loading...

Sunday 31 December 2017

Red Velvet Penampilan Terakhir Neelofa, Mahu Undur Diri Dari Dunia Lakonan

Beberapa bulan ini sememangnya nama Neelofa sentiasa ‘hot’ dan menjadi perhatian ramai netizen, malah banyak cerita berkenaan dirinya dilaman-laman sosial media.

Pelakon Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor telah mencapai beberapa kejayaan luar biasa tahun ini. Pengiktirafan beliau dalam senarai Forbes Asia 30 Under 30 2017 sebelum ini secara langsung memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

Terbaru, Neelofa dikatakan telah dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Air Asia, . Dengan tanggungjawab barunya itu Neelofa bakal menaikkan lagi kedudukan Malaysia di sfera global. Demi menjaga amanah, pengasas tudung ‘Naelofar’ itu baru-baru ini memberitahu New Straits Times dia terpaksa mengurangkan untuk terima tawaran berlakon.

Oleh kerana kesibukkannya itu, dia membuat keputusan untuk berehat seketika dari bidang lakonan.

Bersara berlakon

Ia adalah satu lagi tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya, makanya adalah baik saya berhenti berlakon buat sementara waktu. Nampaknya lakonan tidak akan menjadi keutamaan bagi saya pada 2018.

Walau bagaimanapun, usahawan itu memberi jaminan bahawa dia akan terus mengacara program Meletop disamping pengacara, Nabil Ahmad.

Terus bersama Meletop

“Saya telah bersama Nabil Ahmad selama lima tahun, dan MeleTOP telah menjadi sebahagian daripada saya.

Nabil, pihak produksi dan peminat Meletop – kami berkongsi hubungan yang baik, dan saya tidak mahu mengakhirinya.”

Moga Neelofa menjadi lebih berjaya dimasa akan datang.

Sumber: Ohbulan.com

The post Red Velvet Penampilan Terakhir Neelofa, Mahu Undur Diri Dari Dunia Lakonan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...