loading...

Friday 29 December 2017

‘Taburlah Bunga Atas Pusara Aku Nanti’ – Iqram Dinzly Ucap Selamat Tinggal Kepada Semua Peminat, Akui Sudah Tidak Kuat

Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Iqram Dinzly, begitu banyak perubahan pada dirinya sehinggakan ada yang mengatakan dia seolah-olah telah tidak waras lagi.

Oleh kerana sering mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen kerana sering memuatnaik gambar dan video live yang agak keterlaluan sehingga menunjukkan isyarat lucah, nampaknya Iqram sudah mula rasa letih dengan semua kecaman.

Melalui Instagram Live malam tadi, Iqram memberitahu dirinya sudah ‘tidak larat’ untuk hadapi semua ini lagi. Iqram juga memberitahu dia tidak mahu disebabkan dirinya keluarga serta pengikutnya bergaduh dan berpecah belah hanya kerana video-videonya.

Video terbaru, sambil memandu Iqram telah membuatkan ramai netizen bersedih dan simpati dengan situasinya.

Rata-rata pengikutnya meminta Iqram untuk terus kuat dan bersabar. Malah ada juga minta Iqram untuk tidak berputus asa melawan segala perasaan yang dirasainya

Terbaru, Iqram ada memuat naik satu gambar di Insta Storiesnya dan mengakui segala tomohan yang diterimanya itu benar.

Malah Iqram turut memberitahu dirinya jadi begini kerana netizen. Iqram turut mempersoalkan apakah salahnya sehingga jadi begini.

Di akhir posting tersebut, Iqram ada memetik lirik lagu Inilah Barisan Kita dengan meminta orang ramai untuk taburkan bunga di atas pusaranya.

Dalam masa yang sama Iqram turut menggunakan hashtag #salamterakhir.

Sumber: Himpunan-media.com

The post ‘Taburlah Bunga Atas Pusara Aku Nanti’ – Iqram Dinzly Ucap Selamat Tinggal Kepada Semua Peminat, Akui Sudah Tidak Kuat appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...