loading...

Thursday, 28 December 2017

‘Itu Suara Saya, Bukan Suara Mesin Atau Edry’ – Datuk Aliff Syukri

Nampaknya sehingga kini masih ada netizen yang mempersoalkan suara Datuk Aliff Syukri yang dikatakan terlalu kedengaran seperti diedit dan bukan suaranya. Tetapi Datuk Aliff Syukri bantah sekeras-kerasnya apabila dia mengatakan bahawa suara itu miliknya.

Dalam rancangan MeleTOP juga Aliff Syukri ada mengakui bahawa suaranya tidak sedap seperti artis lain, tetapi dia bersungguh-sungguh untuk belajar dan menjadi penyanyi yang lebih baik kelak.

Usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi itu, Datuk Seri Aliff Syukri nafi menggunakan suara orang lain untuk menyanyikan single terbaharunya, “Abang Nak Tegur”.

Ada segelintir netizen mengatakan lagu tersebut tidak menggunakan suara sebenar Aliff dan menggunakan ‘suara mesin’ serta suara komposernya, Edry Abdul Halim.

“Lagu ini menggunakan 100 peratus suara saya. Buka suara mesin, bukan juga suara Edry.

“Saya banyak kali berlatih sebelum memulakan rakaman. Edry banyak membimbing dalam membentuk vokal saya.

“Saya sedar suara saya tidak sedap, tetapi Edry banyak membantu. Saya masih ingat lagi di sesi latihan sebelum rakaman, satu rangkap lagu saya nyanyikan sebanyak 30 kali untuk membiasakan vokal saya,” kata Aliff.

Sudah mendapat tawaran untuk melakukan persembahan, Aliff bakal memenuhi undangan tersebut jika kena dengan jadualnya.

“Saya bernaung di bawah KRU dan setakat ini, saya sudah mendapat tawaran persembahan.

“Semuanya bergantung kepada jadual saya, jika berkesempatan, Insya-Allah saya akan penuhinya.

“Saya harus membahagikan masa dengan baik antara bidang perniagaan, kerjaya nyanyian serta keluarga,” katanya lagi.

Sumber: Astroawani.com

The post ‘Itu Suara Saya, Bukan Suara Mesin Atau Edry’ – Datuk Aliff Syukri appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...