Kebelakangan ini telah berlaku satu kejadian apabila seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Izwan Ahmad telah memuat naik beberapa keping gambar di laman Facebook miliknya apabila terdapat dua ekor anjing telah dicampak dengan kejam dari tingkat 3 pangsapuri Meranti di taman Cheras hartamas.
Menurut Izwan lagi, kejadian kejam itu berlaku pada tarikh 28 Disember 2017 sekitar pukul 10 malam. Penduduk yang mendiami apartmen itu terkejut setelah mendengar salakan dua ekor anjing yang begitu kuat sebelum membuat keputusan untuk melihat apa yang telah berlaku.
Terdapat beberapa jiran yang membuat andaian tentang perbuatan tersebut apabila ada yang mendakwa melihat seorang penduduk yang berbangsa India yang tinggal di tingkat C-3-22 yang melempar dua ekor anjing berkenaan.
“Malang sungguh nasib anak anjing ini, seekor cedera dan seekor lagi mati,” tulisnya
Ujar Izwan lagi, seekor anjing yang masih bernyawa itu didapati telah patah kaki dan masih dalam keadaan kesakitan sehingga keluar najis akibat dari hentakan dari kesan jatuhan tersebut.
Izwan juga meminta agar netizen yang melihat permasalahan ini boleh menyebarkannya sehingga si pelaku boleh dikenakan tindakan. Izwan juga tidak tahu kepada siapa dia harus ajukan permasalah ini. Penganiayaan binatang ini adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima akal.
Walaupun anjing adalah haiwan yang dilarang untuk orang yang beragama islam menyentuhnya, tetapi dalam kes sebegini memang tidak boleh diterima. Sejauh mana sekalipun kita membenci anjing, jangalah sampai memperlakukan mereka dengan cara yang kejam.
Perbuatan menganiaya binatang ini adalah satu perbuatan yang kejam. Apalah salah binatang sehingga diperlakukan sedemikian rupa.Walau kita tidak menyukai binatang, janganlah sampai mencederakan atau membunuh mereka.
Sumber: Facebook/IzwanAhmad via SiakapKeli
The post Tiada Belas Kasihan Terhadap Binatang, Sanggup Baling Dari Tingkat 3 Apartment appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment