Mungkin bagi segelintir netizen yang menganggap pekerjaan seorang doktor ini tampak mudah seperti, ‘check sana, check sini, jalan sana jalan sini’. Tapi adakah kita tahu apakah yang dihadapi oleh mereka di sebaliknya? Apa yang sedang mereka lalui di belakang kita.
Tugas sebagai seorang doktor atau pekerja perubatan bukan;lah satu tugas yang mudah. Bagi seorang yang bergelar doktor, mereka terpaksa berkorban segalanya hanya untuk menjalankan tugasan dan menghabiskan masa dan tenaga mereka di hospital sahaja. Masa bersama keluarga amat terhad.
Jika hendak terangkan satu persatu tentang tugasan doktortidak akan pernah habis. Masih ramai lagi netizen di luar sana pekerjaan seorang doktor ini bukanlah susah sangat dan sangat mudah di pandangan mereka. Sebagai nasihatnya, janganlah kita hanya menilai dengan apa yang hanya kita lihat di mata sahaja.
Ada seorang wanita yang turut berkongsi sekeping gambar do laman twitter miliknya. Dalam gambar itu telah menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian seragam doktor sedang duduk di sebuah kerusi sambil menjamah makanan yang dibawa.
Apa yang dikatakan oleh wanita itu, doktor lelaki itu sedang menjamah makanannya dalam keadaan tergopoh gapah. Jika dilihat dengan mata kasar, seperti dia sedang mengejar masa dan terus menyuap makanan ke mulut dengan laju. Biar perut terisi dengan makanan pun sudah cukup.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Ayuni Johari ituhanya berfikir yang doktor lelaki itu hanya singgah untuk membeli air di Vending Machine berkenaan. Tetapi tanggapannya itu meleset sama sekali apabila melihat doktor itu mengeluarkan sebungkus plastik yang isinya satu bekas makanan. Doktor itu mula menyuapkan makanan di tangannya ke mulut dan makan dengan keadaan yang tergesa-gesa.
Setekah Ayuni Johari memuat naik gambar tersebut di laman twitternya, kebanyakkan ramai netizen yang terkesan dan terharu apabila melihat gambar tersebut. Masing-masing juga telah melontarkan pendapat mereka di ruangan komen twitter. Hasil dari perkongsian ini, telah mendapat sebanyak lebih daripada 5,000 retweet dan kini telah menjadi tular di laman sosial.
Apa yang cuba untuk dijelaskan adalah, tugas sebagai seorang doktor ini tidak semudah yang kita sangkakan. Mereka perlu bersedia dari segi fizikal dan juga mental. Tugas sebagai doktor amat memerlukan ketabahan,kecekalan dan juga pengorbanan yanga amat besar jika ingin menjadi seorang doktor yang berjaya.
Cuba anda bayangkan, jika kita di tempat doktor kita terpaksa menerima dan melupakan masa yang sepatutnya kita luangkan bersama ahli keluarga ataupun bersama isteri ataupun suami serta anak-anak. Sebagai manusia biasa mereka juga memiliki perasaan sebegitu. Mereka hanya mampu menyimpan dan memendam perasaan itu demi tanggungjawab sebagai seorang doktor demi menyelamatkan nyawa dan kesihatan orang lain.
Memang tidak dinafikan gaji bagi seorang yang bergelar doktor memang besar dan sangat lumayan. Apalah gunanya wang ringgit yang banyak itu berbanding dapat meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang? Mereka tidak dapat merasai semua itu kerana terikat dengan tugas yang patut mereka jalankan dengan berhati-hati.
Kita sebagai rakyat yang bertamadun jangan lah sesekali memandang rendah terhadap apa juga pekerjaan yang orang lain kerjakan. Setiap pekerjaan mempunyai kisah dan pengorbanan yang tersendiri.
Tuhan sentiasa berlaku adil terhadap hamba-Nya. Berdoalah kepadaNya supaya kita dikurniakan pekerjaan yang mulia disisi Tuhan. Melalui pekerjaan kita sekarang, kita dapat membalas jasa ibu dan ayah kita, seterusnya dapat membina sebuah institusi keluarga yang bahagia dan beriman terhadapNya.
Janganlah kita sama sekali memandang rendah terhadap mana-mana pekerjaan di dunia ini. Setiap pekerjaan yang dilakukan semuanya mempunyai cerita dan kesusahan yang tersendiri.
Tugasan sebagai seorang doktor terpaksa mengetepikan kehidupannya kerana ingin menyelamatkan nyawa orang yang memerlukan. Kadang-kadang seorang doktor tertidur keletihan selepas melakukan pembedahan selama berpuluh-puluh jam sehingga masa tidurnya tidak terjaga. Seharusnya kita hargai pengorbanan mereka.
Sumber: Ayuni Johari
The post Jangan Pandang Remeh Dengan Tugas Seorang Yang Bergelar Doktor appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment