Kejadian yang sangat menyayat hati apabila seorang suami sanggup mendera isterinya sendiri sehingga mati. Seorang lelaki telah berhadapan dengan hukuman penjara selama 15 tahun kerana didapati bersalah kerana melakukan penderaan kepada isterinya sehingga mengakibatkan kematian.
Suspek Maxim Gribanov yang berumur 34 telah melakukan penderaan kepada isterinya sendiri iaitu Anastasia Ovisiannikova berumur 28 tahun. Sebelum kejadian, mangsa juga telah menyatakan ingin meninggalkan suaminya selepas bertemu dengan seorang lelaki lain dan telah bercinta.
Gribanov merasakan yang dia sangat dikhinati dan berasa mat marah dengan pengakuan jujur isteri yang dicintainya itu. Dia juga terus menumbuk dan menendang isterinya selama beberapa jam di kediaman miliknya yang terletak di kawasan bandar Lebedyan Barat Rusia.
Dia juga didapati sempat mengambil gambar keadaan teruk yang dihadapi oleh isterinya yang keseluruhannya dipenuhi dengan kesan lebam yang teruk dan menunjukkan kepada rakannya.
Akibat dari kecederaan yang teruk itu, Ovisiannikova juga turut mengalami kecederaan dalaman yang sangat teruk dan telah menyebabkan dia berada dalam keadaan koma dan terus meninggal dunia pada enam hari kemudian.
Yulia Kuznetzova selaku jurucakap po[is berkata, Suspek juga telah mengaku kesalahannya di atas dakwaan telah memukul dan menderan isterinya sehingga menyebabkan kematian. Suspek Gribanov kini telah berhadapan dengan hukuman penjara selama 15 tahun kerana menyebabkan kematian isterinya serta niat.
Kejadian sebegini sering berlaku pada mana-mana hubungan. Mungkin akibat tidak dapat menahan kemarahan dan kekecewaan kerana orang yang disayang telah menemui orang lain dan sanggup meminta cerai kerana orang lain. Tiada siapa di dunia ini dapat terima perbuatan khianat apatah lagiapabila ia melibatkan orang yang disayangi. Semua itu mungkin berlaku di luar jangkaan.
Sumber: Blusamurai.blogspot.my
The post Suami Bunuh Isteri Kerana Curang appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment