loading...

Wednesday, 6 December 2017

Penumpang Yang Berlebihan Berat Badan Akan Dikenakan Bayaran Tiket Pesawat Yang Lebih Mahal

Mempunyai berat badan berlebihan sememangnya satu masalah besar, bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, anda akan berisiko mendapat penyakit yang kronik seperti sakit jantung, darah tinggi dan obesiti

Bukan itu sahaja, mereka yang suka makan sememangnya akan mengalami masalah kewangan, masalah sukar tidur dan bermacam lagi masalah. Oleh kerana itu kita digalakkan untuk menjaga kesihatan.

Jika anda rasa masalah berat badan tidak mempengaruhi hal lain, anda sudah salah. Ini kerana, ada satu kajian yang dijalankan di UK, 91 peratus penumpang bersetuju jika penumpang obes harus bayar lebih mahal untuk tiket pesawat.

Kajian yang dilakukan oleh Jetcost yang melibatkan 2,494 responden mendedahkan, pengguna yang berbadan besar perlu membayar lebih untuk tempat duduk mereka.

Negara Jerman berpendapat, tempat duduk yang lebih besar ini tidak wajar ditawarkan di dalam pesawat. Ini adalah satu masalah besar buat penumpang yang memiliki berat badan berlebihan.

Nampaknya isu tersebut menjadi perbincangan hangat sejak kebelakangan ini dan yang menjadi fokus utama ialah muatan lebih menyebabkan lebih bahan bakar diperlukan.

Hal berkenaan dibincangkan kerana ianya melibatkan bahan bakar pesawat. Memang bunyinya agak pelik, namun itulah hakikat yang sebenar anda harus tahu. Memetik The Economist, pengurangan 1 kg dalam pesawat mampu menjimatkan bahan bakar bernilai USD3,000 (RM12,193)

Ada yang mempersoalkan tentang;

‘Jika boleh kenakan bayaran mahal untuk beg penumpang, mengapa tidak kenakan lebih bayaran kepada penumpang yang gemuk?’

Ada logiknya apabila difikirkan, jika perkara ini diketengahkan, anda mungkin perlu mengurangkan berat badan jika mahu menaiki pesawat selepas ini

Sumber: Hanasuva.com

The post Penumpang Yang Berlebihan Berat Badan Akan Dikenakan Bayaran Tiket Pesawat Yang Lebih Mahal appeared first on Aliff Channel.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...