Kehidupan selepas berkahwin bukan seindah seperti yang digambarkan, terlalu banyak dugaan, hanya sesetengah pasangan yang kuat hati dan imannya mampu mempertahankan sesebuah hubungan.
Ini kisah cinta selepas berkahwin, bukan cinta sebelum berkahwin, benar cinta sebelum berkahwin itu tidak seindah cinta selepas berkahwin, ini kerana selepas berkahwin segalanya nampak indah dan apa sahaja dilakukan mendapat pahala, berbanding ketika bercinta, mempunyai batas-batas tertentu.
Namun ujian selepas berkahwin juga bukan biasa-biasa, jauh lebih mencabar dari segala segi. Tapi percayalah, segalanya mempunyai penyelesaian, hanya mereka yang benar-benar ‘waras’ dan matang mampu mengharunginya. Memerlukan kekuatan fizikal dan mental.
Apatah lagi jika berlaku kecurangan dalam perkawinan, jika masih bercinta dan belum memiliki hubugan serius, mungkin anda boleh membuat keputusan untuk berpisah. Tetapi jika kecurangan itu berlaku ketika anda sudah berkahwin dan memiliki anak. Apa kesudahan yang bakal berlaku? Anak-anak biasanya akan menjadi mangsa. Mangsa nafsu si ayah yang hanya memikirkan kepuasan sendiri.
Pengorbanan isteri dilupakan, tanggungjawab terhadap anak-anak terabai,sehinggalah isteri membuat keputusan untuk pergi. Ketika itu penyesalan akan muncul, inginkan kembali isteri dan kehidupan seperti dahulu. Mana mungkin seorang isteri yang sudah hancur hatinya mampu memaafkan kesalahan yang begitu besar baginya.
Kisah yang bakal dikongsikan ini sangat menyakitkan hati bagi sesiapa sahaja yang membacanya.
“Hai admin saya nak kongsi pasal akk saya yg saya suruh admin post haritu …ni chat2 bekas abg ipar saya dengan akak saya…. padan muka dngn dia menyesal ..bekas abg ipar saya menyesal sebab ceraikn akk saya..dh laa kawin dua senyap2 lelaki spesis bodohhh niii ..skrg dia dngn bini kedua dia yg dulu jnda tu dh tak rapat..PEREMPUAN BOLEH JE HIDUP TAKDE LELAKI ASALKN KUAT DENGAN NIAT NK BERUBAH KE ARAH KEMAJUAN AND KEBAIKAN
Cuma nak cakp satu jee …sesekali kita buat orggg allah bayar cash sekejap jee”
Bagaimana jika anda yang berada di tempat wanita ini?
Sumber: Facebook/Kisah Rumah Tangga
The post ‘Saya Penat Jaga Anak, Awak Senang-Senang Berzina, Berapa Kali Saya Beri Awak Peluang?’ – Suami Rayu Mahu Rujuk, Isteri Nekad Berpisah, Anak Terabai appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment