Apalah nasib malang seorang bapa apabila diabaikan oleh anak-anaknya sendiri. Dahulu kehidupannya dilimpahi segala kemewahan tetapi sekarang nasibnya tidak ubah seperti seorang pengemis semuanya adalah disebabkan oleh ke tujuh-tujuh orang anaknya. Bak kata pepatah, ‘habis madu, sepah dibuang.’
Seorang warga emas yang bernasib malang yang berusia 83 tahun. Selama kehidupannya dia telah bersusah payah membesarkan kesemua anak kandungnya ‘bagai menatang minyak yang penuh’ sehinggalah mereka semua meningkat dewasa, tetapi setelah semua pengorbanan yang dia berikan, anak-anaknya membalas dengan racun.
Dia juga telah menyerahkan kesemua hartanya yang bernilai RM4 juta kepada semua anak-anaknya dan sebagai balasannya adalah amat menyedihkan. Dia dihalau dengan keadaan yang hina oleh kesemua anak-anaknya.
Mungkin banyak yang berangapan ini adalah sebuah cerita rekaan semata, tetapi ini adalah kisah benar hikayat 7 tanggang yang benar-benar berlaku di alam nyata ini. Malah ia telah diceritakan sendiri oleh seorang bapa kepada ke tujuh-tujuh orang anak itu sendiri yang kini hanya mampu meminta belas kasihan dari orang ramai demi meneruskan kehidupan sisa tuanya.
Warga emas malang sebelumbini merupakan seorang ahli perniagaan dan juga pemilik kepada 3 buah stesen minyak, dan beliau juga mempunyai ladang hasil ternakan ayam yang mempunyai keluasan selebar 10 ekar ladang kelapa sawit. Sudah tepat pada masanya dia harus menyerahkan kesemua hartanya atas dasar kepercayaan kepada darah dagingnya yang rata-rata berusia antara 41 hingga 58 tahun untuk meneruskan segala titik peluh usahanya selama zaman muda yang telah wujud pada tahun 70an lagi.
Warga emas malang iu juga mempunyai penyaki angin ahmar bermula pada ahun 2013. Sudah pasti jauh di sudut hati seorang ayah dia mahukan perhatian dan juga ehsan dari anak-anaknya untuk menjaga dirinya yang sudah tua. Namun apa yang diharapkan,lain pula yang jadi. Dia malah diabaikan oleh kesemua anak-anaknya bahkan dia terpaksa menguruskan dirinya yang sedang sakit sendirian.
Beliau juga telah dikurniakan seramai 7 orang anak dengan isteri pertama iaitu 4 lelaki dan 3 orang perempuan. Semasa beliau dalam keadaan sakit, salah seorang dari anaknya telah memperdayanya untuk menyerahkan semua harta dan juga hak milik saham syarikat penternakan ayam daging ke atas nama anaknya tersebut. Beliau mengakui yang dia masih keadaan sakit ketika itu dan tidak boleh berfikir dengan betul.
Bukan itu saja, Sebuah rumah yang berada di Cheras bernilai RM 600,000, manakala deposit overdraf perniagaan di sebuah stesen minyak yang bernilai RM800,000 beserta wang tunai berjumlah RM100,000 yang berada dalam simpanan juga menjadi hak milik anak-anaknya.
Buat masa sekarang dia hanya mampu menumpang kasih dan tempat tinggal di kediaman isteri keduanya yang berada di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah Di Negeri melaka. Dia juga menyatakan hidupnya kini ada cahaya 7 orang anak tirinya dari isteri kedua sanggup berkorban masa untuk menjaga dirinya yang semakin di makan usia.
Warga emas malang ini kuga tidak segan berkongsi kisahnya yang sangat menyayat hati dan tidak akan pernah dia lupakan. Pada empat tahun yang lalu, semasa dia sedang memandu kereta seorang diri seblum mendapati kenderaannya hampir saja kehabisan minyak. Dia membuat keputusan untuk pergi singgah di stesen minyak yang dibinanya dengan harapan untuk mendapatkan minyak yang percuma, tetapi sebaliknya yang terjadi.
Bukannya dilayan, tetapi diherdik oleh seorang anak perempuan kesayangannya yang sekarang sudah menjadi pemilik tetap stesen minyak tersebut, apa yang lebih menyedihkan anaknya sendiri telah menghalau dirinya untuk tinggaklan kawasan itu.
“Di Kuala Sungai Baru empat tahun lepas, ketika saya bawa kereta minyak habis. Saya pergi ke stesen minyak minta pekerja di situ tolong isikan, tapi dia tak bagi sampailah ke malam.
“Dekat dua jam saya tunggu, saya telefon dia, dia hentam saya balik.
“Saya yang bina stesen minyak tu… saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan,” katanya.
Selepas menyedari dirinya ditipu oleh anaknya sendiri, warga emas ini juga turut meminta bantuan dan dia berjaya membawa kes ini ke pihak mahkamah pada tahun 2014 sebelum pihak mahkamah memberikan kata putus hak tanah perusahaan reban ayam yang mempunyai keluasan selebar 10 ekar yang perlu diserahkan kembali kepada pemilik asal.
Anak-anaknya malah telah merampas kembali ladang berkenaan yang menjadi sumber utama pendapatan warga emas itu pada bulan September yang lalu.
Kini yang tinggal pada dirinya, cuma harapan agar anak-anaknya berubah dan sedikit keadilan agar hidup dipenghujung usia ini terbela.
Buat masa sekarang, warga emas itu hanya berharap yang kesemua anak-anaknya mempunyai rasa simpati dan sedikit keadilan agar hidup masa tuanya ini mendapat pembelaan.
Mungkin kita dengar kisah ini hanya berada di kaca televisyen sahaja, tetapi realitinya sudah kita tahu. Manusia juga boleh berubah jika mereka dikaburi dengan wang ringgit sehingga sanggup mengabaikan ibu bapa yang sudah bertungkus lumus membesarkan mereka, sehingga mereka lupa semua pengorbanan ibu bapa terhadap mereka.
Semoga kita dijauhindengan sikap yang tamak haloba seperti anak-anak warga emas berkenaan. Duit,harta maih boleh kita cari tetapi keredhaan ibu bapa tidak akan kita dapat jika kita telah mengecewakan dan mengkhinati kepercayaan mereka.
Sumber: Sehinggit.blogspot.my , Siakapkeli.my
The post Dikhianati Oleh 7 Orang Anak Kandung Setelah Mendapat Duit 4 Juta, Ayah Dihalau Keluar Seperti Seorang Pengemis appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment