loading...

Friday, 29 December 2017

6 Gaya Hidup Wanita Korea Untuk Kekalkan Badan Sentiasa Kelihatan Langsing Dan Seksi

Kebanyakkan penduduk di Korea semuanya kelihatan langsing dan kurus bergaya, walaupun rata-rata umur mereka bukanlah lagi dalam lingkungan muda remaja. Artis-artis Korea kebanyakkannya ada yang sudah bergelar ibu tapi masih kekal langsing dan cantik.

Jika kita lihat sekali imbas, sudah pasti amat sukar untuk kita meneka berapa sebenarnya umur mereka. Mereka kelihatan langsung tiada bezanya dengan artis yang masih remaja kerana muka dan tubuh badan mereka semua nampak sama dan sebaya.

Berikut perkongsikan gaya hidup dan cara mudah untuk anda kekal langsing seperti artis Korea walaupun umur semakin meningkat. Siapa yang tak nak cantik kan?

Sentiasa turun naik tangga

Perbezaan penduduk korea dan Malaysia adalah, penduduk Korea mereka lebih gemar mengunakan kenderaan awam seperti naik kereta api untuk pergi kemana sahaja mereka ingin tujui. Bukan hanya selesa malah mengunakan  tangga subway untuk kekal langsing dan dengan menaiki kereta api mereka rasakan ia boleh memanaskan tubuh badan dan turut dapat membakar lemak.

Suka bersiar-siar

Ramai penduduk Korea mengemari aktiviti riadah. Mereka lebih gemar meluangkan masa ke kawasan sungai Han kerana mereka menyukai permandangan yang indah di sekeliling sambil menikmati pemandangan yang indah di situ. Mereka juga amat gemarkan aktiviti berjalan kerana di samping itu mereka boleh mengurangkan berat badan dan membakar lemak pada masa yang sama.

Makan makanan berlaukkan Kobis jeruk ataupun Kimchi

Sudah menjadi rutin penduduk korea jika sudah masa untuk makan, sudah pasti menu kimchi tidak boleh ketinggalan. Mereka lebih gemarkan menikmati nasi berlaukkan kimchi sahaja. Karbohidrat pada nasi di negara Korea juga rendah dan mengamalkan makan kimchi boleh menghindari dari penyakit kanser. Memang tak dapat dinafikan lagi sebab itulah wanita-wanita di korea semuanya langsing-langsing.

Mengamalkan minum air kosong

Mereka lebih gemar minum air kosong dari air yang mempunyai perasa yang lain. Wakaupun minuman Soju dan Kpl menjadi pilihan utama mereka. Air kosong juga tidak akan di ambil sebarang caj di mana-mana cafe di Korea.

Suka mendaki gunung atau bukit

Jika mereka mempunyai masa yang lebih, mereka lebih suka melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung atau bukit bersama rakan-rakan ataupun ahli keluarga. Aktiviti ini juga boleh menguatkan lagi otot-otot di bahagian kaki.

Kerap pergi ke pusat kecantikan/Sauna

Wanita-wanita di korea amat mengemari pergi ke pusat kecantikan dan memanja-manjakan kulit. Sebab itulah kulit badan dan muka mereka kelihatan putih,mulus dan bersih. Mereka juga mengamalkan untuk mandi wab,mandi susu dan bersauna. Amalan ini juga boleh menbantu menguruskan badan di samping turut dapat melupakan kesibukan bekerja.

Jika ingin kelihatan cantik dan langsing walaupun usia sudah semakin meningkat, itu bukanlah penghalang untuk kekal cantik dan muda. Anda boleh ikuti tips-tips di atas jika ingin kelihatan seperti wanita korea. Selamat mencuba.

Sumber: Kakishare.tv

The post 6 Gaya Hidup Wanita Korea Untuk Kekalkan Badan Sentiasa Kelihatan Langsing Dan Seksi appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...