loading...

Wednesday, 27 December 2017

Untuk Suami Yang Lebih Pentingkan Telefon Bimbit Berbanding Isterinya

Apabila zaman kian berubah, situasi juga berubah. Dan apa yang paling menyedihkan ialah apabila sesuatu hubungan turut berubah kerana peredaran masa.

Jika anda perasan, hanya disebabkan gadget, hubungan kekeluargaan semakin renggang. Adik beradik kurang berkomunikasi, anak dengan ayah saling tidak bertegur sapa walau ada didepan mata. Ibu dan ayah tidak bermesra, semuanya kerana gadget.

Gadget seperti telefon bimbit sememangnya sangat penting dan ianya adalah keperluan dalam hidup. Tetapi jangan sampai menjejaskan hubungan kekeluargaan.

Banyak kes penceraian kerana suami isteri kurang berkomunikasi, masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Dan penyebab utamaya ialah telefon bimbit. Begitu telefon bimbit ini memberi pengaruh yang buruk dalam sesuatu hubungan.

Suami mula tidak mengendahkan isteri, setiap pertanyaan isteri tidak dihiraukan, yang dipentingkan ialah telefon bimbit. Jika anda dapat meluangkan masa berjam-jam mengadap telefon, mengapa mahu luangkan masa selama setengah jam dengan isteri terasa sangat sukar?

Sangat penting komunikasi dalam sesuatu hubungan, ada satu luahan dimana luahan itu khas buat seorang suami yang pentingkan telefon bimbit dari isterinya sendiri. Diambil dari theasianparent, mari kita hayatinya

Apabila suami asyik dengan handphone

Wahai suami yang asyik dengan telefon, anda hanya perlu masa 1 minit (atau kurang) untuk terlepas momen indah dan istimewa yang tercipta di antara isteri dan anak-anak. Percayalah, anda – suami asyik dengan handphone akan terlepas semua momen indah yang anda tak jangka ini.

Anda perasan tak bagaimana anak perempuan anda itu ternanti-nanti perhatian dari anda kerana dia sudah berjaya mengeja? Anda mungkin tak nampak momen indah ini kerana anda sibuk dengan handphone.

Anda juga mungkin tak nampak yang isteri tercinta baru saja berjaya mengajar anak lelaki anda menghirup air dengan straw, dan dalam sekelip mata, si manja anda berjaya meniru aksi ibunya!

Apabila suami asyik dengan handphone, dia mungkin akan terlepas momen tertentu

Saya nampak semuanya. Saya bukan nak menghukum anda, wahai suami yang asyik dengan telefon 24 jam. Mungkin anda sedang membalas mesej dari tempat kerja.

Atau mungkin anda sibuk dengan game Clash of Clans dan level yang anda kena unlock. Walau apapun alasan anda, saya takkan menghukum. Tapi saya sebenarnya sedih dengan anda.

Entah berapa banyak pencapaian anak-anak yang anda terlepas? Entah berapa kali anak lelaki anda memandang anda untuk meminta perhatian, tapi anda tak menghiraukannya?

Entah berapa kali isteri anda terpaksa ulang soalan beliau kerana anda tak dengar apa dia cakap? Entah berapa kali makan malam yang disediakan si isteri sejuk kerana anda lambat nak makan, sibuk main telefon saja?

Suami asyik main handphone tertinggal momen indah yang patut dihargai
Semua ini mungkin antara momen-momen indah dan bernilai yang anda terlepas.

Saya tak kenal anda, tapi saya nampak yang hubungan antara anda dan telefon itu akan merosakkan hubungan anda dengan keluarga anda sendiri.

Ketahuilah… anak dan isteri anda hanya mahukan perhatian dan kasih sayang dari anda. Mereka mahu anda letak sekejap telefon itu. Jangan jadi suami yang asyik main handphone sekejap. Satu minit saja.

Pandanglah mereka. Peluk mereka. Cakap dan bersembanglah dengan mereka. Senyum dan ukir tawa di bibir mereka.

Apabila isteri anda minta sedikit me-time, itu bukan tanda mereka mahu merungut kepenatan dan ingin meninggalkan anda. Itu sebenarnya tanda mereka “meminta bantuan”.

Mereka memerlukan anda

Semua cerita di Facebook itu boleh tunggu. Daripada anda sibuk nak tahu apa yang semua orang sedang buat, apa kata anda cipta “momen” anda sendiri?

Semua permainan dan level dalam game anda itu boleh tunggu. Anda mungkin akan kalah dalam games, tapi anda akan memenangi hati anak anda. Mereka akan menyayangi bapa mereka sepenuh hati.

Malah, emel dari bos anda itu juga boleh tunggu. Bukankah anda bekerja untuk keluarga? Kenapa bawa balik kerja ketika anda bersama keluarga, pula?

Wahai suami yang asyik main handphone, anda tak mahu menyesal di kemudian hari…
Wahai suami yang asyik main handphone, anda tak mahu buat keluarga anda ternanti-nanti kasih sayang dan perhatian anda.

Percayalah. Kalau anda buat mereka tertungu-tunggu, anda mungkin akan kerugian besar.

Anda hanya ada satu kehidupan. Anda hanya ada satu peluang di muka Bumi ini untuk bersama dengan insan yang anda sayang. Anda hanya ada satu peluang untuk jadi suami dan bapa yang terbaik.

Marilah sama-sama kita menjauhkan diri dari alam maya secara sihat. Marilah kita hidup pada “masa sekarang” di mana isteri, anak perempuan dan anak lelaki anda sedang ketawa riang sambil belajar menyanyi setiap hari.

Moga ianya mampu memberi kesedaran kepada anda yang membacanya.

Sumber: My.theasianparent.com

The post Untuk Suami Yang Lebih Pentingkan Telefon Bimbit Berbanding Isterinya appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...