Seorang pemandu wanita yang berusia 19 tahun telah merempuh sebuah kedai serbaneka yang berada di sebuah stesen minyak di Jalan Pesona Taman Pelangi Indah, Johor Bahru. Kereta yang dipandu oleh wanita berkenaan hilang dari kawalan.
Kejadian itu telah berlaku seminggu yang lalu pukul 1.30 pada waktu pagi. Rempuhan itu terjadi dipercayai daripada kesilapannya sendiri yang secara tidak sengaja tertekan pedal minyak seusai sahaja dia habis mengisi minyak di stesen berkenaan.
Asisten Komisioner Shahurinain Jais selaku Ketua Polis Daerah Johor Bahru berkata, pemandu wanita yang memandu kereta jenis proton saga itu secara tidak disedari tertekan pedal minyak dan selepas itu keretanya terus masuk dan merempuh kedai serbaneka di hadapannya.
“Pemandu wanita itu dari Taman Pelangi Indah dan pergi ke stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak.”
“Apabila selesai mengisi minyak, pemandu kereta yang juga seorang kerani dipercayai tertekan pedal minyak lalu terbabas dan meluncur masuk ke dalam kedai serbaneka.”
“Dia mengalami luka kecil di bahagian muka,tangan dan juga kaki akibat dari rempuhan berkenaan katanya lagi.”
Tambah beliau lagi, Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sudah banyak kejadian seperti ini, oleh kerana tergesa-gesa ingin pergi di tempat yang ditujui atau sebagainya sampai ada yang tersalah tekan mana brek dan mana pedal minyak. Selalulah berhati-hati. Jangan disebabkan kecuaian nyawa orang lain menjadi mangsanya.
Sumber: Kisah Dunia
The post Wanita Merempuh Sebuah Kedai Apabila Pedal Minyak Disangkakan Brek appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment