loading...

Friday 29 December 2017

Siapa Sangka Aaron Aziz Dan Farid Kamil Kini Bergelar “Datuk”

Seakan-akan mimpi bila mendapat tahu tentang Aaron Aziz dan Farid Kamil kini bergelar Datuk. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua pelakon kita kerana diberi penghargaan tersebut.

Dua hero Malaya yang sering muncul dikaca TV, Farid Kamil dan Aaron Aziz hari ini dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

bharian

google image

Kedua-dua pelakon itu telah menerima anugerah berkenaan bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Di usuli pula, isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain.

Manakala lima lagi penerima dianugerahkan Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dengan gelaran Datuk Indera.

Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada enam penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) lapan individu, Ahli Mahkota Pahang (AMP) 20 penerima, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) enam penerima dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 13 individu.

bharian

google image

Tahniah kepada mereka yang menerima darjah kebesaran.

Sumber: Malaysiakini , Gempak, Hmetro

The post Siapa Sangka Aaron Aziz Dan Farid Kamil Kini Bergelar “Datuk” appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...