Kes buang bayi ini bukanlah suatu perkara yang baru. Malah kebelakangan ini banyak sudah kita dengar tentang kes buang bayi,bunuh bayi, tanam bayi dan sebagainya. Gejala s3ks bebas kini semakin berleluasa dan yang menjadi mangsanya bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang sana-sini tanpa ada perasaan belas kasihan.
Kejadian yang baru berlaku ini adalah satu kes pembuangan bayi di dalam semak yang dipercayai pelakunya adalah seorang ibu. Alasan membuang bayi hanya kerana mempunyai masalah keluarga. Kejadian ini berlaku di Johor Bahru.
Pihak Polis juga telah menah seorang wanita yang dipercayai merupakan ibu kandung kepada bayi malang berkenaan. Bayi malang itu juga telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa lagi semasa ditemui dalam semak di tepi pagar sebuah klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.
Wanita yang membuang bayi itu telah ditahan pada pukul 11.30 malam semalam semasa sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Asisten Komisioner Bahrom Abu selaku Ketua Polis Daerah Kota Bharu berkata, pelaku juga akan disoal siasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan Kerana telah menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian bayi.
“Siasatan awal mendapati dia sudah berkahwin selama enam tahun dan mempunyai dua anak perempuan berusia lima tahun dan setahun empat bulan.”
“Suspek mendakwa turut menghadapi masalah dengan suami sejak tiga bulan lalu,” katanya.
Suspek juga diketahui telah melahirkan bayi malang berkenaan sekitar 2 petang pada hari selasa di dalam tandas sebuah kedai dimana tempat abangnya bekerja di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dan turut meninggalkan bayinya di tepi pagar sebuah klinik yang berdekatan.
Ujarnya lagi, suspek juga turut memberitahu kepada abangnya setelah mengalami pendarahan yang teruk dan terus dibawa ke Unit Kecemasan Klinik Kesihatan berkenaan sebelum dibawa ke HRPZ II.
Perkara sebegini adalah amat membimbangkan. Apatah lagi sampai sanggup membunuh hasil dari darah daging sendiri. Walau apa pun permasalahan rumahtangga yang dihadapi, dengan membuang serta membunuh bayi tidak berdosa itu bukanlah satu penyelesaian yang bijak.
Diharap kes-kes seperti ini dapat dibendung dan si pelaku seharusnya mendapatkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannnya.
Sumber: Eberita
The post Bayi Maut Dibuang Ibu Ke Dalam Semak appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment