Ibu yang hamil sering rasa cepat letih dan juga lesu, apatah lagi jika ibu yang berkerjaya. Ibu hamil tidak boleh terlalu stress di tempat kerja. Ramai ibu-ibu yang terasa sayang untuk berhenti kerja, bagi mereka sebelum beranak la perlu bekerja dan menyimpan duit demi masa depan.
Namun risiko untuk stress melampau sangat besar, ia mampu menganggu emosi ibu mengandung. Malah ibu yang sarat mengandung tidak mampu menanggung beban yang berat ketika hamil. Namun ada berita gembira buat ibu-ibu yang sedang hamil.
Berkuat kuasa tahun hadapan, penjawat awam tetap ataupun kontrak yang mengndung lima bulan dan ke atas dibenarkan pulang satu jam lebih awal dari masa bekerja biasa.
Kemudahan terbabit diberikan kepada semua penjawat awam termasuk yang berkhidmat bagi perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
Manfaat sama turut dinikmati suami penjawat awam berkenaan yang bekerja di lokasi berdekatan pulang bersama bagi membantu isteri dalam perjalanan pulang ke rumah.
Pelaksanaan kebenaran pulang awal satu jam bertujuan menjaga kebajikan dan keselamatan penjawat awam wanita yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017 `Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung’ .
Pekeliling itu turut menjelaskan bahawa ‘lokasi berdekatan’ merujuk kepada tempat suami dan isteri bekerja dalam satu bangunan, kompleks atau kawasan yang membolehkan suami dan insteri menaiki kenderaan sama sepenuh atau sebahagiannya untuk pulang dari tempat bekerja.
Bagaimanapun, mereka yang menggunakan kelebihan ini tidak boleh menuntut bayaran lebih masa bagi tujuan menyelesaikan tugasan hakiki yang tertunggak kerana pulang lebih awal.
“Contohnya, kakitangan pulang awal satu jam setiap hari menyebabkan kerjanya tertunggak dan datang pada Sabtu (Hari Rehat Mingguan) atau Ahad (Hari Kelepasan Mingguan) untuk menyelesaikan kerja tertunggak mereka tidak dibenarkan membuat tuntutan bayaran lebih masa.” tulis BH Online.
Sumber: Siakapkeli.my , BH Online
The post Bermula 1 Januari 2018, Ibu Hamil 5 Bulan Dan Keatas Boleh Balik Sejam Lebih Awal appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment