loading...

Wednesday 24 January 2024

Dikatakan Demi Content, Tular Satu Video Anak-Beranak Bersilat Di Tanah Suci Mekah

Terdahulu tular apabila individu dari salah satu parti di negara India menjejakkan kaki di tanah suci.

Video tersebut mencetuskan kemarahan dan pertikaian dalam kalangan umat Islam.

“Mana adab segelintir manusia ni?”

Tapi kini lain pula cerita apabila salah seorang pengguna tiktok, @atherabbastiktok memuat naik satu video.

Video tersebut menunjukkan persembahan silat dari dua orang kanak-kanak dan seorang dewasa di tanah suci.

Rakaman video tersebut kemudiannya dibahaskan di media sosial twiter kerana dikatakan tidak mempunyai adab.

“Demi sebuah content…” – netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa tidak setuju dengan apa yang dilakukan kerana merosakkan imej dan serta menjejaskan kedudukan orang Malaysia.

Apa pun, kalau nak viral dan famous sekali pun elakkan dari melakukan perkara yang memburukkan keadaan.

Biarlah kita viral dengan perkara yang baik-baik.

0 comments:

Post a Comment

loading...