pasangan, anda hendaklah melakukannya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Janganlah anda terlalu tergesa-gesa ataupun gelojoh. Apa yang penting, anda hendaklah sentiasa dalam keadaan yang tenang dan buang semua perkara yang merungsingkan fikiran anda. Dalam keadaan yang tenang, sudah pasti anda akan melaluinya dengan mudah dan selesa.
Untuk mendapatkan Klimaks dalam hubungan intim bersama pasangan, anda haruslah memulakannya dengan penuh perlahan-lahan agar ia dapat meningkatkan kelancaran tindakan anda.
Permulaan rangsangan adalah dari ‘Gear 1’ sehinggalah berlanjutan ke peringkat seterusnya. Sudah pasti anda tahu apa yang dimaksudkadi sini.
Dalam khayalan setiap wanita, sudah pasti mereka menginginkan anda melayani mereka sehinggalah mereka tidak berdaya lagi untuk melakukan hubungan ranjang kerana mereka sudah merasakan keletihan.
Sebelum memulakan hubungan intim, seharusnya anda dan juga pasangan seharusnya memiliki rehat yang secukupnya agar mempunyai tenaga yang berlebihan dan konsisten agar isteri anda tidak kecewa ketika melakukan hubungan intim bersama anda.
Dalam hubungan s3ks juga memerlukan kepercayaan dan keyakinan supaya pasangan anda akan lebih bersemangat melakukan hubungan intim berkenaan.
Jika mempunyai keyakinan yang berlebihan, kadar hormon di tubuh badan kita juga secara semulajadi akan bertambah dan ia juga boleh memberikan kebahagiaan kepada pasangan anda.
Nikmat dalam melakukan hubungan intim bersama pasangan juga boleh dirasai jika anda bersungguh-sungguh dalam melayani kehendak pasangan anda. Perbuatan sebegitu juga boleh memberikan impak yang di inginkan oleh pasangan anda selama ini.
Kebanyakan para suami gagal dalam memahami dan mengetahui situasi ini. Oleh itu ia boleh membuatkan pasangan anda cepat berasa bosan dan keresahan kerana keinginan mereka tidak dapat dipenuhi sepenuhnya.
Pasangan anda sudah pasti tidak akan pernah berterus terang dalam situasi berkenaan, kerana mereka takut anda akan terasa hati dengan apa yang akan mereka perkatakan. Permasalahan ini juga boleh memberikan kesan negatif dalam setiap perhubungan serta aktiviti seharian.
Jika anda tidak mahu ada apa-apa permasalahan dalam hubungan, anda seharusnya ambil tahu dengan perkara ini dan berusahalah untuk memenuhi nafkah batin pasangan anda dan sentiasa memenuhi khayalan fantasinya.
Memuaskan apa yang di ingini bagi setiap pasangan adalah amat penting. Ini kerana ia dapat mengekalkan keharmonian dalam perhubungan serta mengeratkan lagi perasaan cinta dan kasih sayang masing-masing.
Sumber: Media2020.net
The post Lelaki Harus Ambil Tahu Tentang Idaman Setiap Wanita Ketika Berhubungan Intim appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment