Jika dilihat pada tingkah lakunya, sudah pasti ramai yang menyangkakan bahawa Iqram Dinzly kini sudah banyak berubah, dengan badan yang semakin kurus, perwatakkannya yang agak aneh, dan sering mengeluarkan kata-kata lucah.
Ada yang berpendapat bahawa dia mengalami kemurungan yang sangat kronik dan kerana itu dia mula berkata yang bukan-bukan dan sering berubah ‘mood’.
Iqram Dinzly sering viral dipertontonkan di Instagram Live semenjak dua menjak ini. Sungguh menyedihkan melihat seorang insan yang pernah mewarnai drama dan filem negara suatu ketika dulu untuk berkelakuan sepertinya.
Ada yang mengatakan dia kelihatan semakin teruk setelah kematian bapanya. Dan akibat terkesan dengan pemergian ayahnya, dia mula berubah dan berpewatakkan aneh. Sering menari, menunjukkan isyarat lucah.
Lebih terkilan apabila membaca ruangan komen yang dipenuhi kata-kata kesat terhadap Iqram dan bukannya memilih untuk membantunya. Berikutan ini, penyampai radio Suria FM menyelar tindakan segelintir netizen yang lantang sahaja membuat komen negatif tanpa mengetahui situasi sebenar pelakon tersebut.
Iqram orang yang baik
Zulin yang difahamkan rakan kepada aktor tersebut mendedahkan Iqram seorang yang baik. Terkilan dengan kecaman terhadap rakannya itu, Zulin meminta netizen membantunya dari segi kata-kata yang baik dan bukannya terus mengherdik mengeruhkan keadaan tanpa tahu apa yang dialaminya.
Jangan cepat kita menghukum seseorang itu. Kita tidak tahu apa yang dialaminya secara dalaman. Seperti yang diperkatakan Sha Arjunalaila – Omma di Facebook; ‘Kalau betul dia depression, bantulah dia, kalau dia sesat, bantulah dia’.
Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda, mengapa Iqram jadi begitu? Adakah kerana terlalu stress ataupun kerana kecaman-kecaman netizen yang membuatkan dia semakin berani melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Namun, memetik laporan Berita Harian semalam, pelakon itu akui semua itu dilakukan sebagai langkah gimik awal untuk mempromosikan perniagaan yang diusahakannya. Dalam kata-katanya sendiri, dia sanggup ‘menggadai diri’ dalam usaha memperkenalkan perniagaan baru di bawah jenama Bawaabata Merebucks. Betul ke?
Perlakuan aneh suatu gimik?
“Lebih sedekad dalam industri hiburan, saya akur jika kita berbuat baik tiada siapa yang akan ambil peduli. Tetapi apabila sesekali berkelakuan aneh, mereka akan berterusan memperkatakannya hingga mencetuskan kontroversi.
Mungkin ada yang melihat cara saya ini sebagai pemberontakan, tetapi saya ada sebab tersendiri mengapa berbuat demikian. Saya perlu melakukan anjakan dengan niat untuk memperkenalkan perniagaan merangkumi fesyen dan seni dengan lebih jauh.
Apabila ditanya tentang tindakannya membalas kecaman netizen dengan melemparkan kata-kata lucah, Iqram berkata, perkara itu menunjukkan mentalili masyarakat hari ini yang begitu taksub dengan media sosial.”
Kalau betul dia depression, bantulah dia.Kalau dia sesat, bantulah dia. Bukan sekadar jadi netizen yang tahu maki hamun, provok, cakap dia gila, masa dia live. —–Full statementKlik http://ift.tt/2BJH6t4
Posted by Sha Arjunalaila – Omma on Friday, December 22, 2017
“Jika mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan kesat, mengapa saya tidak boleh? Saya mahu sedarkan masyarakat perbuatan itu tidak elok. Jika mereka sakit hati dengan kata-kata yang dilemparkan, saya juga begitu.”
Sumber: Ohbulan.com
The post ‘Iqram Ni Solat Tak Tinggal, Pergi Mana-Mana Pun Cari Surau’ – Zulin Aziz Simpati Dengan Iqram Dinzly appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment