loading...

Thursday 28 December 2017

Suami Sanggup Pukul Isteri Kerana Tidak Puas Hati

Kejadian ini berlaku di Kuala Terengganu apabila seorang guru dipercayai dipukul oleh suaminya kerana guru berkenaan telah nekad tidak mahu berbaik semula dengan suaminya walaupun sudah dipujuk dengan pelbagai cara sehingga membangkitkan kemarahan suaminya semalam.

Guru yang merupakan seorang mangsa kejadian telah berada di kawasan sekolah di tempatnya mengajar sekitar jam 11 pagi. Kehadiran suaminya di sekolah berkenaan amat mengejutkan dirinya dengan alasan untuk mengadakan perbincangan tentang masalah yang melanda.

Menurut sumber, pada permulaan pasangan berkenaan memulakan perbincangan mengenai proses penceraian mereka dengan baik sekali. Setelah beberapa minit selepas itu, dikatakan suaminya naik marah setelah mendapat tahu isterinya langsung tidak makan pujukkan yang dilontar.

“Suspek yang terkenal dengan sikap panas baran sebelum ini mula bertindak agresif selepas bengang mangsa enggan memberi kerjasama sebelum bertindak menarik tudung dan memukul belakang kepala serta badan mangsa.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut memusingkan pergelangan tangan mangsa malah wanita terbabit memaklumkan suspek selalu bertindak sedemikian sebelum ini sekiranya mereka bertengkar,” katanya.

Menurut sumber lagi, mangsa juga telah menjelaskan semua perkara tentang pengurusan kes penceraian mereka dan semua urusan itu seharusnya mengikut saluran yang telah ditetapkan oleh undang-undang namun suami mangsa langsung tidak memperdulikan semua yang telah dijelaskan malah dia lebih suka membuat undang-undang sendiri.

“Dalam masa sama, suspek dikatakan memegang kad pengenalan milik mangsa dan enggan memulangkan menyebabkan mangsa bimbang disalahgunakan oleh suspek sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan susulan,” katanya.

Superitendan Suffian Sulaiman selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu berkata, ketika pihak mereka dihubungi dan mereka serta merta telah mengesahkan kejadian berkenaan dengan segera.

Kes berkenaan juga turut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana melakukan kecederaan dengan niat dan sengaja dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Kejadian seperti ini hendaklah dibendung supaya tiada lagi wanita-wanita di luar sana menjadi mangsa keganasan lelaki yang sewenang-wenangnya datang tangan terhadap wanita.

Sumber: Sinarharian.com.my

The post Suami Sanggup Pukul Isteri Kerana Tidak Puas Hati appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...