loading...

Friday, 29 December 2017

Wajah Bayi Comel Ini Tular, Yang Menjadi Persoalan Netizen, Siapa Lelaki Kacak Yang Mendukung Bayi Tersebut?

Memiliki anak yang comel adalah idaman setiap pasangan, apatah lagi apabila anak memiliki rupa paras yang sangat cantik dan kacak, hidung mancung, dan kulit putih bersih.

Seperti bayi yang telah viral di laman sosial baru-baru ini, bayi yang dikatakan sudah memiliki rupa paras yang kacak walaupun masih bayi. Gambar bayi kelahiran Indonesia itu tersebar luas di Internet termasuk di Malaysia. Ramai yang memuji wajah bayi itu yang sudah matang seperti orang dewasa.

Disebalik tularnya kecomelan wajah bayi tersebut, apa yang menarik perhatian netizen adalah lelaki yang mendukung bayi comel tersebut. Seorang lelaki yang sangat kacak dan nampak seperti seiras dengan wajah bayi itu.

Ada yang menyangkakan bahawa lelaki itu ayah bayi tersebut. Kacak sangat ke?

Ramai yang menyangka bahawa lelaki kacak ini merupakan ayah kepada bayi ini. Namun sebenarnya di ruangan komen, ada mengatakan lelaki ini merupakan doktor yang cukup femes di Indonesia. Kebetulan dia yang bekerja di hospital dimana bayi itu dilahirkan.

Ada juga sebahagian netizen yang mengatakan doktor ini yang menyambut bayi tersebut. Namun masih belum ada sebarang pengesahan dari mana-mana pihak.

Sejuk mata memandang

Bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia turut tersebar wajah kacak bayi ini. Di Instagram doktor Anton Tanjung, ruangan komen dibanjiri dengan orang Malaysia. Ramai yang kagum dengan keindahan ciptaan Allah ini. Mesti mak bapak kacak cantik ini kan?

Sumber: Ohbulan.com

The post Wajah Bayi Comel Ini Tular, Yang Menjadi Persoalan Netizen, Siapa Lelaki Kacak Yang Mendukung Bayi Tersebut? appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...