loading...

Thursday, 28 December 2017

Isteri Maut Di Tangan ‘Gigolo’

Mungkin kejadian yang berlaku ini boleh membuat semua pembaca mengelengkan kepala berkali-kali. Seorang wanita dari negara jiran Indonesia dipercayai telah mati dibunuh.

Alfius Agustinus merupakan suami kepada mangsa yang dikenali sebagai Deli Cinta 32 tahun dikatakan seorang wanita yang mempunyai paras rupa yang cantik tetapi malangnya telah ditemui mati dalam keadaan yang tragis apabila kaki dan tangannya diikat dalam keadaan separuh bogel.

Kejadian itu berlaku di dalam rumahnya Tanjung Uncang, Batu Aji Batam. Suami mangsa juga turut memberikan keterangan lanjut bahawa dia tiada di samping isterinya ketika kejadian.

Alfius yang bekerja sebagai PT. Winterman Offshore Marine Group meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila mendengar berita tentang kematian isterinya apabila menjadi mangsa pembunuhan yang kejam.

Alfius juga menyatakan bahawa isterinya seorang yang sangat setia dan juga ibu yang baik dan dia pada mulanya langsung tidak mempercayai cerita yang sebenar.

Tambahnya lagi, dia langsung tidak mempunyai syak wasangka terhadap isterinya kerana tiada tanda-tanda perubahan pada sikapnya dan beliau juga tidak percaya yang isterinya sanggup curang dibelakangnya dan menjalinkan hubungan sulit dengan seorang ‘Gigolo’.

Gambar suspek yang membunuh Deli dengan kejam dengan nama sebenar Dedi Purbianto.

Alfius juga telah menyerahkan sepenuhnya kejadian ini kepada pihak polis dan diharap dijatuhi hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

Pihak polis juga turut memberi peluang kepada Alfius untuk melihat wajah si pembunuh isterinya, namun Alfius menolaknya kerana dia bimbang hanya akan menimbulkan masalah dek kerana emosi yang tidak menentu.

Anak hasil dari pernikahan Deli dan Alfius diberi nama Aldi Ananda. Kanak-kanak yang masih kecil langsung tidak faham dengan situasi yang telah berlaku. Ceria kelihatan gembira dengan berlari ke sana-sini sambil minum susu.

Semasa kejadian berlaku, kanak-kanak berkenaan dijumpai dalam keadaan muka yang pucat serta keletihan kerana didapati seharian dia telah terperangkap bersama mayat ibunya.

Menurut kenyataan abang sulung mangsa, anak saudaranya itu pada setiap kali masa untuk makan dia akan memanggil nama ibunya tanpa henti.

Setiap malam juga anak saudaranya akan merengek sambil menyebut nama ibunya.

Jadiakan semua yang telah belaku ini sebagai iktibar dan juga pengajaran buat wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana. Jangan hanya disebabkan s3ks anda sanggup membelakangi suami anda dan pengakhirannya kita tidak akan tahu. Mati tanpa mohon kemaafan dari suami semasa hidupnya penuh dengan zina adalah satu keamtian yang amat sia-sia.

Sumber: Eberita.org

The post Isteri Maut Di Tangan ‘Gigolo’ appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...