Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sememangnya sorang pemimpin yang sangat tegas, malah sangat berani bersuara. Apatah lagi apabila ianya berkait rapat dengan agama islam.
Baru-baru ini Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. Ianya ditentang oleh beberapa negara. Malah Malaysia sendiri rasa sangat sedih dengan keputusan Donald Trump.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menentang keras tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Katanya, apa yang dilakukan Trump seperti sengaja mahu mengapi-apikan keadaan di Timur Tengah.
Malah, proses pendamaian antara Israel dan Palestin tidak dapat diteruskan dan sudah tentu membangkitkan kemarahan orang Islam seluruh dunia.
“Tindakan itu hanya membakar hati ramai orang Islam, dan saya percaya bahawa hasilnya ialah lebih banyak keganasan akan berlaku di serata dunia,” katanya dalam ucapan ringkas di Facebook beliau, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada arahan Trump semalam, yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim Israel yang baharu.
Trump juga mengumumkan AS sedang membuat persiapan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Rujuk kembali kepada sejarah
Tun Mahathir berkata, Baitulmaqdis merupakan tempat suci kepada tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.
“Justeru, mana-mana pihak tidak seharusnya cuba untuk mengambil alih demi kepetingan negara masing-masing.
“Israel sudah tentu tidak ada hak untuk berbuat demikian dan saya yakin Israel akan bertindak sebegitu seolah-olah Baitulmaqdis itu adalah ibu kota mereka,” katanya.
Beliau menambah, yang jelas Trump tidak mampu pun menangani masalah di Korea Utara, tetapi dia dengan mudah menindas orang-orang Islam di Timur Tengah.
Katanya, dunia Barat berani menzalimi umat Islam kerana mereka percaya negara Islam terlalu lemah untuk bertindak balas.
“Kita tidak menyokong penganas, tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana kita dapati dunia Islam begitu lemah dan sesiapa sahaja boleh menindas orang-orang dan negara Islam sesuka hati termasuk mengiktiraf Baitulmaqdis,” katanya.
Sumber: Sayaluvislam.com
The post Komen Tun Mahathir Selepas Lama Berdiam Diri Berkenaan Dengan Isu Baitulmaqdis appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment