Kebanyakkan perkahwinan diuji dengan kecurangan. Tanpa ada sebab yang kukuh pasangan berlaku curang dan menyimpan wanita atau lelaki lain.
Pastinya terluka apabila diri dikhianati oleh insan yang paling disayangi. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan sebaik sahaja anda mengetahui kecurangan pasangan.
Terima dan kawal emosi
Walau susuah untuk menerima kenyataan bahawa pasangan anda telah mengkhianati cinta anda. Anda berhak untuk marah, lakukan apa saja tetapi jangan sampai berlaku curang. Tidak dinafikan ada wanita yang mengambil masa yang lama untuk memaafkan pasangan. Tapi apa pun yang anda bakal lakukan, fikirkan baik dan buruk terlebih dahulu sebelum melakukannya.
Mencari sokongan
Bijak lah memilih rakan yang mampu menjadi pendengar yang baik dan mampu memberi sokongan kepada anda. Bukan lah yang akan memperdebatkan kembali apa yang anda akan katakan.
Berhenti menyalahkan diri sendiri
Sering saja apabila suami berlaku curang, isteri akan menyalahkam diri sendiri dengan merasakan diri tidak pandai menjaga suami dan sebagainya. Berhenti menyalahkan diri sendiri kerana yang berlaku curang bukan anda tapi dia!
Pertimbangkan pilihan
Kerana sakit hati dan kecewa, kebanyakkan wanita memilih untuk berpisah kerana tidak mampu lagi hidup bersama pasangan. Tetapi sebaiknya jangan membuat sebarang keputusan dengan emosi yang marah. Berikan masa untuk emosi dan jiwa anda tenteram terlebih dahulu.
Berpisah sekejap
Mungkin dengan cara ini anda dapat tenteramkan jiwa anda dan dapat membuat keputusan secara baik dengan suami. Jikan mempunyai anak, fikirkan masa depan mereka. Jangan biarkan mereka membesar tanpa kasih sayang anda berdua. Andai suami sudah menyesali apa yang dilakukan, maafkan dia demi anak. Nilai diri masing-masing dan bina hidup yang lebih bahagia.
Sumber: Karangkraf.com
The post Pasangan Anda Berlaku Curang? Ini Cara Bijak Hadapi Kecurangan Pasangan appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment