loading...

Thursday 28 December 2017

Gambar Terbaru Harshaali Malhotra Pelakon Cilik Bajrangi Bhaijaan

Jika anda peminat filem Bollywood, Bajrangi Bhaijaan, sudah pasti anda mengetahui watak anak kecil yang juga watak utama dalam filem berkenaan.

Bajrangi Bhaijaan mengisahkan tentang seorang lelaki naif India yang cuba menemukan seorang budak perempuan Pakistan super-cute tapi bisu dengan keluarganya semula.

Filem ini dimulakan dengan memaparkan keluarga budak perempuan tersebut, Shahida (Harshaali Malhotra) yang digambarkan sebagai penduduk kampung di satu kawasan pergunungan Pakistan.

Shahida tidak mengeluarkan bunyi dan bercakap sejak dilahirkan. Keluarganya mengambil keputusan untuk membawa Shahida ke sebuah tempat suci di India untuk berdoa supaya dia dapat bercakap selepas satu kejadian yang hampir meragut nyawa Shahida.

Kisahnya bermula apabila Bajrangi mahu menghantar anak kecil tersebut kembali ke pangkuan keluarganya, pelbagai halangan yang perlu ditempuhi dan akhirnya shahida menemui keluarganya.

Pelakon cilik itu nama sebenarnya ialah Harshaali Malhotra, mula dikenali dalam bidang lakonan apabila terpilih untuk membawa watak seorang kanak-kanak perempuan yang tidak pandai bercakap iaitu Shahida atau Munni di dalam filem Bollywood, Bajrangi Bhaijaan.

Lakonannya yang bersahaja disamping bintang hebat Bollywood Salman Khan dan Kareena Kapoor memberi kesan yang sangat mendalam sehingga mampu membuat penonton berasa sedih dan juga tersenyum.

Harshaali dilahirkan pada 3 Jun 2008 di Mumbai, India dan selain menjadi pelakon, dia juga merupakan model kanak-kanak. Antara drama lakonannya ada Qubool Hai dan Laut Aao Trisha.

Berikut merupakan fakta menarik mengenai si cantik ini:

1.Merupakan seorang yang pintar.
2.Terpilih antara 5000 peserta ujibakat untuk filem Bajrangi Bhaijaan.
3.Gemar bermain dengan anak patung.
4.Sangat manja dengan Kareena Kapoor.
5.Bercita-cita menjadi seorang ‘superstar’.

Kini setelah dua tahun berlalu semenjak filem Bajrangi Bhaijaan ditayangkan, Harshaali semakin aktif dalam bidang lakonan dan kini sudah pun menginjak ke usia 9 tahun.

Jom kita lihat gambarnya yang terkini.

Sumber: Himpunan-media.com

The post Gambar Terbaru Harshaali Malhotra Pelakon Cilik Bajrangi Bhaijaan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...