loading...

Friday, 29 December 2017

“Patut Ke Aku Give Up Dengan Life?” – Peminat Pula Nekad Bunuh Diri Lepas Berita Kematian Jonghyun

Baru-baru ini berita gembar berkenaan penyanyi K-Pop terkenal, Jonghyun daripada kumpulan SHINee dilaporkan membunuh diri di sebuah officetel pada 18 Disember lalu. Dikatakan Jonghyun membunuh dirinya kerana terlalu murung dan tertekan.

Rata-rata oeminat sangat terkesan dengan pemergianya, ada yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan tindakkan penyanyi tersebut. Ada yang menangis berjam-jam kerana terkejut dengan berita kematian penyanyi tersebut. Nampaknya kematian Jonghyun memberi kesan yang sangat mendalam kepada peminat-peminatnya.

Ada dikalangan peminatnya tidak mahu menerima kenyataan dan berharap berita tersebut tidak benar dan palsu. Dengan keluarnya kenyataan rasmi tentang insiden berkenaan daripada syarikat rakaman Jonghyun, seorang peminat setia dari Indonesia tidak dapat menahan kesedihan sehingga terfikir untuk turut membunuh diri!

Menurut Coconuts, gadis dikenali sebagai Devi tersebut yang baru sahaja kehilangan kedua ibu bapa merasa begitu sedih dan bertambah murung setelah menerima berita pemergian penyanyi kesayangannya.

“Patut ke aku give up dengan life sekarang sebab both ibu bapa aku dan Jonghyun dah tak ada? Ni buat aku stress la,” kata Devi dalam status yang dimuat naik di Twitter miliknya.

Setelah status yang dimuat naiknya dilihat oleh peminat-peminat SHINee yang lain, mereka tampil memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada Devi agar tidak meneruskan niatnya untuk membunuh diri.

Selepas insiden itu, Devi memuat naik satu status susulan memaklumkan semua bahawa percubaan membunuh dirinya gagal dan dia kini sedang menerima rawatan di hospital. Devi mengakui bahawa dia menyesal dengan tindakannya setelah menerima kata-kata sokongan daripada rakan-rakan peminat yang lain.

“Hello semua, saya Devi. First, saya nak ucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana beri saya kekuatan sehingga saat ini. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada kamu semua yang menyayangi saya dan sangat prihatin. Ia sangat bermakna buat saya.”

“Tidak perlu bimbang lagi, keadaan saya sekarang semakin pulih dan akan sihat sepenuhnya tidak lama lagi. Saya kena berehat, saya nak cepat sembuh.”

Masalah kemurungan bukanlah satu perkara kecil, jika tersalah langkah, anda mungkin akan menjadi penyebab kenapa mereka bertindak untuk membunuh diri. Jika ada dikalangan rakan anda yang mengalami masalah kemurungan, anda seharusnya memberi perhatian yang lebih dan jangan sesekali membuatkan mereka bertambah stress.

Nasihat berguna mampu menyelamatkan nyawa mereka yang mengalami kemurungan.

Sumber: Kisahrumahtangga.net

The post “Patut Ke Aku Give Up Dengan Life?” – Peminat Pula Nekad Bunuh Diri Lepas Berita Kematian Jonghyun appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...