loading...

Friday, 29 December 2017

Peminat Artis Korea Jong-Hyun Berkabung Di KL Menunjukkan Rasa Sedih Di Atas Pemergiannya

Nampaknya kematian salah seorang penyanyi kumpulan Shinee mendapat perhatian seluruh negara, salah satunya adalah negara Malaysia. JongHyun dikatakan telah membunuh dirinya kerana mengalami kemurungan yang sangat teruk.

Sebelum kematiannya, dia dikhabarkan telah memberi isyarat bahawa dia mengalami tekanan dan perlukan perhatian, namun tiada siapa pun yang memberi perhatian bahkan berfikir perbuatannya itu hanya perkara biasa.

Kematiannya telah mengejutkan ramai peminatnya di seluruh negara, pada mulanya kematiannya itu dianggap gimik sahaja, namun setelah mendapat pengesahan, ramai peminat yang meratapi kematiannya.

Di Malaysia, dianggarkan sebanyak 100 orang peminat berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur malam tadi untuk memperingati penyanyi kesayangan mereka Kim Jong-hyun yang mati pada 18 Disember lalu.

Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang tidak kira bangsa dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas selebriti Korea yang mati akibat meragut nyawa sendiri.

Sambil menyalakan lilin dan memegang belon, peminat kebanyakannya menitiskan air mata sebak kerana terpaksa ‘melepaskan’ bekas vokalis boy band Shinee itu pergi buat selama-lamanya.

Mereka yang menyayangi Jong-hyun tidak hadir dengan tangan kosong sebaliknya membawa beberapa barang peringatan seperti lilin, bunga, belon dan potretnya ketika upacara memperingati itu berlangsung.

Isnin lalu, Jong-hyun terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Konkuk selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya di Cheongdam-Dong, Seoul.

Jong-hyun disahkan meninggal dunia di hospital akibat keracunan karbon monoksida dipercayai kesan menghidu asap arang yang menyala.

Polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai bunuh diri.

Kakak Jong-hyun sebelum itu menghubungi polis pada pukul 4.42 petang 18 Disember bagi memaklumkan kecurigaannya apabila dia mengesyaki adiknya itu akan menamatkan riwayat sendiri.

Nama Jong-hyun meningkat popular selepas menyertai kumpulan Shinee – antara boy band paling popular di Korea – dianggotai oleh empat anggota lagi pada 2008.

Dia kemudian menjadi artis solo selepas keluar dari kumpulan berkenaan selain menjadi hos radio dan pelakon.

Memetik laporan The Mirror, keluarga Jong-hyun sedia maklum mengenai masalah mental dan dia juga sentiasa berperang dengan kemurungan untuk mencapai kesempurnaan.

Sejak kecil Jong-hyun dibesarkan bapa yang tegas dan kemurungan itu berterusan hingga dia berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang artis.

Melalui wawancara dengan sebuah rancangan radio Blue Night, Jong-hyun pernah meluahkan kesedihannya dengan peminat mengenai apa yang dilalui selama ini.

“Saya berasa tidak mengapa untuk hadapi kegagalan dalam hidup. Saya berasa ia tak mengapa sekiranya tidak dapat mencapai matlamat.

“Kamu masih memiliki beberapa perkara lain walaupun ketika berasa hilang atau boleh lakukan sesuatu daripadanya melalui emosi yang kamu rasakan.

“Saya berasa ia patut menjadi penilaian buat diri kamu. Tetapi tidak boleh membiarkan apa dinilai orang lain menjejaskan kepuasan hidup kamu. Saya berharap kamu tidak berasa terlalu cemas apabila berasa hilang dalam hidup,” katanya.

Sumber: Malaysiakini.com

The post Peminat Artis Korea Jong-Hyun Berkabung Di KL Menunjukkan Rasa Sedih Di Atas Pemergiannya appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...