Iqram Dinzly sememangnya nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni, dan baru-baru ini tular banyak memuat video pelik yang menimbulkan banyak tanda tanya peminat-peminatnya. Rata-rata rasa simpati dengan hidupnya, rakan artis yang mengenalinya juga turut sedih dengan keadaanya itu.
Ada yang beranggapan bahawa keadaannya itu adalah kerana kemurungan akibat kehilangan arwah ayahnya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said, 10 Oktober lalu, dan beberapa lagi masalah lain. Iqram kini menetap bersama ibunya di Ipoh, Perak.
Yusuf Azmi yang juga Ketua Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (UTK PPIM) mengakui tidak mengetahui secara tepat punca mengapa Iqram berubah.
“Mungkin dia tertekan dengan kematian bapanya, mungkin juga dia mempunyai sedikit masalah peribadi, yang menyebabkan dia jadi begitu.
“Memang saya sendiri tak tahu mengapa dia jadi begitu,” katanya.
Yusuf sendiri juga mengakui bahawa dia tidak sanggup untuk menonton kesemua video yang dimuat naik secara langsung oleh di akaun Instagram milik pelakon tersebut.
“Saya ada tonton video tarian Iqram, tapi (tonton) tak habis, saya tak lalu nak tengok sampai tamat.
“Mungkin dia buat begitu untuk menarik balik pengikutnya di laman sosial,” katanya lagi.
Selain berkongsi aksi pelik di media sosial, penampilan luaran Iqram juga berubah apabila dirinya dilihat semakin kurus selain turut mengenakan pakaian hitam yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Yusuf dalam pada itu menasihati Iqram agar memohon maaf secara terbuka kepada peminatnya jika dia menyedari bahawa perilakunya mengguris hati mana-mana pihak.
“Sebagai sahabat, saya nasihatkan Iqram untuk minta maaf sekiranya apa yang dilakukan dibuat dalam keadaan tertekan atau ditujukan kepada seseorang (dalam bentuk protes).
“Dari sudut akhlak, memang salah, jika apa yang dilakukan dibuat untuk tujuan kontroversi, itu tak boleh,” katanya lagi.
Rakan artisnya Zulin Aziz juga pernah menasihati netizen agar berhenti menghukum hidup Iqram Dinzly, sebaiknya doakan yang baik-baik, beri semangat dan dorongan kepada Iqram agar iqram kembali pulis sediakala jika benar dia mengalami tekanan.
Sumber: Siakapkeli.my
The post ‘Jika Dari Sudut Akhlak, Memang Salah’ – Yusuf Azmi Akui Tidak Sanggup Tonton Video Pelik Iqram Dinzly appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment